Pesara tentera masih ‘sangap’, sorok kereta kebal Perang Dunia Ke-2 dalam rumah
Faisal · Aug 5, 2021 09:00 AM
0
0
Seorang pesara tentera berusia 84 tahun yang menetap di Berlin ‘berperang’ dengan pihak berkuasa apabila pihak polis menemukan senjata anti-pesawat, bom terpedo dan kereta kebal jenis Panther di bawah tanah kediamannya yang mana ia telah diguna sewaktu Perang Dunia Kedua.
Pendakwaan terhadap lelaki itu bermula selepas alat pertahanan berkenaan ditemui oleh pihak berkuasa tempatan ketika mereka sedang mencari bangunan untuk kesenian era Nazi. Kes yang dilaporkan sejak tahun 2015 itu dijangka selesai dalam bulan ini juga.
Ketika serbuan dibuat, Datuk Bandar wilayah Heikendorf berkata bahawa warga emas itu pernah memandu kereta kebal terbabit pada tahun 1978. Menurut beliau juga, pihak mereka mengambil masa selama 9 jam dengan kekuatan 20 orang tentera sewaktu hendak mengeluarkan kesemua peralatan ketenteraan dari rumah warga emas itu.
Antara perkakas yang dapat dijumpa adalah koleksi cenderahati Nazi seperti patung Hitler, seragam, dan loket swastika. Menariknya, tertuduh yang ditanya mengenai penyimpanan alat berkenaan sempat menjawab “ada orang minat kereta api wap, ada orang minat kereta kebal”.
Apapun, hukuman denda ke atas tertuduh yang termaktub dalam Akta Pengawalan Senjata Perang Jerman adalah sebanyak €500,000 (RM2,510,814.51).
Walau bagaimanapun, pelanggaran akta tersebut didebat oleh pasukan pendakwa dan peguam dengan begitu terperinci.
Secara teknikal, tertuduh tidak melanggar undang-undang kerana senjata yang dirampas sudah tidak berfungsi. Oleh itu, warga emas tersebut hanya boleh dihukum sebanyak €50,000 (RM251,081.45) sahaja.
Namun begitu, pendakwa mencabar hujah itu dengan memaklumkan bahawa ia mungkin boleh digunakan lagi.
Menariknya, sebuah muzium di Amerika Syarikat berminat untuk membeli kereta kebal tersebut. Tidak cukup dengan itu, pengumpul barangan ketenteraan juga berminat dengan 70 buah senapang dan pistol kepunyaan defendan untuk dijadikan sebagai koleksi yang berharga.
Beliau berlatar belakangkan kejuruteraan mekanikal dan mempunyai minat yang mendalam terhadap kereta sejak dipaksa untuk membaca buku (permotoran). Disebabkan itu, beliau ada titik lembut untuk setiap kereta. Walaupun meminati pemanduan yang rancak, gaya pemanduan beliau yang sebenar hanyalah santai kerana sudah dimanja oleh Lexus.