Kemunculan Proton X70 pada December 2018 yang lalu telah menghangatkan pasaran automotif di Malaysia sehingga ia telah memecah rekod bagi jumlah tempahan yang paling banyak untuk kategori SUV.
Ini dibuktikan lagi apabila X70 merangkul anungerah Overall Car of The Year 2019 dan anugerah dalam kategori Midsize Crossover dan 5-seater SUV dalam acara majlis Malaysia Cars of the Year Awards yang ke-18.
Ini memacu Proton untuk berada di atas, sekali lagi memberi saingan yang kuat terhadap syarikat pengeluar lain di dalam industri automotif. Berbekalkan semangat yang telah terbina oleh X70, mampukah Proton X50 memberi impak dan kejayaan yang sama?
Mari kita lihat gambaran berikut:
Proton X50 dijangka memberi impak terhadap pasaran SUV kompak segmen B yang dikuasai oleh dua pesaing dari Jepun iaitu Honda HR-V (ulasan di sini) dan Mazda CX-3 (ulasan di sini). Berdasarkan perkara di atas, X50 lebih hebat dalam saingan jumlah kuasa kuda dan tork termasuk transmisi 7-kelajuan dwi-klac yang pertama dalam segmennya.
Sekiranya dibandingkan dengan saingan Eropah pula, Peugeot 2008 dan Renault Captur kelihatan agak ketinggalan. Namun begitu, perbezaan yang ketara adalah pada harga jualan. Kami menjangkakan harga Proton X50 berada dalam lingkungan RM 85,000 hingga RM 100,000. Dengan spesifikasi yang menarik, Proton X50 juga mungkin berupaya memalukan kereta segmen C yang lebih besar.
Walau bagaimanapun, X50 kehilangan poin berbanding Honda HR-V yang menawarkan ruang but yang terbesar berbanding X50 dan CX-3.
Malah pesaing dari Eropah juga menawarkan ruang but yang lebih besar walaupun masih tidak setanding HR-V. Menariknya, Peugeot 2008 adalah kereta yang paling ringan sementara Proton X50 adalah yang paling berat. Kami menganggap bahawa sebahagian besar daripada berat adalah kerana banyak teknologi keselamatan yang hadir pada Proton X50.. Jadi ini masih boleh diterima.
Seperti abangnya, kami menjangkakan X50 akan mempunyai kelengkapan yang sama seperti penyaman udara dengan kawalan dwi-zon, bumbung panorama, tempat duduk pemandu dengan pelarasan elektronik serta skrin sesentuh infotainment berukuran 10.25-inci yang mempunyai sistem operasi Geely Key (GKUI) yang menggabungkan sistem kawalan suara "Hi Proton" yang terkenal.
Kami telah menguji saudaranya Geely Binyue / Coolray di China tahun lalu. Walaupun terdapat beberapa penambahbaikan yang diperlukan agar sesuai dengan keadaan jalan raya dan gaya pemanduan rakyat Malaysia yang kita ketahui, kereta ini tetap mempunyai satu pakej yang mantap. Binyue di China juga dilengkapi dengan kemampuan memandu sendiri pada Tahap 2. Namun begitu, masih tiada maklumat tentang sistem ini di pasaran Malaysia.
Kami yakin bahawa jenama lain harus mempertingkatkan permainan mereka untuk menyaingi tawaran terbaru daripada Proton apabila ia dilancarkan di Malaysia kelak.