window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Perodua Alza 2022 D27A baru dilancarkan di Malaysia - harga dari RM 62.5k - RM 75.5k, 1.5L, D-CVT

Mersita · Jul 20, 2022 11:30 AM

Perodua Alza 2022 D27A baru dilancarkan di Malaysia - harga dari RM 62.5k - RM 75.5k, 1.5L, D-CVT 01

MPV kegemaran rakyat Malaysia akhirnya mendarat, kini Perodua Alza 2022 serba baru (D27A) telahpun dilancarkan secara rasmi dengan harga bermula dari RM 62,500 hingga RM 75,500. Sejak tempahannya dibuka sejak 30 Jun, Perodua berjaya mengumpul lebih 30,000 tempahan bagi MPV 7 tempat duduk ini - jumlah tempahan tertinggi bagi syarikat itu setakat ini.

Tiga varian Alza baru boleh didapati iaitu Alza 1.5 X, Alza 1.5 H, dan Alza 1.5 AV. Harga jualan atas-jalan (OTR) tanpa insurans mengikut varian adalah seperti berikut:

Alza 1.5 X: RM 62,500

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Alza 1.5 H: RM 68,000

Alza 1.5 AV: RM 75,500

Berikut pula adalah perbandingan antara ketiga-tiga varian Alza baru ini:

Perodua Alza 2022 D27A baru dilancarkan di Malaysia - harga dari RM 62.5k - RM 75.5k, 1.5L, D-CVT 01

Kelengkapan keselamatan

Perodua Alza 2022 D27A baru dilancarkan di Malaysia - harga dari RM 62.5k - RM 75.5k, 1.5L, D-CVT 02

Sama seperti model-model Perodua yang baru dilancarkan, Alza 2022 serba baru ini juga tiba padat dengan kelengkapan keselamatan yang pelbagai. Sebagai standard, semua varian Perodua Alza 2022 dilengkapi dengan ADAS Perodua Advanced Safety Assist 3.0 (ASA 3.0) yang merangkumi:

  • Pre-Collision Warning (PCW, juga dikenali sebagai Forward Collision Warning, FCW)
  • Pre-Collision Braking (PCB, juga dikenali sebagai Autonomous Emergency Braking, AEB)
  • Pedal Misoperation Control (PMC)
  • Front Departure Alert (FDA)
  • Lane Departure Warning (LDW)
  • Lane Departure Prevention (LDP)
  • Auto High Beam (AHB)

Perodua Alza 2022 D27A baru dilancarkan di Malaysia - harga dari RM 62.5k - RM 75.5k, 1.5L, D-CVT 03

Naik taraf ke varian pertengahan Alza 1.5 H, anda akan dapat ekstra:

  • Kamera undur
  • Penderia parkir hadapan
  • Adaptive Driving Beam (ADB)

Perodua Alza 2022 D27A baru dilancarkan di Malaysia - harga dari RM 62.5k - RM 75.5k, 1.5L, D-CVT 04

Alza D27A adalah model Perodua kedua yang didatangkan dengan ADB selepas Perodua Ativa. Adaptive Driving Beam menggunakan perisian serta penderia untuk mengesan kenderaan yang semakin menghampiri dari arah hadapan dan ia akan memalapkan sebahagian daripada lampu LED hadapan bagi mengelakkan silau pemandu dari arah bertentangan.

Perodua Alza 2022 D27A baru dilancarkan di Malaysia - harga dari RM 62.5k - RM 75.5k, 1.5L, D-CVT 05

Bagi spesifikasi paling tinggi pula iaitu Alza 1.5 AV, pakej bantuan pemandu (ADAS) ini dipertingkatkan lagi dengan:

  • Adaptive Cruise Control (ACC)
  • Lane Keep Control (LKC)
  • Blind Spot Monitor (BSM)
  • Rear Cross Traffic Alert (RCTA)
  • Electric Parking Brake (EPB)
  • Auto Brake Hold (ABH)
  • Kamera parkir 360 darjah

Satu lagi kelengkapan pertama diperkenalkan Perodua dalam model baharunya ialah pemantau persekitaran 360 darjah – memaparkan 4 buah kamera di sekeliling kereta yang menyalurkan imej ke ‘headunit’ gaya terapung di dalam kabin bagi memberikan beberapa mod tinjauan seperti pandangan dari atas (surround/bird’s eye view), hadapan, belakang, dan sisi.

