window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

WapCar COTY 2021: Isuzu D-Max – Pikap kegemaran kami untuk Anugerah Pikap Terbaik 2021

Faisal · Dec 28, 2021 08:00 PM

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Untuk kategori Trak Pikap Terbaik, kereta kegemaran kami jatuh kepada Isuzu D-Max 2021.

Senang cerita, gabungan pelbagai bakat dan harga jentera ini cukup luar biasa sehingga bagi kami, nilai yang dibawanya tidak boleh ditandingi sama-sekali.

Juga bacaKebaikan & Kekurangan: Isuzu D-Max 2021, spesifikasi lagi mantap dan lawa dari Toyota Hilux?

WapCar COTY 2021: Isuzu D-Max – Pikap kegemaran kami untuk Anugerah Pikap Terbaik 2021 01

Ciri yang pelbagai dan harga yang menarik

Kalau anda perasan, trak pikap zaman sekarang dianggap sebagai alternatif buat kenderaan jenis gaya hidup. Disebabkan ini, pengeluar telah memberi lebih penekanan pada aspek keselesaan dan keselamatan.

WapCar COTY 2021: Isuzu D-Max – Pikap kegemaran kami untuk Anugerah Pikap Terbaik 2021 02

Menariknya, Isuzu D-Max varian bawah turut lengkap dengan ciri yang lebih banyak berbanding pesaing ikonik seperti Toyota Hilux, Mitsubishi Triton dan Ford Ranger.

Secara amnya, harga Isuzu D-Max ditawarkan bermula dari RM 106,999 untuk varian 1.9 4x4 Standard (spec permulaan untuk automatik) hingga RM 141,938 untuk 3.0L X-Terrain.

Bantuan keselamatan ADAS yang lengkap

Isuzu D-Max dilengkapkan sekali dengan fungsi ADAS yang penuh.

WapCar COTY 2021: Isuzu D-Max – Pikap kegemaran kami untuk Anugerah Pikap Terbaik 2021 03

Dengan ciri yang pertama dalam kelasnya, sistem keselamatan yang ada pada D-Max sudah setanding dengan SUV keluarga yang berharga hampir dua kali ganda. Antaranya ciri yang kami maksudkan adalah seperti:

  • Autonomous Emergency Braking (AEB)
  • Lane Departure Warning (LDW)
  • Lane Keep Assist with Steering Correction
  • Blind Spot Monitor (BSM)
  • Rear Cross Traffic Alert (RCTA)
  • Forward Collision Warning (FCW)
  • Turn Assist (FCTA dengan brek)
  • Pedal Misapplication Mitigation
  • Adaptive Cruise Control (ACC)
  • Automatic High Beam (AHB)

WapCar COTY 2021: Isuzu D-Max – Pikap kegemaran kami untuk Anugerah Pikap Terbaik 2021 04

Kalau anda nak tahu, majoriti daripada ciri ini tidak terdapat pada pesaingnya, lebih-lebih lagi dengan julat harga sebegini.

Boleh dipercayai sampai bila-bila

Dalam aspek ketahanan dan penjimatan minyak, Isuzu D-Max boleh dikatakan tiada isu langsung.

Peryertaan 11 tahun dalam Borneo Safari Expedition dan penggunaan minyak yang memecah pelbagai rekod adalah antara bukti betapa kualitinya tahap kejuruteraan pada Isuzu D-Max.

Dengan penawaran dua kapasiti enjin, Isuzu D-Max juga sesuai untuk pelbagai jenis penggunaan.

WapCar COTY 2021: Isuzu D-Max – Pikap kegemaran kami untuk Anugerah Pikap Terbaik 2021 05

Secara umumnya, pembeli ditawarkan dengan pilihan enjin 1.9L Ddi Blue Power turbodiesel (150 PS, 350 Nm) yang mana bagi kami, ia lebih dari mencukupi.

Enjin 3.0L Ddi Blue Power (190 PS, 450 Nm) yang lebih berkuasa juga cukup kompetitif.

WapCar COTY 2021: Isuzu D-Max – Pikap kegemaran kami untuk Anugerah Pikap Terbaik 2021 06

Satu pembaharuan yang begitu ketara bagi kami adalah transmisi 6 kelajuan automatik dan manual yang telah dipertingkatkan dimana ia lebih responsif dan tahan lebih lasak.

Pembaharuan reka bentuk yang begitu ketara

WapCar COTY 2021: Isuzu D-Max – Pikap kegemaran kami untuk Anugerah Pikap Terbaik 2021 07

Isuzu D-Max 3.0L X-Terrain yang kami pandu uji tempoh hari memperlihatkan gaya yang maskulin.

WapCar COTY 2021: Isuzu D-Max – Pikap kegemaran kami untuk Anugerah Pikap Terbaik 2021 08

Dengan rim 18 inci yang nampak macam begitu ranggi, trak pikap ini sememangnya akan mencuri perhatian orang ramai.

WapCar COTY 2021: Isuzu D-Max – Pikap kegemaran kami untuk Anugerah Pikap Terbaik 2021 09

Kabin yang bergaya dan senyap

WapCar COTY 2021: Isuzu D-Max – Pikap kegemaran kami untuk Anugerah Pikap Terbaik 2021 10

Satu lagi aspek yang membuatkan Isuzu D-Max begitu cemerlang adalah pada bahagian dalam. Bagi kami, ia adalah yang terbaik di dalam segmen trak pikap di Malaysia.

WapCar COTY 2021: Isuzu D-Max – Pikap kegemaran kami untuk Anugerah Pikap Terbaik 2021 11

Dengan reka bentuk moden, bahan yang berkualiti, infotainment yang padu dan suis yang begitu sedap untuk ditekan, kokpit Isuzu D-Max begitu memuaskan untuk diduduki walaupun untuk jangka masa yang panjang.

Jaminan waranti yang memberi pemilikan yang memenangkan

Secara standard, Isuzu D-Max lengkap dengan waranti 5 tahun/100,000 km tetapi apa yang lebih menakjubkan adalah varian 3.0L X-Terrain. Untuk pengetahuan anda, ia datang dengan waranti yang terbaik dalam segmen ini yang mana ia dilanjutkan ke 7 tahun tanpa had perbatuan.

Jadi, Inilah antara sebab utama kenapa bagi kami, Isuzu D-Max memang betul-betul layak untuk memenangi Anugerah Pikap Terbaik di Malaysia untuk tahun 2021.

Juga bacaRebiu: 2021 Isuzu D-Max 3.0 X-Terrain - patut jadi pilihan utama, bukan lagi alternatif Hailak!

Faisal

Penulis

Beliau berlatar belakangkan kejuruteraan mekanikal dan mempunyai minat yang mendalam terhadap kereta sejak dipaksa untuk membaca buku (permotoran). Disebabkan itu, beliau ada titik lembut untuk setiap kereta. Walaupun meminati pemanduan yang rancak, gaya pemanduan beliau yang sebenar hanyalah santai kerana sudah dimanja oleh Lexus.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Dapatkan respons dalam masa 24 jam!

2022 Isuzu D-Max 3.0 4x4 X-Terrain AT

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli?   Jual kereta anda