window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

BEV VinFast VF e34 diintip di jalan raya Malaysia, bakal dilancarkan tidak lama lagi?

Faisal · Apr 5, 2024 04:20 PM

BEV VinFast VF e34 diintip di jalan raya Malaysia, bakal dilancarkan tidak lama lagi? 01

Kredit: Funtasticko dan Careta

Selepas masuk pasaran Amerika dan Eropah, syarikat kenderaan elektrik (BEV) Vietnam, VinFast, kini berhasrat untuk masuk pasaran pandu belah kanan (RHD) ASEAN. Selain Indonesia dan Thailand, Malaysia mungkin giliran seterusnya memandangkan kelibatnya telah kelihatan di atas jalan raya kita.

BEV VinFast VF e34 diintip di jalan raya Malaysia, bakal dilancarkan tidak lama lagi? 02

Sumber: Careta

Gambar daripada Careta dan Funtasticko ini diintip sekitar Penchala dan Pandah Indah. Unit di Penchala tidak memakai nombor plat langsung tetapi ia sudah dalam format pandu belah kanan. Unit di Pandan Indah pula ada nombor plat dagangan W/TP 2403.

BEV VinFast VF e34 diintip di jalan raya Malaysia, bakal dilancarkan tidak lama lagi? 03

Sumber: Careta

Untuk makluman anda, nombor tersebut bukan milik mana-mana pengedar. Funtasticko turut melaporkan bahawa unit itu mungkin diguna atas tujuan ujian dalaman atau oleh pengedar recond untuk tujuan pandu uji.

Menurut Careta yang memuat naik foto di Penchala, pemandu VF e34 itu memakai baju VinFast dan dalaman unit tersebut mempunyai kamera yang nampak canggih.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

BEV VinFast VF e34 diintip di jalan raya Malaysia, bakal dilancarkan tidak lama lagi? 01

Barisan BEV VinFast

Kalau anda nak tahu, VF e34 adalah BEV penumpang pertama VinFast. Walaupun mereka baru 6 tahun dalam industri ini, akhir 2022 mereka telah menukar ke jenama EV sepenuhnya. Sebelum itu, mereka hanya menjenamakan semua model-model BMW dan Opel untuk pasaran domestik.

Juga baca: Dari Vietnam ke Amerika dalam masa 4 tahun, VinFast membuat debutnya di sana dengan 5 EV

BEV VinFast VF e34 diintip di jalan raya Malaysia, bakal dilancarkan tidak lama lagi? 02

Secara teknikal, crossover segmen B itu dikuasai oleh motor depan (150 PS/242 Nm). Ia hadir dengan bateri 42-kWh dan jarak pandunya (NEDC) boleh pergi 318.6 km.

BEV VinFast VF e34 diintip di jalan raya Malaysia, bakal dilancarkan tidak lama lagi? 03

Pengecas VinFast di Vietnam

Cumanya, bateri tidak datang sekali kerana VinFast menerapkan pelan langganan bateri di mana pemilik perlu membayar secara bulanan.

BEV VinFast VF e34 diintip di jalan raya Malaysia, bakal dilancarkan tidak lama lagi? 04

Namun demikian, bateri akan ditukar secara percuma sekiranya kapasiti menurun bawah 70%.

Secara tidak langsung, ia bukan setakat mengurangkan beban pemilik untuk kos mengganti bateri yang tinggi, malah VinFast mendakwa bahawa kos gabungan untuk langganan dan mengecas tetap jauh lebih murah berbanding kereta berenjin pembakaran dalaman (ICE) dalam segmen ini..

Untuk pengetahuan anda, VF e34 di Indonesia tanpa bateri berharga IDR 315 juta (~RM 94k). Kadar langganan bateri bulanan pula bermula dari IDR 1.5 juta (RM 446).

Juga bacaVinfast sudah tiba di Indonesia dengan 6 model - pasaran pandu kanan pertama, CKD, & bakal dieksport ke Malaysia!

BEV VinFast VF e34 diintip di jalan raya Malaysia, bakal dilancarkan tidak lama lagi? 05

Untuk Malaysia, VinFast merancang untuk membuat pelancaran tidak lama lagi kerana negara kita telah disebut untuk pasaran RHD sewaktu pengumuman kilang di Indonesia dibuat. Ia mungkin tiba pada 2025 apabila kilang itu mula beroperasi.

Juga baca: VinFast akan membuka kilang di Indonesia, bakal menghasilkan kenderaan pandu kanan (RHD) untuk Malaysia!

Faisal

Penulis

Beliau berlatar belakangkan kejuruteraan mekanikal dan mempunyai minat yang mendalam terhadap kereta sejak dipaksa untuk membaca buku (permotoran). Disebabkan itu, beliau ada titik lembut untuk setiap kereta. Walaupun meminati pemanduan yang rancak, gaya pemanduan beliau yang sebenar hanyalah santai kerana sudah dimanja oleh Lexus.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Mudah, dapatkan kereta yang dibeli dengan pantas!

2023 Toyota Yaris 1.5E

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli?   Jual kereta anda
Electric Cars Malaysia