window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Chery melihat peningkatan sebanyak 60% dalam jualan global pada suku pertama 2024, eksport meningkat sebanyak 40.1%

Zamil Syaheer · Apr 12, 2024 02:00 PM

Chery melihat peningkatan sebanyak 60% dalam jualan global pada suku pertama 2024, eksport meningkat sebanyak 40.1% 01

Chery Holding mengumumkan sebanyak 181,585 kenderaan telah dijual di seluruh dunia pada bulan Mac 2024. Ini merupakan lonjakan sebanyak 45.3% berbanding dengan bulan yang sama tahun lepas.

Dengan itu, pengeluar kereta Anhui tersebut melihat angka jualan kumulatif untuk suku pertama 2024 (S1 2024) meningkat sebanyak 60.3% kepada 529,604 unit. Eksport meningkat sebanyak 40.9% kepada 253,418 unit manakala kenderaan tenaga baharu (hibrid plug-in dan EV bateri digabungkan) melonjak sebanyak 124.3% kepada 60,133 unit dalam 3 bulan pertama tahun 2024.

Chery melihat peningkatan sebanyak 60% dalam jualan global pada suku pertama 2024, eksport meningkat sebanyak 40.1% 02

Exeed Sterra ES yang eksklusif untuk pasaran China

Jenama Chery menjual 350,314 unit kenderaan dalam suku pertama 2024, meningkat sebanyak 57.6% berbanding dengan suku yang sama pada tahun 2023.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Sementara itu, sub-jenama Exeed menjual 23,493 unit kenderaan manakala Jetour pula menjual 107,476 kenderaan dalam S1 2024. Ini merupakan peningkatan sebanyak 44.4% bagi Exeed dan 106.9% bagi Jetour.

Chery melihat peningkatan sebanyak 60% dalam jualan global pada suku pertama 2024, eksport meningkat sebanyak 40.1% 01

Jaecoo J6 (kiri) dijual sebagai iCar 03 di China

Selain itu, iCar, sub-jenama terbaru di bawah Chery Holding menjual 5,487 unit untuk model pertamanya iCar 03 dalam bulan pertama pelancarannya. iCar 03 merupakan SUV bateri-elektrik (BEV) dan mungkin dijual sebagai Jaecoo J6 di luar China seperti yang dilihat dalam pratonton Thailand.

Chery melihat peningkatan sebanyak 60% dalam jualan global pada suku pertama 2024, eksport meningkat sebanyak 40.1% 02

Jaecoo J7 untuk pasaran Afrika Selatan

Perlu diperhatikan bahawa jualan Jaecoo tidak disenaraikan dalam laporan angka suku tahunan syarikat itu kerana ia adalah eksklusif kepada luar negara. Jaecoo juga sudahpun membuka pendaftaran minat (RoI) untuk Jaecoo J7 pada 10 April 2024 yang lalu.

Baca juga: Pendaftaran minat (RoI) bagi Jaecoo J7, alternatif kepada Honda CR-V berharga bawah RM 200k akan dibuka esok!

Zamil Syaheer

Editor

More than 10 years experience, specialising in Motorsports, Advanced Driving, Event Management & Creative Design. He enjoys driving (drifting, actually) anything RWD with a proper LSD over the limit. Versatility is his motto and mantra.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Dapatkan respons dalam masa 24 jam!

Jaecoo J7 Upcoming

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli?   Jual kereta anda