Kemudahan dan Keselesaan

Perodua Alza 2022 D27A baru dilancarkan di Malaysia - harga dari RM 62.5k - RM 75.5k, 1.5L, D-CVT 06

ADB akan memalapkan sebahagian daripada set lampu LED hadapan untuk mengurangkan silau

Model 7 tempat duduk Perodua terbaharu ini didatangkan dengan pelbagai kemudahan dan kelengkapan untuk keselesaan – walaupun untuk varian asas.

Kelengkapan standard yang boleh didapati pada semua varian termasuklah:

  • Lampu hadapan LED dengan fungsi Follow-Me-Home dan Leaving Home
  • Kawalan penghawa dingin digital (kawalan suhu A/C manual)
  • Penderia parkir di belakang
  • Cermin sisi dengan lampu signal LED

Sebagai sebuah MPV, Alza D27A terbaru ini dilengkapi dengan tempat duduk barisan ketiga yang boleh dilipat 50:50. Tempat duduk barisan kedua pula boleh dilipat 60:40 dan ia boleh dilipat mudah dengan fungsi satu sentuhan (one-touch tumble) selain boleh digelongsor ke depan dan belakang.

Varian 1.5 X dan 1.5 H diberi sarung kerusi fabrik, manakala varian tinggi 1.5 AV dilengkapi sarung kerusi separa kulit dwi-tona.

Juga baca: Daripada konsep kepada pengeluaran: Bagaimana DN Multisix berkembang menjadi Toyota Avanza!

Perodua Alza 2022 D27A baru dilancarkan di Malaysia - harga dari RM 62.5k - RM 75.5k, 1.5L, D-CVT 07

Naik taraf ke varian 1.5 H dan anda akan dapat:

  • Lampu signal berurutan
  • Cermin sisi boleh-lipat auto
  • Rim aloi 16 inci
  • Mod pemanduan (Eco, Normal, Sport)
  • Skrin meter 7 inci digital sepenuhnya
  • Sistem infotainmen 9 inci
  • Kamera undur
  • Penderia parkir hadapan

Juga baca: Kebangkitan Rusa moden? Kenapa Perodua patut menghidupkan Alza lama sebagai van panel

Perodua Alza 2022 D27A baru dilancarkan di Malaysia - harga dari RM 62.5k - RM 75.5k, 1.5L, D-CVT 08

Bagi varian Alza 1.5 AV paling tinggi, ia ditambah dengan kelengkapan ekstra dari 1.5 H iaitu:

  • Brek parkir elektrik (EPB) dengan Auto Hold
  • Sokongan Android Auto untuk varian AV sahaja (pertama kali dimasukkan dalam model Perodua)
  • Brek cakera belakang
  • Papan pemuka dwi-tona
  • Kamera parkir dengan pemandangan 360 darjah
  • Perakam video digital (DVR) hadapan

Juga baca: Ramai pengedar sudahpun menerima stok Perodua Alza 2022 D27A; siap sedia untuk pelancaran minggu depan!

Perodua Alza 2022 D27A baru dilancarkan di Malaysia - harga dari RM 62.5k - RM 75.5k, 1.5L, D-CVT 09

Berbeza dengan model sebelumnya, semua varian Alza 2022 serba baru ini dilengkapi dengan unit penghawa dingin belakang yang dipasang pada siling kabin berserta pelaras kelajuan kipas manual bagi meningkatkan keselesaan penduduk di belakang.

