KEMASKINI pada Julai 2023 - Untuk tempoh masa terhad, CARSOME menawarkan waranti tambahan 1+1 tahun untuk model ini. Ketahui lebih lanjut disini!
_____________________________________
Bukan semua orang mampu untuk membeli kereta baharu ketika kemelut kemelesetan ekonomi mendatang. Melihat kepada susut harga yang melanda Nissan Almera generasi lama (N17), mungkin ia boleh jadi suatu pembelian yang berbaloi apabila memilih sesuatu yang diluar dari kebiasaan.
Mari kita mulakan dengan sejarah ringkas mengenai pengenalan rasminya di Malaysia. Nissan Almera N17 dilancarkan di Malaysia pada tahun 2012 dengan 3 varian yang dipasang sepenuhnya di kilang Tan Chong Motor Assemblies Sdn Bhd di Serendah.
3 varian yang ditawarkan bermula dengan varian E (tersedia dengan manual dan automatik), V dan VL. Harga pada ketika itu adalah di antara RM 64,887 dan RM 77,549.
Dari segi konteks, harga Honda City 2014 bermula dari RM 76,000 manakala Toyota Vios 2013 mempunyai harga permulaan RM73,200 semasa pelancaran. Jadi, ya, Nissan Almera N17 adalah pilihan yang paling berpatutan di kalangan persaingannya.
Bersama-sama dengan harga yang berpatutan, ia menerima sambutan yang menggalakkan dengan ruang kaki tempat duduk belakangnya yang besar (636 mm) dan ruang but (490 liter). Semasa pelancaran, ia juga dilengkapi dengan sistem keselamatan seperti 2 beg udara dalam varian V dan VL, meliputi ciri keselamatan standard seperti ABS, EBD dan Brake Assist.
Perhatikan bahawa pada awal tahun 2010-an, ciri-ciri seperti enam beg udara, lubang penyaman udara belakang, kawalan kestabilan elektronik, dan kawalan pelayaran bukanlah spesifikasi biasa yang ditawarkan dalam kereta segmen B.
Varian Nissan Almera N17 mana yang disyorkan?
Kesemua Nissan Almera N17 menggunakan enjin 1.5 liter aspirasi semula jadi (kod HR15DE) DOHC menghasilkan 102 PS dan 139 Nm tork. Seperti kebanyakan kereta Jepun, enjin ini adalah unit yang boleh dipercayai bersama-sama dengan kotak gear automatik 4-kelajuan.
Generasi Nissan Almera yang seterusnya hadir pada tahun 2015 yang turut menggunakan spesifikasi trenkuasa yang sama namun dengan sedikit kemaskini terhad kepada kemas kini kosmetik dan kemasukan paparan infohibur skrin sentuh 6.5-inci.
Seperti biasa, varian yang lebih terkini adalah yang paling disyorkan dengan Nissan Almera N17 kali terakhir menerima kemaskini pada tahun 2018. Dalam kemas kini ini, ETCM memperkenalkan bodykit Black Series khas yang direka oleh bengkel talaan terkenal dari Jepun, Tomei.
Paparan skrin sentuh dalam Almera juga dikemas kini dengan unit Clarion yang berukuran 6.75-inci dan menawarkan sambungan Apple CarPlay dan Android Auto.
Untuk kemas kini ini, varian E paling rendah masih lagi menerima upholseri tempat duduk kulit dan kamera undur. Kesemua varian dalam kemaskini 2018 adalah disyorkan justeru ikut kemampuan anda untuk memilih yang mana.
Nissan mendakwa penggunaan bahan api enjin sebanyak 14.9 km / liter. Sudah tentu, ini tidak setanding dengan enjin turbo baru Nissan Almera 2020 yang mempunyai penggunaan bahan api serendah 18.4 km / liter, tetapi ia cukup baik memandangkan usianya.
Harga Nissan Almera N17 terpakai paling rendah ketika artikel ini ditulis adalah sekitar RM 32,400. Model varian terendah E ini mempunyai tahun pendaftaran 2014 dengan jarak perbatuan melepasi 100k km.
Menariknya, ini adalah perbezaan harga sehingga RM 6,200 dengan sebuah Perodua Axia baharu CVT varian terendah G pada RM 38,600.
Bagi model paling terkini 2018-2019, harga Nissan Almera N17 terpakai bermula daripada RM 35k (tak banyak beza dengan model contoh tahun 2014) sehingga RM 53k (varian teratas dengan perincian kosmetik berwarna merah).
Jika anda sedang mempertimbangkan untuk membeli Nissan Almera terpakai, antara masalah yang sering dialami oleh pemilik adalah pada penyaman udara (kipas radiator), komponen enjin (engine mounting, ignition coil) dan bearing tayar.
Tiada masalah kotak gear kerana Nissan Almera tidak menggunakan transmisi CVT tetapi menggunakan transmisi 4AT dan manual 5 kelajuan.
Selain daripada komponen yang disebutkan, perhatikan komponen yang sudah lusuh dan haus kerana kebanyakan Nissan Almera N17 yang terjual mempunyai jarak perbatuan melebihi 100k km. Periksa sensor yang berkaitan dengan immobilizer dan sensor oksigen sekiranya terdapat lampu amaran menyala.
Cari bengkel yang pakar dengan kenderaan Nissan atau terus sahaja ke pusat servis berdekatan untuk memastikan masalah yang betul dengan imbasan oleh peranti OBD.
Kebanyakan penjual kereta tidak akan memberitahu anda tetapi kali ini kami sudahi dengan kekurangan Nissan Almera N17. Antara kekurangannya adalah ketiadaan Kawalan Kestabilan (VSC), 1 beg udara pada varian E dan tempat duduk belakang yang tidak boleh direbahkan.
Selain daripada itu, Nissan Almera masih lagi sebuah kenderaan yang boleh dipercayai dengan kebolehpercayaan jenama Jepun. Anda boleh sahaja mencari tawaran harga Nissan Almera terpakai yang baik di Carsome dengan melayari pautan ini.
Baca juga:
Panduan membeli Nissan X-Trail T32, susut harga mendadak serendah RM 60k tapi masih bagus?
Panduan membeli Nissan Grand Livina serendah RM 30k, apa yang boleh dijangkakan?
Dapatkan respons dalam masa 24 jam!
2020 Nissan Almera 1.0L VL
Upgrade
Add your car