window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Kawasaki Ninja ZX-25R versi 'naked' dilancar hujung tahun 2021?

Khairil · Mar 17, 2021 11:00 AM

Kawasaki Ninja ZX-25R versi 'naked' dilancar hujung tahun 2021? 01

Sehingga kini, peminat Malaysia masih lagi ternanti-nanti kehadiran jentera 'Sportbike' 250 cc paling berkuasa, Kawasaki Ninja ZX-25R ke pasaran tempatan.

Sejak dilancarkan pada pertengahan tahun lalu dengan Indonesia menjadi negara di rantau ini menerimanya, tiada khabar berita yang sahih mengenai tarikh pelancarannya di negara ini.

Kawasaki Ninja ZX-25R versi 'naked' dilancar hujung tahun 2021? 02

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Malah ada yang sudah kecewa dengan menyatakan jentera itu mungkin tidak akan menjengah pasaran tempatan namun masih ada yang optimis.

Kawasaki Ninja ZX-25R versi 'naked' dilancar hujung tahun 2021? 01

Selepas pelbagai video reviu mengenai kehebatan jentera ini dimainkan di luar negara, timbul pula perkhabaran mengenai versi 'naked' yang berasaskan Ninja ZX-25R sedang dalam pembikinan.

Dan informasi terbaharu yang diperoleh daripada media automotif terkemuka di negara seberang, ia mungkin dilancarkan pada penghujung tahun ini. Sumber berita berkenaan pula diperoleh daripada laman blog dari Jepun, Kojintekibikematomeblog.

Kawasaki Ninja ZX-25R versi 'naked' dilancar hujung tahun 2021? 02

Sejak pelancaran Kawasaki Ninja ZX-25R, memang ramai yang menjangkakan versi 'naked' bakal muncul malah sudah banyak imej mengenai gambaran atau ilustrasi awal mengenai jentera berkenaan tersebar di alam maya.

Ada yang menyatakan ia akan mirip jentera terhebat Kawasaki, Z H2 namun ada yang menyatakan ia akan mirip model Z900RS. Mengenai namanya, ada yang menyatakan ia mungkin dipanggil Z-25R, Z250R atau Z250RS namun kita tunggu sajalah pengumuman rasmi daripada Kawasaki.

Kawasaki Ninja ZX-25R versi 'naked' dilancar hujung tahun 2021? 03

Mengulas mengenai spesifikasi yang dipadankan kepada Ninja ZX-25R versi naked ini, ia berkemungkinan tidak jauh berbeza.

Justeru, ia akan dipadankan dengan enjin berkuasa 250 cc, menggunakan empat silinder sebaris yang pastinya menghasilkan kuasa bertenaga dan paling utama, bunyi ekzos yang mengasyikkan.

Kawasaki Ninja ZX-25R versi 'naked' dilancar hujung tahun 2021? 04

Kuasa yang terhasil juga mungkin sama iaitu 50 Hp pada 15, 500 rpm dengan tork 22.9 Nm pada 14,500 rpm. Ia dipadankan dengan transmisi manual 6 kelajuan beserta quick shifter.

Jika spesifikasinya benar-benar sama seperti ZX-25R, ciri-ciri canggih yang turut ada pada jentera berkenaan turut akan digunapakai seperti Kawasaki Traction Control (KTRC), Sistem Brek Anti-Kunci (ABS), mod kuasa dan sebagainya.

Kawasaki Ninja ZX-25R versi 'naked' dilancar hujung tahun 2021? 05

Sebagai motosikal naked, posisi tunggangannya pasti menjadi lebih selesa terutama untuk tunggangan jarak jauh dengan harganya juga berkemungkinan lebih murah berbanding versi 'full fairing'.

Apapun, sehingga kini tiada kenyataan rasmi daripada pihak Kawasaki mengenainya. Tetapi jika perkhabaran ini benar, ia pastinya menjadi jentera yang amat dinanti-nantikan berikutan populariti motosikal naked di pasaran tempatan ketika ini.

Kawasaki Ninja ZX-25R versi 'naked' dilancar hujung tahun 2021? 06

Sebagai rakyat Malaysia yang cintakan negara, kita tunggu saja pengumuman daripada Kawasaki Malaysia terlebih dulu mengenai kehadiran ZX-25R di pasaran tempatan. Harap bersabar.

Khairil

Motorcycle Writer

Seorang yang tidak pernah terfikir untuk menjadi penulis tetapi akhirnyaa menjadikan bidang penulisan sebagai kerjaya dengan minat terarah kepada sukan permotoran dan automotif. Sentiasa kagum dengan teknologi yang ada pada jentera tidak kira dua atau empat roda dan boleh menghabiskan masa berjam-jam menonton perlumbaan, membaca rebiu kereta atau motosikal.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Perbincangang Trending

Dapatkan respons dalam masa 24 jam!

2022 Honda HR-V 1.5 S

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli?   Jual kereta anda