window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Kabel letrik Jambatan Pulau Pinang terbakar, jambatan mungkin ditutup 3 bulan

Mersita ยท Feb 23, 2021 06:00 PM

Kabel letrik Jambatan Pulau Pinang terbakar, jambatan mungkin ditutup 3 bulan 01

Beberapa lorong di Jambatan Pulau Pinang 1 mungkin akan ditutup sehingga tiga bulan bagi membolehkan kerja pembaikan kabel-kabel elektrik yang terbakar pada petang semalam dilaksanakan dengan selamat.

Menurut laporan oleh Malay Mail, pengerusi infrastruktur dan pengangkutan negeri Zairil Khir Johari berkata Tenaga Nasional Berhad (TNB) akan bertemu dengan PLUS Expressways untuk membincangkan jangkamasa penutupan jambatan berkenaan.

Kabel letrik Jambatan Pulau Pinang terbakar, jambatan mungkin ditutup 3 bulan 02

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Beliau berkata mereka sedang mempertimbangkan penutupan satu lorong pada kedua-dua belah jambatan pada waktu malam sahaja untuk kerja pembaikan. Namun, perkara ini akan bergantung kepada kadar pembaikan yang diperlukan.

Zairil juga menekankan yang kerja-kerja pembaikan bagi kabel elektrik di KM3.2 jambatan tersebut akan mengambil masa paling lama tiga bulan. Pihak TNB masih lagi menyiasat punca kebakaran tersebut.

Kabel letrik Jambatan Pulau Pinang terbakar, jambatan mungkin ditutup 3 bulan 01

“Kebakaran itu merosakkan tiga litar di bawah jambatan berkenaan yang mengakibatkan gangguan bekalan elektrik sekitar 35 saat di beberapa kawasan, tapi bekalan elektrik tersebut berjaya dipulihkan dan berada pada keadaan stabil kerana ada sumber elektrik yang lain,” kata beliau.

Secara amnya, Zairil berkata permintaan bagi bekalan elektrik di sebelah pulau adalah sehingga 700MW dan masa ini, ada empat litar lain, menerusi kabel dasar laut, yang mempunyai kapasiti bekalan berjumlah 1,180MW manakala Stesen Kuasa Gelugor boleh membekalkan kuasa sebanyak 310MW.

Oleh itu, kapasiti bekalan tersedia untuk pulau tersebut adalah sekitar 1,490MW – lebih tinggi dari permintaan.

Sumber berita: Malay Mail

Mersita

Penulis

Gemarkan kereta tinggi atau wagon, yang setakat ini masih lagi dalam igauan. Memilih Kenari terpakai sebagai kereta pertama, sukakan pemanduannya yang menyeronokkan dengan ruang dalaman yang luas. Mementingkan praktikaliti dan kepuasan sanubari dalam pemilihan kereta.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Perbincangang Trending

Dapatkan respons dalam masa 24 jam!

2023 Honda City 1.5L e:HEV RS

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli? ย  Jual kereta anda