Yamaha NVX generasi terbaharu yang datang dengan sambungan Y-Connect baru saja mendarat di pasaran Malaysia penghujung bulan lalu.
Juga baca: Yamaha NVX 2021 dengan sambungan Y-Connect tiba di Malaysia, dua varian, harga RM 8,998 dan RM 10,998!
Ia tampil dengan dua varian iaitu Standard dan ABS berserta pilihan warna berbeza iaitu Merah dan Cyan bagi Standard dan Platinum SE dan GP Blue bagi varian ABS.
Di pasaran negara jiran Vietnam, sekalipun model generasi baharu NVX ini sudah diperkenalkan lebih awal, ia berterusan mendapat kemaskini dan terbaharu, pilihan warna Silver Grey diperkenalkan.
Menariknya, skim warna baharu bagi model yang diberi nama Yamaha NVX 155 VVA Generation II itu hampir sama dengan warna Platinum SE yang ditawarkan oleh model Yamaha NVX 2021 untuk pasaran Malaysia.
Juga baca: Menarik ke tak? Ini 5 pembaharuan Yamaha NVX 155 VVA 2021!
Sebagai info, Yamaha NVX 155 VVA Gen II dilancarkan di pasaran Vietnam dilancarkan pada bulan November tahun lalu.
Ia datang dengan dua varian iaitu NVX 155 VVA Gen II Limited Edition Monster Energy Yamaha MotoGP dan varian Standard datang dengan lima pilihan warna Bronze Gold-Black, Green GP, Red, Black dan Orange GP.
Dan dengan kehadiran warna baharu Silver Grey, ia menjadikan jumlah pilihan warna yang ditawarkan di pasaran negara berkenaan kepada tujuh.
Tidak seperti Malaysia, kesemua varian NVX 155 VVA Gen II adalah yang tertinggi iaitu datang dengan spesifikasi penuh termasuk Sistem Brek Anti-Kunci (ABS).
Tiada perubahan dari sudut harga bagi varian Standard iaitu VND 53,000,000 (RM 9,499) manakala untuk varian Limited Edition Monster Energy, ia lebih tinggi sedikit pada harga VND 54,000,000 (RM 9,660).
Juga baca: Tiba giliran Thailand lancar Yamaha Aerox 2021 (NVX), harga bermula RM9,125
Di pasaran Malaysia, pasti peminat skuter berkenaan tidak sabar untuk menantikan kehadiran varian istimewa seperti Limited Edition Monster Energy Yamaha MotoGP atau 'Livery' pasukan Malaysia yang beraksi di pentas tertinggi itu, Petronas Yamaha SRT.