window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Hyundai merasmikan pembangunan pusat EV baharu di Singapura

Faisal Β· Oct 14, 2020 03:50 PM

Hyundai merasmikan pembangunan pusat EV baharu di Singapura 01

Hyundai Motor Co. telah merasmikan kerja pembangunan pusat kenderaan elektrik (EV) baharu di Singapore kelmarin. Projek yang memakan belanja sebanyak S$ 400 juta (RM 1.2 bilion) ini merangkumi pusat yang berkeluasan 44,000 meter persegi dan bangunan penyelidikan yang berkeluasan 28,000 meter persegi. Pembangunan ini dijangka siap sepenuhnya pada tahun 2022.

Selain menjadi pusat pembuatan kenderaan elektrik yang berteknologi tinggi dalam naugan jenama Ioniq, Hyundai Motor Group Innovation Centre in Singapore juga bakal dijadikan pusat penyelidikan dan pembangunan kenderaan Hyundai untuk masa hadapan.

Hyundai merasmikan pembangunan pusat EV baharu di Singapura 02

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Kemudahan pusat ini termasuk makmal ujian, platform AI (artificial intelligence), dan litar ujian sepanjang 620 meter yang dikenali sebagai Sky Track.

Pada masa yang sama, usaha ini akan menerapkan kerjasama diantara universiti dan institusi penyelidikan di Singapura. Perdana Menteri Singapura turut berasa teruja akan pembangunan ini dimana ia berupaya meningkatkan pasaran automotif Hyundai dan ekonomi negara.

Hyundai merasmikan pembangunan pusat EV baharu di Singapura 01

Di samping itu, pembukaan pusat EV Hyundai di Singapura adalah seiring dengan matlamat negara yang ingin menghentikan penggunaan kereta petrol menjelang tahun 2040. Perkara ini bertepatan dengan azam syarikat Hyundai untuk menghasilkan kenderaan elektrik sebanyak 30,000 unit setahun.

Dengan pusat yang dibina berdasarkan falsafah kepentingan pelanggan, tempahan kenderaan dan pilihan boleh dibuat secara dalam talian (online). Malah pelanggan juga boleh melihat kenderaan mereka dihasilkan.

Hyundai merasmikan pembangunan pusat EV baharu di Singapura 02

Litar ujian Sky Track yang meliputi pusat EV Hyundai

Tambahan pula, pengguna boleh memandu uji kenderaan mereka di litar ujian Sky Track untuk kepuasan yang menyeluruh.

Dengan pembangunan ini, Hyundai telah mengorak langkar besar dalam mengecapi matlamat mereka.

Faisal

Penulis

Beliau berlatar belakangkan kejuruteraan mekanikal dan mempunyai minat yang mendalam terhadap kereta sejak dipaksa untuk membaca buku (permotoran). Disebabkan itu, beliau ada titik lembut untuk setiap kereta. Walaupun meminati pemanduan yang rancak, gaya pemanduan beliau yang sebenar hanyalah santai kerana sudah dimanja oleh Lexus.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Perbincangang Trending

Dapatkan respons dalam masa 24 jam!

2022 Honda HR-V 1.5 S

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli? Β  Jual kereta anda