window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Perbandingan harga kereta Langkawi dengan Semenanjung, cukai RM 5k paling rendah untuk jenama luar?

Haris · Nov 14, 2021 04:00 PM

Perbandingan harga kereta Langkawi dengan Semenanjung, cukai RM 5k paling rendah untuk jenama luar?

Pujangga menyebut bahawa terdapat 3 perkara yang pasti berlaku dalam kehidupan. Pertama, cukai. Kedua, mati. Ketiga, gangguan bekalan air di Lembah Klang. Di sini kita akan membincangkan mengenai perkara pertama, khususnya berapa banyak cukai yang dibayar untuk sebuah kereta yang anda beli.

Oleh yang demikian, kami telah menyenaraikan harga kereta dari Langkawi dengan harga kereta di Semenanjung untuk memberikan anda anggaran berapa banyak cukai yang dibayar agar kerajaan mampu menggunakan Vellfire oleh pembeli kereta di Malaysia. Jemput baca.

Perbandingan harga kereta Langkawi dengan Semenanjung, cukai RM 5k paling rendah untuk jenama luar? 02

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });
Perbezaan harga Perodua Axia
  Semenanjung (RM) Langkawi (RM) Beza (RM)
Axia E 23,367 23,990 -623
Axia G 32,485 32,690 -205
Axia GXtra 33,940 34,190 -250
Axia Style 37,515 37,290 225
Axia SE 37,515 37,290 225
Axia AV 41,427 40,990 437

Baca: Rakyat Malaysia membayar cukai kereta sebanyak RM 10 bilion setiap tahun. Macam mana perkara ini boleh terjadi?

Perbezaan harga Perodua Bezza
  Semenanjung (RM) Langkawi (RM) Beza (RM)
Bezza 1.0L G (MT) 33,456 33,380 76
Bezza 1.0L G (AT) 35,391 35,580 -189
Bezza 1.3L X 42,551 42,980 -429
Bezza 1.3L AV 48,356 48,280 76

Perbezaan harga Perodua Alza
  Semenanjung (RM) Langkawi (RM) Beza (RM)
Alza S (MT) 49,944 48,978 966
Alza S (AT) 52,661 51,720 941
Alza SE 55,186 54,020 1,166
Alza AV 60,525 59,423 1,102

Perbandingan harga kereta Langkawi dengan Semenanjung, cukai RM 5k paling rendah untuk jenama luar? 01

Perbezaan harga Perodua Myvi
  Semenanjung (RM) Langkawi (RM) Beza (RM)
Myvi 1.3L G 43,029 41,599 1,430
Myvi 1.3L X (No ASA) 44,959 43,399 1,560
Myvi 1.3L X (With ASA) 46,959 45,399 1,560
Myvi 1.5L H 50,530 49,051 1,479
Myvi 1.5L AV 52,697 50,861 1,836

Sebagai konteks, Malaysia terkenal dengan salah satu negara yang mengenakan cukai yang tinggi ke atas kenderaan. Sektor automotif sahaja menyumbang lebih RM10 bilion kutipan cukai setiap tahun.

Perbandingan harga kereta Langkawi dengan Semenanjung, cukai RM 5k paling rendah untuk jenama luar? 02

Perbezaan harga Proton Saga
  Semenanjung (RM) Langkawi (RM) Beza (RM)
Saga Standard (MT) 32,800 32,600 200
Saga Standard (AT) 35,800 35,600 200
Premium 39,800 39,600 200
R3 Limited Edition 42,800 42,800 0

Baca: Rebiu: Proton Persona facelift 2022 - transmisi CVT diperhalusi, lebih baik dari sebelum?

Perbezaan harga Proton Persona
  Semenanjung (RM) Langkawi (RM) Beza (RM)
Persona Standard (MT) 42,600 42,220 380
Persona Standard (CVT) 44,600 44,090 510
Persona Executive 49,600 48,810 790
Persona Premium 54,500 53,720 780
Persona Black Edition 55,600 55,100 500

Perbezaan harga Proton Iriz
  Semenanjung (RM) Langkawi (RM) Beza (RM)
Iriz 1.3L Standard (MT) 36,700 36,620 80
Iriz 1.3L Standard (AT) 39,700 39,240 460
Iriz 1.3L Executive 44,700 43,970 730
Iriz 1.6L Executive 46,700 45,920 780
Iriz 1.6L Premium 50,700 49,840 860
Iriz R3 Limited Edition 53,700 52,900 800

Perbandingan harga kereta Langkawi dengan Semenanjung, cukai RM 5k paling rendah untuk jenama luar? 03

Perbezaan harga Proton Exora
  Semenanjung (RM) Langkawi (RM) Beza (RM)
Exora Executive 59,800 59,500 300
Exora Premium 66,800 66,400 400
Exora Black Edition 69,800 68,900 900

Perbandingan harga kereta Langkawi dengan Semenanjung, cukai RM 5k paling rendah untuk jenama luar? 04

Kerajaan mengenakan 10% cukai jualan dan perkhidmatan (SST) ke atas kereta penumpang pemasangan tempatan (CKD) dan import sepenuhnya (CBU). Menariknya, cukai tersebut dikenakan ke atas harga kenderaan + duti import / cukai eksais, bermakna anda membayar cukai di atas cukai.

Sedan segmen-B popular
  Semenanjung (RM) Langkawi (RM) Beza (RM)
2021 Honda City
City S 74,192 65,200 8,992
City E 81,665 72,700 8,955
City V 86,561 76,900 9,661
2021 Toyota Vios
Vios J 74,623 64,200 10,423
Vios E 82,593 71,000 11,593
Vios G 87,584 75,000 12,584
2021 Nissan Almera
Almera VL 79,906 65,188 14,718
Almera VLP 85,715 72,688 13,027
Almera VLT 91,310 76,888 14,422

Perbandingan harga kereta Langkawi dengan Semenanjung, cukai RM 5k paling rendah untuk jenama luar? 05

Sedan segmen-B varian unik
  Semenanjung (RM) Langkawi (RM) Beza (RM)
2021 Honda City RS 105,950 96,300 9,650
2021 Toyota Vios GR-S 95,284 82,700 12,584

Perbandingan harga kereta Langkawi dengan Semenanjung, cukai RM 5k paling rendah untuk jenama luar? 06

Hathcback segmen-B popular
  Semenanjung (RM) Langkawi (RM) Beza (RM)
2019 Honda Jazz
Jazz  S 72,512 60,640 11,872
Jazz E 78,162 66,670 11,492
Jazz V 84,955 71,740 13,215
2021 Toyota Yaris
Yaris J 70,940 63,000 7,940
Yaris E 80,380 69,500 10,880
Yaris G 84,808 72,000 12,808

Baca: Tak nak bayar cukai, inilah tempat golongan ‘kayangan’ Singapura sorok kereta mereka

SUV segmen-B popular
  Semenanjung (RM) Langkawi (RM) Beza (RM)
2021 Perodua Ativa 
Ativa X 61,500 58,650 2,850
Ativa H 66,600 63,570 3,030
Ativa AV 72,000* 68,800* 3,200
2021 Honda HR-V
HR-V E 104,000 90,700 13,300
HR-V V 113,422 98,700 14,722
HR-V RS 118,582 103,900 14,682
2021 Toyota Corolla Cross
Corolla Cross V 124,000 104,682 19,318
Corolla Cross G 129,266 106,418 22,848

*Harga Perodua Ativa berdasarkan warna dua-tona metalik

SUV 7-penumpang segmen-B
  Semenanjung (RM) Langkawi (RM) Beza (RM)
2019 Perodua Aruz
Aruz X 68,526 66,500 2,026
Aruz AV 73,226 70,900 2,326
2020 Honda BR-V
BR-V E 86,726 79,600 7,126
BR-V V 93,420 85,900 7,520
2020 Mitsubishi Xpander
Xpander  92,263 87,050 5,213

Perbandingan harga kereta Langkawi dengan Semenanjung, cukai RM 5k paling rendah untuk jenama luar? 07

Duti eksais adalah sekitar 60% hingga 105% bergantung kepada jenis badan kenderaan dan kapasiti enjin.

