Honda Singapura telah melancarkan Honda City generasi ke 5 serba baru melalui pelancaran secara maya di laman sosial Facebook rasmi mereka. 2 varian yang ditawarkan adalah Honda City SV untuk varian pengenalan manakala Honda City RS untuk varian atas.
Sorotan paling utama diberikan kepada rekaan luaran Honda City ini. Tidak dinafikan, kekuatan Honda terletak pada rekaan luar yang sentiasa menarik. Kali ini, pereka Honda mengambil inspirasi ‘bilah katana’ untuk rekaan luar Honda City ini. Garisan-garisan lurus menjadi tema utama mereka dalam mereka bentuk Honda City ini sama ada luar mahupun dalam.
Honda City ini mempunyai Cruise Control untuk kelajuan di atas 40 km/j. Lebih menarik lagi, Honda City mempunyai penghidup enjin jarak jauh (remote start engine) yang membenarkan enjin dihidupkan dari luar kereta. Selain itu, Honda City ini dilengkapi dengan rim 16 inci rekaan berlian untuk varian RS dan rim 15 inci rim multispoke untuk varian SV. Selain itu, but belakang model ini adalah berkapasiti 519 liter.
Honda City pasaran Singapura ini dijana oleh enjin empat silinder 1.5 liter DOHC i-VTEC yang mampu menjana sehingga 119 PS kuasa kuda dan 145 Nm tork. Enjin ini digandingkan dengan transmisi CVT automatik yang dipertingkat untuk lebih penjimatan minyak.
Sementara itu, Honda City serba baru generasi ke 5 ini dilengkapi dengan kemasukan tanpa kunci, butang penghidup mula, sistem infotainment 7 inci dengan Apple Carplay dan Android Auto, kamera pandang belakang, 4 dan 6 beg udara, Emergency Stop Signal dan Hill Stop Assist.
Honda City ini bermula dari SGD 92,999 (RM 285,038) untuk varian SV dan SGD 95,999 (RM 294,233) untuk varian RS. Sebagai rujukan, Honda City untuk pasaran Malaysia belum dilancarkan tetapi sudah dibuka untuk tempahan.
Mudah, dapatkan kereta yang dibeli dengan pantas!
2023 Honda City 1.5L e:HEV RS
Upgrade
Add your car