window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Bakal dilancar di Malaysia bulan ini - Chery Tiggo 7 Pro, CKD, anggaran RM 130k, 1.6T+7DCT, 197 PS/290 Nm

Zamil Syaheer · May 14, 2024 01:00 PM

Bakal dilancar di Malaysia bulan ini - Chery Tiggo 7 Pro, CKD, anggaran RM 130k, 1.6T+7DCT, 197 PS/290 Nm 01

Chery Tiggo 7 Pro dijangka dilancarkan di Pameran Auto Malaysia 2024 yang akan datang, menandakan model ketiga daripada jenama ini selepas Omoda 5 dan Tiggo 8 Pro.

Pesaing Proton X70 ini dianggarkan berharga di bawah RM 130,000. Seperti Omoda 5 dan Tiggo 8 Pro, Chery Tiggo 7 Pro juga akan dipasang secara tempatan di Kulim, Kedah, di kilang Inokom.

Bakal dilancar di Malaysia bulan ini - Chery Tiggo 7 Pro, CKD, anggaran RM 130k, 1.6T+7DCT, 197 PS/290 Nm 02

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Dari segi reka bentuk, Tiggo 7 Pro menampilkan penampilan SUV yang lebih konvensional berbanding dengan gaya berani Omoda 5. Ciri-ciri luaran termasuk lampu utama LED, lampu siang LED, dan lampu belakang LED penuh lebar, memberikan estetik moden.

Dari segi saiz, Tiggo 7 Pro berukuran 4,513 mm panjang, 1,862 mm lebar, dan 1,696 mm tinggi. Sebagai perbandingan, Proton X70 mempunyai panjang 4,519 mm, lebar 1,831 mm, tinggi 1,694 mm, dan jarak roda 2,670 mm.

Ia menggunakan enjin 1.6 liter 4-silinder turbo dengan 197 PS/290 Nm, disalurkan ke roda depan melalui transmisi dwi-klac 7-kelajuan.

Bakal dilancar di Malaysia bulan ini - Chery Tiggo 7 Pro, CKD, anggaran RM 130k, 1.6T+7DCT, 197 PS/290 Nm 01

Sedikit selingan: Shaun, penulis bagi WapCar ENG sempat mencuba Tiggo 7 Pro di China ihsan Chery Malaysia di mana ujian pecutan dijalankan.

Tanggapan awal menunjukkan bahawa enjin terasa berkuasa apabila daya tolak datang dengan kuat pada sekitar 2k rpm. Pertukaran gear adalah pantas dan lancar. Stereng terasa ringan, memudahkan pergerakan di sekitar bandar. Tahap kesenyapan kabin sepadan dengan segmen.

Itu sahaja untuk tanggapan awal. Selebihnya memerlukan masa pemanduan yang lebih lama untuk penilaian yang lebih terperinci.

Bakal dilancar di Malaysia bulan ini - Chery Tiggo 7 Pro, CKD, anggaran RM 130k, 1.6T+7DCT, 197 PS/290 Nm 02

Kembali kepada bahagian dalam – Tiggo 7 Pro menampilkan panel paparan lebar dengan dua skrin 12.3-inci untuk instrumen dan infotainmen.

Kemudahan standard termasuk Apple CarPlay, Android Auto, kawalan iklim dua zon, pengecas tanpa wayar, lampu ambien, bumbung panorama, sistem kamera 540-darjah, dan sistem audio Sony dengan 8 pembesar suara.

Bakal dilancar di Malaysia bulan ini - Chery Tiggo 7 Pro, CKD, anggaran RM 130k, 1.6T+7DCT, 197 PS/290 Nm 03

Tedapat juga satu suite lengkap bantuan pemandu lanjutan (ADAS) yang menggabungkan brek kecemasan autonomi, pengesanan titik buta, kawalan pelayaran adaptif, bantuan pengekalan lorong, amaran lintasan trafik belakang dengan brek.

Pameran Auto Malaysia dijadualkan berlangsung dari 22 hingga 26 Mei 2024, beroperasi dari 10 pagi hingga 10 malam di MAEPS Serdang. Tiket masuk berharga RM 20 seorang, dengan kemasukan percuma diberikan kepada kanak-kanak di bawah umur 9 tahun, warga emas berumur 60 tahun ke atas, serta individu dengan kecacatan (OKU).

Baca juga: Chery Malaysia bakal membina kilang CKD baru di Shah Alam; akan dibuka pada S3 2024 & menyokong model-model baru

Zamil Syaheer

Editor

More than 10 years experience, specialising in Motorsports, Advanced Driving, Event Management & Creative Design. He enjoys driving (drifting, actually) anything RWD with a proper LSD over the limit. Versatility is his motto and mantra.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Mudah, dapatkan kereta yang dibeli dengan pantas!

2022 Chery Tiggo 7 Pro Upcoming Verison

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli?   Jual kereta anda