Teksi meletup di KLIA: Pemandu cucuh rokok, gas ‘sanitizer’ bocor
Mersita · Jul 26, 2021 11:59 AM
0
0
Seorang pemandu teksi dilaporkan cedera setelah Proton Exora yang dipandunya tiba-tiba meletup di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) pada Sabtu lalu kira-kira jam 3 petang.
Mangsa, Mohd Radzi Mokhtar (64), dipercayai menggunakan pemetik api untuk menyalakan rokok sambil memandu teksi 7 tempat duduk itu dalam perjalanan pulang selepas menghantar penumpang di KLIA.
Tanpa disangka, letupan berlaku mengakibatkan Exora berkenaan rosak teruk dan mangsa melecur di bahagian muka serta lengan.
Ketua Polis Daerah KLIA, Asisten Komisioner Imran Abd. Rahman berkata hasil siasatan bomba mendapati cecair pembasmi kuman (sanitizer) yang disimpan di dalam teksi berkenaan mengalami kebocoran gas dan pada masa sama, pemandu menggunakan pemetik api untuk mencucuh rokok.
“Mangsa hanya mengalami kecederaan ringan dengan lecur di bahagian lengan dan muka serta telah dihantar ke Hospital Putrajaya untuk mendapatkan rawatan lanjut,” katanya.
Gemarkan kereta tinggi atau wagon, yang setakat ini masih lagi dalam igauan. Memilih Kenari terpakai sebagai kereta pertama, sukakan pemanduannya yang menyeronokkan dengan ruang dalaman yang luas. Mementingkan praktikaliti dan kepuasan sanubari dalam pemilihan kereta.