Perodua Alza 2022 D27A baru dilancarkan di Malaysia - harga dari RM 62.5k - RM 75.5k, 1.5L, D-CVT 10

Ruang but di dalam Perodua Alza 2022 baru ini juga dipertingkatkan daripada model lama. Apabila tempat duduk barisan ketiga ditegakkan, Alza baru menawarkan ruang but berkapasiti 137 liter – 54 liter lebih besar berbanding dulu. Apabila barisan ketiga ini dilipat sepenuhnya, kapasiti ruang but meningkat kepada 498 liter – 150 liter lebih besar berbanding Alza lama.

Trenkuasa

Perodua Alza 2022 D27A baru dilancarkan di Malaysia - harga dari RM 62.5k - RM 75.5k, 1.5L, D-CVT 11

Perodua Alza 2022 serba baru dikuasakan oleh enjin petrol 2NR-VE ‘naturally-aspirated’ 1.5 liter 4 silinder yang menghamburkan 106 PS pada 6,000 rpm dan 138 Nm pada 4,200 rpm. Ia menggantikan enjin 1.5 liter 4 silinder 3SZ-VE DVVT (104 PS, 136 Nm) pada Alza sebelumnya.

Transmisinya juga tampil baharu apabila Perodua menggantikan kotak gear automatik ‘torque converter’ 4 kelajuan dari model generasi terdahulu dengan Dual-mode CVT (D-CVT) baharu. D-CVT mula digunakan oleh Perodua bermula dengan Ativa.

Menurut Perodua, padanan ini memberikan Alza 2022 penjimatan minyak sehingga 4.54 liter/100 km (22 km/L) dibawah ujian Malaysia Driving Cycle (MDC), atau 5.29 liter/100 km (18.9 km/L) dibawah kitaran NEDC – satu penambahbaikan sehingga 40 peratus berbanding model Alza terdahulu!

Juga baca: Kereta 7 penumpang yang bakal dilancar ke Malaysia tahun 2022 – dari Perodua Alza ke Proton X90

Alza D27A didatangkan dengan tangki minyak berkapasiti 43 liter.

@wapcar_zamil 30,000 tempahan, dan anggaran tempoh menunggu dekat 9 bulan! #peroduaalza2022 #perodua #alza2022 #fypmalaysia #carmalaysia #malaysia ♬ Despair (抖音热播) - 初梦

Lima kemasan warna cat boleh didapati untuk Perodua Alza 2022 serba baru ini iaitu Black, Glittering Silver, Ivory White, Brown, dan Garnet Red. Brown dan Garnet Red boleh didapati bagi varian Alza 1.5 H dan 1.5 AV. Berbeza dengan ‘abangnya’ iaitu Toyota Veloz, Alza 2022 baru ini tidak disertakan dengan pilihan warna cat dwi-tona.

Perodua menganggarkan tempoh menunggu bagi Alza 2022 serba baru adalah sekitar 9-10 bulan.

Baca juga: Perodua Alza D27A 2022 laku keras - tempoh menunggu 9-10 bulan, lebih 30,000 tempahan telah diterima!

Seperti model terdahulu, Perodua Alza dihasilkan di kilang Perodua di Rawang, Selangor. Di barisan produksi Perodua Manufacturing Sdn. Bhd. (PMSB) ini, model-model lain seperti Myvi, Aruz, dan Toyota Rush (bekalan OEM, pengilangan secara kontrak) juga dihasilkan di sini.

Menurut Perodua, Alza mengandungi 95 peratus bahan tempatan, sama seperti Ativa, yang dihasilkan di barisan produksi Perodua Global Manufacturing Sdn. Bhd. (PGMSB) - berkongsi barisan sama dengan Axia dan Bezza.

Mersita

Penulis

Gemarkan kereta tinggi atau wagon, yang setakat ini masih lagi dalam igauan. Memilih Kenari terpakai sebagai kereta pertama, sukakan pemanduannya yang menyeronokkan dengan ruang dalaman yang luas. Mementingkan praktikaliti dan kepuasan sanubari dalam pemilihan kereta.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Dapatkan respons dalam masa 24 jam!

2022 Perodua Alza 1.5 X

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli?   Jual kereta anda