Baca: Kiraan 'road tax' Indonesia bakal ikut pelepasan karbon CO2, dah tak ikut kapasiti enjin!

Sedan segmen-C popular
  Semenanjung (RM) Langkawi (RM) Beza (RM)
2020 Honda Civic
Civic S 109,327 99,900 9,427
Civic TC 125,081 114,500 10,581
Civic TC-P 134,661 123,300 11,361
2019 Toyota Corolla
Corolla E 123,972 77,948 46,024
Corolla G 137,505 83,846 53,659

Baca: 5 kereta dengan harga ‘road tax’ termahal di Malaysia

SUV segmen-C popular
  Semenanjung (RM) Langkawi (RM) Beza (RM)
2020 Proton X70
X70 Standard 94,800 88,700 6,100
X70 Executive 106,800 100,300 6,500
X70 Premium 119,800 112,900 6,900
X70 Premium X 122,800 115,800 7,000
2020 Honda CR-V
CR-V 2.0L 2WD 139,913 127,100 12,813
CR-V 1.5L TC-P 2WD 157,616 145,000 12,616
CR-V 1.5L TC-P 4WD 162,910 150,000 12,910
2020 Toyota RAV4
RAV4 2.5L** 215,665 130,208 85,457
2019 Nissan X-Trail
X-Trail 2.0L 2WD 128,630 109,688 18,942
X-Trail 2.0L MID 139,643 116,888 22,755
X-Trail 2.5L 4WD 146,731 125,888 20,843
X-Trail 2.0L Hybrid 157,451 136,888 20,563

** Toyota RAV4 diimport sepenuhnya dari Jepun

Perbandingan harga kereta Langkawi dengan Semenanjung, cukai RM 5k paling rendah untuk jenama luar? 08

Sedan segmen-D popular
  Semenanjung (RM) Langkawi (RM) Beza (RM)
2020 Honda Accord
Accord 1.5L TC 178,203 153,200 25,003
Accord 1.5L TC-P 187,391 159,800 27,591
2019 Toyota Camry
Camry 2.5L V 188,763 123,153 65,610

Baca: Beli Toyota Vellfire recond boleh jimat RM 60k. Apa pula risikonya?

Model unik dari Toyota
   Semenanjung (RM) Langkawi (RM) Beza (RM)
2021 Toyota Harrier
Harrier 2.0 Luxury 249,707 161,539 88,168
2020 Toyota Vellfire
Vellfire 2.5L 367,881 218,747 88,168
2020 Toyota Alphard
Alphard 3.5L 446,609 258,275 188,334

Perbandingan harga kereta Langkawi dengan Semenanjung, cukai RM 5k paling rendah untuk jenama luar? 09

Bukankah model CKD sepatutnya merendahkan lagi harganya? Ya, sepatutnya begitu. Hal ini kerana kiraan cukai CKD adalah berdasarkan Industrial Linkage Program (ILP) oleh kerajaan yang menawarkan rebat berdasarkan nilai kandungan tempatan yang digunakan.

Namun nilai kandungan tempatan yang digunakan tidak begitu banyak / karenah birokrasi yang susah menyebabkan hanya sedikit perbezaan antara model CKD harga Langkawi dan Semenanjung Malaysia berbanding harga Perodua dan Proton.

