Menjelang pelancaran model Perodua D55L di Malaysia, negara jiran Indonesia nempaknya turut sibuk dengan perancangan yang sama bagi model kembar Daihatsu Rocky / Toyota Raize.
Menjelang pelancaran model Perodua D55L di Malaysia, negara jiran Indonesia nempaknya turut sibuk dengan perancangan yang sama bagi model kembar Daihatsu Rocky / Toyota Raize.
Laporan daripada laman Autofun.id mengatakan bahawa kedua-dua model tersebut telahpun didaftarkan secara rasmi di dokumen rasmi Permendagri No. 1 Tahun 2021. Berikut adalah pendaftaran kedua-dua model berkenaan yang turut memperlihatkan maklumat lain.
Berdasarkan dokumen Permendagri tersebut, kedua-dua model bakal ditawarkan dalam 6 varian. Apa yang lebih menarik adalah, ia juga turut ditawarkan dengan enjin empat silinder, 1.2 liter NA di samping pilihan enjin 1.0 liter Turbo yang ramai sedia maklum.
Menurut jangkaan awal dari Autofun.id, enjin empat silinder 1.2 liter NA 3NR-VE tersebut adalah enjin yang turut digunakan pada model Toyota Calya dan Daihatsu Sigra. Enjin tersebut mampu mencatatkan output kuasa sebanyak 88 PS / 107 Nm.
Perbandingan Enjin | ||
Model | 1.0 liter Turbo 1KR-VET | 1.2 liter NA 3NR-VE |
Spesifikasi | 3 silinder, caj turbo, VVT-i | 4 silinder, DOHC, Dual VVT-i |
Kuasa Kuda | 98 PS | 88 PS |
Tork | 140 Nm | 107 Nm |
Seperti yang pernah dilaporkan sebelum ini, model pasaran Indonesia juga akan ditawarkan dengan transmisi manual selain daripada transmisi CVT standard di pasaran Jepun. Laporan awal menjangkakan transmisi 5-kelajuan manual / 6-kelajuan manual bakal digunakan.
Tambahan bagi model Toyota Raize adalah varian tertinggi model ini akan ditawarkan dengan TSS (Toyota Safety System). Berdasarkan spekulasi awal, Toyota Raize varian tertinggi ini akan dilengkapi dengan kamera radar dan fungsi brek automatik.
Selain daripada TSS, Toyota Raize varian tertinggi juga akan ditawarkan dengan kit badan GR. Maklumat ini adalah berdasarkan semakan laman Kendara.id yang menyemak gambar rekaan industri yang didaftarkan. Semakan tersebut mendapati Toyota Raize pada bahagian belakang mempunyai bumper GR dengan lencana GR yang terpampang.
Sementara itu di Malaysia, model Perodua D55L dijangka akan ditawarkan dalam 3 varian dengan pelancaran sekitar bulan Mac 2021. Enjin 1.0 liter Turbo dengan padanan transmisi CVT dijangka akan dikekalkan. Model Raize / Rocky pasaran Indonesia pula akan ditawarkan sekitar bulan Mei - Jun 2021.
Mudah, dapatkan kereta yang dibeli dengan pantas!
2021 Perodua Ativa 1.0L Turbo X
Upgrade
Add your car