Mengenai larangan penggunaan kenderaan, ia berkait dengan isu tayar botak, lampu belakang yang tidak menyala dan brek yang tidak berfungsi dengan baik. Mereka yang terlibat diarahkan baiki dan datang semula ke JPJ untuk menjalani pemeriksaan.
Notis yang selebihnya merangkumi:
2,334 notis saman
1,593 notis panggilan temu siasat
1,067 notis kemukakan butiran pemandu
793 notis arah timbang
15 notis penahanan kenderaan
Menurut pengarah JPJ Selangor, antara kesalahan yang perlu ditekankan ialah treler atau lori yang diubah suai kerangka badannya untuk menambah muatan yang boleh dibawa.
Beliau turut mengulas bahawa kebanyakan pemandu kenderaan perdagangan, terutama treler dan lori menggunakan tayar celup yang telah botak.
Di samping itu, mereka gemar meletakkan kayu atau besi sendal di bahagian casis sehingga boleh jatuh di lebuh raya. Tindakan ini sebenarnya membahayakan dan menjadi antara penyumbang utama kemalangan jalan raya di negeri ini.
Berdasarkan statistik PLUS sendiri, sebanyak 19,218 bahan telah dikutip di sepanjang lebuh raya.
Beliau berlatar belakangkan kejuruteraan mekanikal dan mempunyai minat yang mendalam terhadap kereta sejak dipaksa untuk membaca buku (permotoran). Disebabkan itu, beliau ada titik lembut untuk setiap kereta. Walaupun meminati pemanduan yang rancak, gaya pemanduan beliau yang sebenar hanyalah santai kerana sudah dimanja oleh Lexus.