window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Volkswagen Tiguan serba baru dilancarkan! Bakal tiba di Malaysia tahun 2022?

Haris · Jul 1, 2020 11:50 AM

Volkswagen Tiguan serba baru dilancarkan! Bakal tiba di Malaysia tahun 2022? 01

Volkswagen Tiguan adalah SUV paling laris di Eropah. Dengan pengeluaran sebanyak 6 juta unit, SUV ini sudah pasti menjadi pilihan utama bagi penggemar kereta Eropah.

Volkswagen Tiguan serba baru dilancarkan! Bakal tiba di Malaysia tahun 2022? 01

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Untuk tahun 2020, Volkswagen telah mengemaskini Tiguan serba baharu. Facelift yang diberikan bukan sekadar kosmetik, malah Volkswagen Tiguan serba baru turut menerima kemas kini rekaan dalaman, teknologi dan keselesaan.

Volkswagen Tiguan serba baru dilancarkan! Bakal tiba di Malaysia tahun 2022? 01

Terdapat juga 2 pilihan varian baru untuk Volkswagen Tiguan iaitu varian Tiguan R (320 PS) dan Tiguan PHEV (245 PS).

Sudah tentu, Tiguan R sebagai model berprestasi tinggi adalah model paling menarik.

Gril hadapan yang lebih besar

Volkswagen Tiguan serba baru dilancarkan! Bakal tiba di Malaysia tahun 2022? 02

Paling ketara pada Volkswagen Tiguan 2021 ini adalah gril hadapannya. Rekaan lampu LED hadapan kini lebih lebar dengan integrasi rekaan gril yang kemas. Gril bahagian bawah turut dikemas kini dengan rekaan berbentuk C yang lebih besar dengan corong pengaliran udara.

Volkswagen Tiguan serba baru dilancarkan! Bakal tiba di Malaysia tahun 2022? 03

Pada bahagian belakang pula, rekaan bampar menerima sentuhan baharu dengan paparan tulisan ‘TIGUAN’ yang jelas terpampang di bawah logo Volkswagen di mana sebelum ini tulisan tersebut berada pada kedudukan bawah sebelah kiri lampu belakang.

Volkswagen Tiguan serba baru dilancarkan! Bakal tiba di Malaysia tahun 2022? 04

Lampu belakang dikekalkan dengan bentuk yang sama namun garisan bampar serba baru menyerlahkan lagi reka bentuk yang lebih ‘flowy’. Selain itu, rekaan rim terbaru turut melengkapi facelift terbaru Volkswagen Tiguan 2021 ini. Tidak dilupakan, Volkswagen Tiguan serba baru turut mempunyai Power Liftgate.

Kemasan dalaman kini lebih canggih

Volkswagen Tiguan serba baru dilancarkan! Bakal tiba di Malaysia tahun 2022? 05

Seiring dengan anjakan teknologi, Volkswagen Tiguan pastinya ingin kekal relevan. Kluster meter panel kini digital dengan pilihan skrin 8 inci dan 10.25 inci (varian paling tinggi) termasuklah sistem infotainment skrin sesentuh dengan pilihan 6.5 inci sehingga 8 inci. Volkswagen mengekalkan penggunaan tombol bagi fungsi kawalan suhu Climate Control.

Volkswagen Tiguan serba baru dilancarkan! Bakal tiba di Malaysia tahun 2022? 06

Selain itu, Volkswagen Tiguan turut dikemaskini dengan lampu ambien 15 warna, rekaan pintu yang baharu dan stereng yang dilengkapi dengan butang kawalan. Bagi penggemar audio pula, sistem audio Fender premium turut disenaraikan untuk tambahan aksesori.

Sistem Trenkuasa

Volkswagen Tiguan serba baru dilancarkan! Bakal tiba di Malaysia tahun 2022? 07

Volkswagen Tiguan dijana oleh enjin 4 silinder TSi EA888 bercas turbo dengan gandingan transmisi 8 kelajuan automatik. Enjin ini menjana sebanyak 184 PS kuasa kuda dan mencapai 299 Nm tork maksimum. Terdapat juga fungsi Start/Stop yang membantu menjimatkan penggunaan minyak.

Ciri keselamatan

Volkswagen Tiguan serba baru dilancarkan! Bakal tiba di Malaysia tahun 2022? 08

Volkswagen Tiguan dilengkapi dengan sistem Travel Assist. Sistem ini akan mengambil alih kawalan, brek dan pecutan Tiguan tetapi pemandu masih mempunyai kawalan penuh. Selain itu, ciri keselamatan Adaptive Cruise Control dan Lane Assist turut disertakan dalam pakej bantuan pemanduan Advanced Driver-Assistance.

Volkswagen Tiguan serba baru dilancarkan! Bakal tiba di Malaysia tahun 2022? 09

Volkswagen Tiguan akan mula dijual di Eropah dalam tahun ini. Penjualan di US pula dijangka bermula pada musim luruh 2021. 

Volkswagen Tiguan yang berada di Malaysia adalah versi 2018. Berkemungkinan besar, Malaysia akan menerima Volkswagen Tiguan serba baru ini sekitar tahun 2022.

Haris

Penulis

Latar belakang yang pelbagai menjadikan beliau lebih memahami kehendak pembaca. Penulis tidak memiliki kereta sendiri, justeru, semua kereta yang dipandu hingga kini adalah pandu uji. Kereta pertama yang bakal dimiliki beliau tentulah yang terbaik dan patut anda perhatikan.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Dapatkan respons dalam masa 24 jam!

2020 Volkswagen Tiguan 1.4TSI Highline

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli?   Jual kereta anda