window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Bina kereta berkualiti, Pusat Ujian Proton terima akreditasi antarabangsa daripada Jabatan Standard Malaysia

Mersita · Aug 31, 2023 06:00 PM

Bina kereta berkualiti, Pusat Ujian Proton terima akreditasi antarabangsa daripada Jabatan Standard Malaysia 01

Syarikat automotif, Proton, telah menerima satu lagi pengiktirafan penting dalam perjalanannya untuk membina kenderaan berkualiti tinggi. Kemudahan ujian dalaman syarikat yang terletak di Shah Alam, secara kolektif dikenali sebagai Pusat Ujian Proton, menerima akreditasi ISO/IEC 17025:2017 daripada Jabatan Standard Malaysia, sebuah jabatan di bawah naungan Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI).

Sijil akreditasi telah disampaikan kepada Proton oleh Shaharul Sadri Alwi, Ketua Pengarah Jabatan Standard Malaysia dan diterima oleh Hazrin Fazail Haroon, Pengarah Kejuruteraan, Proton.

Bina kereta berkualiti, Pusat Ujian Proton terima akreditasi antarabangsa daripada Jabatan Standard Malaysia 02

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

MS ISO/IEC 17025:2017 ialah piawaian yang mengukur kecekapan makmal ujian dan penentukuran. Piawaian ini digunakan oleh makmal ujian dan penentukuran untuk membangunkan sistem pengurusan kualiti dan untuk menilai kecekapan mereka sendiri. Pensijilan terdiri daripada mengukur dan memastikan keputusan ujian memenuhi tahap yang diperlukan dalam tempoh masa yang ditetapkan manakala keperluan dokumentasi untuk mematuhi terdiri daripada manual kualiti, prosedur operasi standard, aliran arahan kerja, dan beberapa kriteria lain.

Memandangkan ISO 17025 ialah pentauliahan standard yang diiktiraf di peringkat global, ia bukan sahaja menyediakan bukti kebolehpercayaan keputusan serta integriti, kecekapan, dan kualiti keseluruhan Pusat Ujian Proton, ia juga membolehkan kemudahan itu memenuhi keperluan ujian untuk kenderaan yang dibangunkan bersama dengan Geely, malah membuka kemungkinan menjalankan ujian untuk model Geely yang lain.

Bina kereta berkualiti, Pusat Ujian Proton terima akreditasi antarabangsa daripada Jabatan Standard Malaysia 01

“Akreditasi yang diterima oleh Pusat Ujian Proton adalah pengiktirafan atas kerja yang dijalankan pasukan kejuruteraan dan ujian di Proton untuk meningkatkan tahap keupayaan teknikal kami supaya sejajar dengan rakan kongsi kami, Geely. Ia juga membolehkan kami mengurangkan kos pembangunan produk kami kerana tidak perlu lagi menghantar komponen untuk diuji ke luar negara serta membantu menguruskan garis masa penbangunan model dengan lebih baik.

“Ia adalah matlamat kami untuk menerima MS ISO/IEC 17025:2017 sejak Pusat Ujian Proton ditubuhkan. Dengan akreditasi, pusat ujian kini memenuhi kedua-dua keperluan kecekapan teknikal dan keperluan sistem pengurusan yang diperlukan untuknya menyampaikan keputusan ujian secara konsisten dan penentukuran yang sah secara teknikal. Akhirnya, ini akan menghasilkan kenderaan Proton yang lebih berkualiti, yang akan memberi manfaat kepada pelanggan kami yang dihargai,” kata Hazrin Fazail Haroon.

Juga baca: POV Review: Proton X90 2023 - luar biasa berbaloi! Tapi ada kelemahan yang perlu diterima

Mersita

Penulis

Gemarkan kereta tinggi atau wagon, yang setakat ini masih lagi dalam igauan. Memilih Kenari terpakai sebagai kereta pertama, sukakan pemanduannya yang menyeronokkan dengan ruang dalaman yang luas. Mementingkan praktikaliti dan kepuasan sanubari dalam pemilihan kereta.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Dapatkan respons dalam masa 24 jam!

2023 Honda City 1.5L e:HEV RS

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli?   Jual kereta anda