Fujiwara Yakitori Bar adalah sebuah bar snek yang bertemakan manga Initial D, kini telah dibuka secara rasmi di Kuala Lumpur. Bar snek ini bertempat di 24, Jalan Kampung Pasir, Kampung Pasir Baru, 58200 Kuala Lumpur. Bar ini dikatakan berada sekitar Jalan Klang Lama.
window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [
728,
90
], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });
Menu yang ditawarkan di bar ini berkisarkan yakitori - daging cucuk Jepun yang dibakar meliputi ayam, daging dan kambing. Menurut facebook rasminya, ia masih di bawah status pork free. Terdapat juga pilihan minuman yang menyegarkan untuk melegakan kehausan.
Peminat-peminat Initial D pasti berminat untuk mengambil gambar dengan model lagenda, Toyota AE86 yang mengenakan seragam yang sama dengan manga. Populariti model ini masih kekal disebabkan oleh manga Initial D.
Selain daripada model Toyota AE86 diluar, bar ini dihiasi dengan kelengkapan yang bertemakan Intial D seperti gambar berdiri Takumi (protagonis manga Initial D), Honda motocompo berwarna hitam putih dan baju seragam Eneos yang dipakai oleh Jay Chou dalam filem aksi langsung Initial D.
Ketika ini, Fujiwara Yakitori Bar hanya menerima pelanggan yang melakukan tempahan sahaja. Pelanggan yang tiba secara walk in adalah tertakluk kepada kekosongan tempat duduk. Apa-apa pun, kafe atau bar bertemakan Initial D ini dijangka akan berkembang dengan meriah di seluruh Malaysia.
Baca juga: Peminat Initial D, Kedai Fujiwara Tofa jadi tarikan terbaru di Ipoh!
Latar belakang yang pelbagai menjadikan beliau lebih memahami kehendak pembaca. Penulis tidak memiliki kereta sendiri, justeru, semua kereta yang dipandu hingga kini adalah pandu uji. Kereta pertama yang bakal dimiliki beliau tentulah yang terbaik dan patut anda perhatikan.
window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [
728,
90
], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });