Dapatkan BMW dan MINI terpakai anda dengan sejarah pemilikan dari A-Z!
Mersita ยท Nov 16, 2020 06:00 PM
0
0
BMW Group Malaysia telah membuka tirai Pameran BMW Premium Selection tahun ini melalui platform digital baharu yang menawarkan aneka pilihan kenderaan pramilik dan terpakai yang bertaraf premium dari portfolio BMW serta MINI buat para pelanggan di seluruh negara.
Yang menariknya, semuanya boleh dibuat hanya dihujung jari!
Bagi anda yang berhasrat untuk memiliki kereta keluaran BMW dan MINI yang terpakai, inilah pilihan terbaik anda kerana setiap kenderaan disertai dengan maklumat penuh yang memperincikan sejarah penuh penyelenggaraan, pembaikan, dan penjagaannya. Semua ini adalah untuk mengekalkan tahap kualiti semua kenderaan BMW yang diperolehi dari BMW Premium Selection supaya pemilik baharunya boleh menikmati kereta mereka seperti yang baharu.
Harald Hoelzl, Pengarah Urusan BMW Group Malaysia berkata, Pengalaman Pemilikan Premium yang dijanjikan oleh BMW Group merupakan sebuah kitaran hayat dan ekosistem yang menyaksikan peralihan kenderaan dalam rantaian nilai pemilikan.
Inisiatif yang pertama seumpamanya dalam industri ini bakal menyaksikan pelbagai kenderaan premium dari portfolio BMW dan MINI disediakan di laman mikro khas BMW Premium Selection yang merangkumi lebih 300 unit kenderaan untuk dilihat dan dibeli menerusi tawaran-tawaran eksklusif yang menarik, bertempoh terhad dan istimewa hanya bagi platform digital ini.
Laman mikro khas BMW Group Malaysia ini juga membolehkan pemilik baharu kenderaan BMW Premium Selection menikmati Pengalaman Pemilikan Premium yang dijanjikan, ia meliputi:
Waranti BMW Premium Selection* bertempoh minimum 12 bulan
Pemeriksaan kenderaan secara teknikal dan optikal yang menyeluruh
Penyediaan rekod servis dan kenderaan yang diluluskan
Tawaran pembiayaan eksklusif oleh BMW Financial Services Malaysia
Tawaran tukar beli (trade-in) yang kompetitif
Bantuan Tepi Jalan BMW (BMW Roadside Assistance)
Nak tahu lebih lanjut tentang BMW Premium Selection? Lawati laman mikro khas mereka di sini!
Gemarkan kereta tinggi atau wagon, yang setakat ini masih lagi dalam igauan. Memilih Kenari terpakai sebagai kereta pertama, sukakan pemanduannya yang menyeronokkan dengan ruang dalaman yang luas. Mementingkan praktikaliti dan kepuasan sanubari dalam pemilihan kereta.