Peugeot, Citroen dan DS sah bernaung di bawah Bermaz, Malaysia jadi hub eksport serantau!
Haris · Dec 1, 2020 08:55 PM
0
0
Groupe PSA, Berjaya Corporation Berhad dan Bermaz Auto Berhad baru sahaja memaklumkan bahawa Groupe PSA telah menganugerahkan Berjaya Auto Alliance Sdn Bhd (“BAASB”) sebagai pengedar tunggal baru kenderaan di bawah jenama Peugeot dan hak penjualan dan alat ganti pengedaran untuk kenderaan jenama Peugeot, Citroen dan DS di Malaysia.
Ini memberi isyarat bahawa Citroen dan DS tidak lagi dijual di Malaysia tetapi sokongan selepas jualan masih diteruskan.
BAASB adalah syarikat yang baru diperbadankan di mana Berjaya Corp dan Bermaz masing-masing memegang 51% dan 20% kepentingan di dalam BAASB.
Selain daripada itu, Groupe PSA melalui Mrs Laurence Noel, Naib Presiden Kanan Groupe PSA Asia Tenggara turut mengesahkan bahawa Malaysia kini menjadi hub untuk mengeksport kenderaan di bawah jenama tersebut di rantau ini.
Sebelum ini, memang terdapat ura-ura di mana Bermaz bakal mengambil alih jenama Peugeot daripada Naza dan nampaknya ramalan tersebut benar-benar belaka.
Terdapat juga ura-ura di mana kilang pemasangan Naza di Gurun, Kedah bakal bertukar tangan dan dengan pengumuman Malaysia menjadi hub eksport serantau, mungkin ia berkait rapat dengan spekulasi tersebut.
Bermaz menjadi sebutan ramai kerana prestasi syarikat konglomerat ini yang memulihkan jenama Mazda di Malaysia dari penjualan 3 angka setahun naik menjadi 5 angka. Selain itu, Berjaya Group juga mempunyai jenama automotif yang baru sahaja dibawa masuk iaitu MG Berjaya.
Latar belakang yang pelbagai menjadikan beliau lebih memahami kehendak pembaca. Penulis tidak memiliki kereta sendiri, justeru, semua kereta yang dipandu hingga kini adalah pandu uji. Kereta pertama yang bakal dimiliki beliau tentulah yang terbaik dan patut anda perhatikan.