window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Stellantis Malaysia menubuhkan hab alat ganti serantau baharu di Malaysia, khusus untuk pasaran ASEAN!

Zamil Syaheer · Oct 28, 2024 12:00 PM

Stellantis Malaysia menubuhkan hab alat ganti serantau baharu di Malaysia, khusus untuk pasaran ASEAN! 01

Stellantis Malaysia telah mengumumkan penubuhan Hab Alat Ganti Serantau baharu di Malaysia, satu langkah penting dalam strategi pemantapan dan pertumbuhan mereka di rantau Asia Pasifik termasuk rantau ASEAN serta India.

Daniel Gonzalez, Ketua Pegawai Operasi, Stellantis ASEAN, berkata, “Rantau India dan Asia Pasifik merupakan enjin pertumbuhan ketiga bagi Stellantis. Hab Alat Ganti Serantau ini bakal menjadi satu aset penting dalam strategi rantaian bekalan serantau kami.

“Pelaburan ini membuktikan komitmen jangka panjang Stellantis dalam mengukuhkan pertumbuhan dan kehadiran kami bukan sahaja di rantau ini, malah menyumbang kepada memperkasakan kedudukan Malaysia sebagai satu hab automotif serantau. Kami akan terus berada di sini dan komited untuk meningkatkan pengalaman pelanggan, di samping memberi perkhidmatan dan operasi yang cekap melalui hab baharu ini. Ia akan memberi khidmat kepada pasaran Malaysia dan rantau ini.”

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Stellantis Malaysia menubuhkan hab alat ganti serantau baharu di Malaysia, khusus untuk pasaran ASEAN! 01

Bakal beroperasi pada suku pertama tahun 2025, Hab Alat Ganti Serantau ini akan memenuhi permintaan sekitar 20 negara, termasuk Malaysia, sebagai sebahagian daripada usaha Stellantis untuk meningkatkan perkhidmatan selepas jualan dengan mengurangkan masa menunggu dan memastikan akses alat ganti automotif yang cekap. Ia akan menempatkan komponen untuk semua jenama Stellantis, termasuk Peugeot, Citroën, Alfa Romeo, Jeep, RAM, Leapmotor, dan lain-lain.

“Pembukaan gudang alat ganti serantau kami di Malaysia mencipta satu pencapaian yang signifikan dalam komitmen kami kepada pelanggan, ketika kami ingin terus memberi perkhidmatan terbaik kepada pelanggan di rantau India dan Asia Pasifik. Terletak di Zon Perdagangan Bebas yang strategik di Malaysia, gudang alat ganti serantau ini akan membolehkan kami untuk menambah baik aspek kebolehdapatan alat ganti, mengurangkan tempoh menunggu dan meningkatkan servis secara keseluruhannya. 

“Ia juga membolehkan kami untuk memberi maklum balas dengan lebih cepat kepada permintaan pelanggan yang kian bertambah. Pada masa sama memastikan mereka menerima sokongan selepas jualan yang terbaik,” kata Ketua Alat Ganti & Servis Stellantis India & Asia Pasifik, Olivier Torchet.

Stellantis Malaysia menubuhkan hab alat ganti serantau baharu di Malaysia, khusus untuk pasaran ASEAN! 02

Kilang Stellantis Malaysia di Gurun kini mengeluarkan model Peugeot seperti 408 dan Landtrek. Lebih banyak model dirancang untuk pengeluaran pada masa akan datang.

Sejak tahun 2021, Stellantis telah membina asas kepada hala tuju “Dibina di ASEAN untuk ASEAN” di Malaysia. Ia dimulakan dengan pemilikan 100% ke atas kilang Stellantis Gurun di Kedah yang akan dimaksimumkan sebagai hab pengilangan serantau untuk pasaran domestik dan eksport di ASEAN.

Pada Mac tahun ini, Stellantis Malaysia telah ditubuhkan sebagai satu entiti rasmi yang berperanan mengarah serta mengurus aspek pemasaran, jualan, pengedaran dan selepas jualan semua jenama Stellantis di Malaysia.

Baca juga: Stellantis Malaysia telah mula beroperasi secara rasmi bermula 1hb Mac 2024, siap mengacah jenama lain!

Zamil Syaheer

Editor

More than 10 years experience, specialising in Motorsports, Advanced Driving, Event Management & Creative Design. He enjoys driving (drifting, actually) anything RWD with a proper LSD over the limit. Versatility is his motto and mantra.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Mudah, dapatkan kereta yang dibeli dengan pantas!

2024 Peugeot 408 Allure

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli?   Jual kereta anda