window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Perodua Myvi 'facelift' 2021 bakal dilancar: Nama kod D51A, ini apa yang anda perlu tahu!

Amirul · Jun 8, 2021 03:00 PM

Perodua Myvi 'facelift' 2021 bakal dilancar: Nama kod D51A, ini apa yang anda perlu tahu! 01

Ini berita panas – hatchback segmen-B paling laris di Malaysia, Perodua Myvi, bakal diberikan facelift akhir tahun ini.

Menurut rakan kami di Funtasticko, Perodua Myvi facelift itu diberi nama kod D51A dan ianya akan menjadi kemaskini yang agak besar untuk hatchback kesayangan Malaysia.

Perodua Myvi 'facelift' 2021 bakal dilancar: Nama kod D51A, ini apa yang anda perlu tahu! 02

Perodua Ativa ialah model Perodua pertama yang mendapat transmisi automatik CVT.

Pertamanya ialah transmisi baharu – Myvi D51A facelift dikatakan bakal meninggalkan transmisi automatik 4-kelajuan yang lejen dan terbukti, lalu digantikan dengan Dual-mode CVT (D-CVT) dari Perodua Ativa.

Bukan itu sahaja, Funtasticko juga menyebut bahawa transmisi manual pada model asas Myvi akan dihentikan pengeluarannya.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Juga baca: Perodua Ativa (D55L) D-CVT – apa yang dimaksudkan dengan D di belakang CVT?

Perodua Myvi 'facelift' 2021 bakal dilancar: Nama kod D51A, ini apa yang anda perlu tahu! 01

Selain dari transmisi baharu, Myvi facelift juga dikatakan bakal hadir dengan enam varian – dua varian 1.3 dan empat varian 1.5. ASA 3.0 AEB pula akan diberikan pada semua varian, kecuali varian asas 1.3 dan satu varian 1.5 AV.

Perodua Myvi 'facelift' 2021 bakal dilancar: Nama kod D51A, ini apa yang anda perlu tahu! 02

Malah, Perodua Myvi yang dikemaskini itu bakal mendapat beberapa ciri dari Ativa, seperti Lane Departure Warning (LDW) pada semua varian (kecuali 1.3 asas).

Blind Spot Monitor (BSM) dan ASA 3.0 AEB yang dikemaskini, menurut sumber itu, juga akan ditawar pada Myvi. Sementara itu, varian tertinggi akan ditambah dengan Lane Keep Control (LKC).

Kelengkapan-kelengkapan keselamatan tambahan ini penting bagi membolehkan Myvi mengekalkan penarafan ASEAN NCAP 5-bintang yang diperolehinya.

Juga baca: Perodua Ativa 2021 - penerima pertama 5 bintang ASEAN NCAP 2021 yang lebih ketat!

Perodua Myvi 'facelift' 2021 bakal dilancar: Nama kod D51A, ini apa yang anda perlu tahu! 03

Perodua Myvi terkini

Untuk rekabentuk pula, Myvi 2021 berkemungkinan besar akan diberikan rupa depan baharu, dengan lampu dan bampar baharu.

Untuk pertama kali juga, daytime running lights (DRL) akan ditawarkan pada Myvi, walaupun mungkin hanya dihadkan untuk varian 1.5 AV.

Ya, nampaknya Perodua akan menawarkan beberapa varian 1.5 AV. Warna merah baharu juga dikhabarkan hanya khas untuk varian tertinggi.

Perodua Myvi 'facelift' 2021 bakal dilancar: Nama kod D51A, ini apa yang anda perlu tahu! 04

Mungkinkah Myvi baharu mendapat stereng Ativa?

Masuk ke dalam, hatchback ini mungkin memperoleh roda stereng baharu untuk semua varian, manakala varian-varian 1.5 mendapat kluster meter baharu.

Perodua Myvi 'facelift' 2021 bakal dilancar: Nama kod D51A, ini apa yang anda perlu tahu! 05

Menarik, kan? Kami juga teruja. Jika benar, facelift ini pastinya memperkukuhkan lagi kedudukan Myvi di Malaysia sebagai kereta paling laris.

Nantikan kemaskini terkini nanti.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Perbincangang Trending

Mudah, dapatkan kereta yang dibeli dengan pantas!

2022 Perodua Myvi 1.3 G with PSDA

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli?   Jual kereta anda