window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Pemilik Chevrolet dan SAAB di Malaysia, sila ganti beg udara pemandu anda!

Haris · Apr 18, 2023 10:00 AM

Pemilik Chevrolet dan SAAB di Malaysia, sila ganti beg udara pemandu anda! 01

Chevrolet memberi peringatan kepada pemilik kenderaannya di Malaysia berhubung kempen memanggil balik sebanyak 3,725 unit kenderaan Chevrolet dan SAAB di negara ini.

Dalam kenyataan semalam, jenama kereta Amerika itu berkata, kempen tersebut yang dilancarkan pada Jun tahun lepas bertujuan menggantikan inflator beg udara Takata di bahagian pemandu bagi kenderaan yang terjejas kerana terdapat potensi kematian sekiranya beg udara yang rosak teraktif sekiranya berlaku kemalangan.

Model kenderaan yang terlibat adalah Chevrolet Cruze (2010-2015), Chevrolet Orlando (2013-2015), Chevrolet Sonic (2013-2014), Chevrolet TRAX (2017) dan SAAB 9-3 (2007).

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Pemilik Chevrolet dan SAAB di Malaysia, sila ganti beg udara pemandu anda! 01

"Pemilik kenderaan Chevrolet yang terlibat dan tidak menerima makluman atau panggilan berikutan data pemilikan yang lama pada sistem, digalakkan untuk menghubungi pasukan petugas kami atau log masuk ke laman web kempen panggilan balik untuk butiran lanjut.

"Demi keselamatan anda dan insan tersayang, kami menggesa pemilik kenderaan untuk segera menukar beg udara sebelum memulakan perjalanan pada musim perayaan," katanya.

Mereka yang terlibat boleh menghubungi +6011 3129 9963, +6011 3129 9965 atau melayari www.chevrolettakatarecallmy.com untuk maklumat lanjut.

Baca: 3,752 pemilik Chevrolet dan SAAB diminta tukar beg udara Takata untuk panggilan semula produk!

Haris

Penulis

Latar belakang yang pelbagai menjadikan beliau lebih memahami kehendak pembaca. Penulis tidak memiliki kereta sendiri, justeru, semua kereta yang dipandu hingga kini adalah pandu uji. Kereta pertama yang bakal dimiliki beliau tentulah yang terbaik dan patut anda perhatikan.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Dapatkan respons dalam masa 24 jam!

2014 Chevrolet Sonic LTZ 1.4

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli?   Jual kereta anda