Model popular dari BMW
  Semenanjung (RM) Langkawi (RM) Beza (RM)
BMW 3 Series
320i Sport 239,680 214,680 25,000
330i M Sport 280,680 251,680 29,000
330e M Sport 255,680 239,680 16,000
330Li M Sport 286,680 256,680 30,000
M340i xDrive 409,680 306,680 103,000
M3 Competition 664,800 388,800 276,000
BMW 5 Series
530e M Sport 323,980 302,980 21,000
530i M Sport 378,980 337,980 41,000
M5 976,230 554,230 422,000
BMW 7 Series
740Le xDrive** 574,100 577,100 -3,000
740Le xDrive M Sport** 599,100 602,100 -3,000
BMW X1
X1 sDrive18i 202,170 181,170 21,000
X1 sDrive M Sport 225,170 202,170 23,000
BMW X3
X3 sDrive20i xLine 279,060 250,060 29,000
X3 xDrive30i M Sport 318,060 286,060 32,000
X3 M Competition 880,680 498,680 382,000
BMW X5
X5 xDrive45e M Sport 428,170 400,170 28,000

**BMW 7 Series merupakan kes ekstrem terpencil di mana insentif EEV menurunkan harganya sehingga harga di Langkawi lebih tinggi disebabkan oleh caj pengangkutan tambahan

Terdapat juga duti import yang mencecah 30% untuk kereta CBU. Peratusan bergantung pada tempat kenderaan itu dihasilkan. Perlu diperhatikan bahawa kereta yang diimport dari negara ASEAN dikecualikan daripada duti import mengikut Perjanjian Perdagangan Bebas (AFTA).

Perbandingan harga kereta Langkawi dengan Semenanjung, cukai RM 5k paling rendah untuk jenama luar? 10

Model popular dari Mercedes-Benz
  Semenanjung (RM) Langkawi (RM) Beza (RM)
Mercedes-Benz A-Class Sedan
A200 219,888 N/A  
A250 249,888 N/A  
AMG A35 4Matic Edition 1 366,278 191,700 174,578
Mercedes-Benz C-Class
C300 AMG Line 291,800 249,334 42,466
Mercedes-Benz E-Class
E200 Avantgarde 326,943 281,168 45,775
E300 AMG Line 375,432 318,785 56,647
E63 S 4Matic 1,118,888 643,614 475,274
Mercedes-Benz S-Class
S 560e 646,626 594,533 52,093
Mercedes-Benz GLC
GLC 200 AMG Line 299,539 244,775 54,764
GLC 300 AMG Line 338,693 273,236 65,457
Mercedes-Benz GLE
GLE 450 4M AMG Line 475,501 358,418 117,083

Kereta dari Jepun juga dikecualikan daripada 30% duti import di bawah Perjanjian Perdagangan Bebas (FTA) Jepun-Malaysia. Tetapi untuk melayakkannya, pengeluar perlu menyediakan senarai butiran lengkap tempat pengeluaran asal untuk setiap bahagian yang digunakan dalam kereta tersebut. Disebabkan oleh syarat ini, hanya sedikit sahaja pengeluar Jepun yang mempunyai kesabaran untuk melakukan karenah birokrasi ini, lagi-lagi untuk pasaran sekecil Malaysia.

Setiap negara mempunyai cara yang tersendiri untuk melindungi pemain-pemain industri tempatan supaya mampu bertatih secara mampan dengan pemain industri global. Lambat laun, perlindungan ini akan dikurangkan atau kerajaan menetapkan sasaran tinggi bagi pemain industri tempatan. Bagaimana pula dengan Malaysia? Anda nilaikan sendiri.

Haris

Penulis

Latar belakang yang pelbagai menjadikan beliau lebih memahami kehendak pembaca. Penulis tidak memiliki kereta sendiri, justeru, semua kereta yang dipandu hingga kini adalah pandu uji. Kereta pertama yang bakal dimiliki beliau tentulah yang terbaik dan patut anda perhatikan.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Dapatkan respons dalam masa 24 jam!

2022 Perodua Alza 1.5 X

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli?   Jual kereta anda