window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Mitsubishi Xpander vs Honda BR-V vs Perodua Aruz – Manakah yang paling praktikal?

Faisal · Oct 22, 2020 01:00 PM

Mitsubishi Xpander vs Honda BR-V vs Perodua Aruz – Manakah yang paling praktikal? 01

Dengan tempahan yang kini sudah dibuka untuk Mitsubishi Xpander, sudah pasti anda nanti-nantikan harga rasmi yang bakal diumumkan tidak lama lagi, bukan?

Mitsubishi Xpander vs Honda BR-V vs Perodua Aruz – Manakah yang paling praktikal? 02

Sebagai sebuah SUV 7 tempat duduk, ciri praktikal sering menjadi keutamaan sewaktu dibangunkan. Oleh itu, apa kata kita buat perbandingan di antara Mitsubishi Xpander dengan saingan terhebat seperti Honda BR-V dan Perodua Aruz.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Dimensi

Mitsubishi Xpander vs Honda BR-V vs Perodua Aruz – Manakah yang paling praktikal? 01

Bercakap mengenai praktikal, saiz memainkan peranan yang penting. Sebagai perbandingan, Mitsubishi Xpander mempunyai ukuran yang paling besar di dalam kelasnya. Tambahan pula, jarak roda sepanjang 2,775 mm menghasilkan kabin yang paling luas di dalam kelas SUV segmen B.

Kelegaan dan keselesaan kabin

Mitsubishi Xpander vs Honda BR-V vs Perodua Aruz – Manakah yang paling praktikal? 02

Dengan ruang kabin yang paling luas, ruang kaki dan kepala di dalam Mitsubishi Xpander terasa paling lapang dimana ia memberikan lebih keselesaan terhadap penumpang.

Mitsubishi Xpander vs Honda BR-V vs Perodua Aruz – Manakah yang paling praktikal? 03

Sebagai tambahan, kerusi barisan ketiga juga mempunyai sudut kedudukan yang ideal dimana ia terasa lebih selesa berbanding Honda HR-V dan Perodua Aruz.

Mitsubishi Xpander vs Honda BR-V vs Perodua Aruz – Manakah yang paling praktikal? 04

Sementara itu, Honda BR-V mempunyai ruang yang agak baik di barisan ketiga dimana ia masih boleh memuatkan penumpang bersaiz dewasa.

Mitsubishi Xpander vs Honda BR-V vs Perodua Aruz – Manakah yang paling praktikal? 05

Sebagai perbandingan, Perodua Aruz mempunyai ruang yang agak sempit di barisan ketiga. Ia mungkin dikhususkan untuk kanak-kanak sahaja.

Tempat menyimpan dan meletak barang

Mitsubishi Xpander vs Honda BR-V vs Perodua Aruz – Manakah yang paling praktikal? 06

Mitsubishi Xpander memiliki pelbagai ruang untuk menyimpan barang. Antaranya ialah pada papan pemuka di bahagian penumpang, bahagian pemandu, konsol tengah, bahagian belakang pada kerusi hadapan (3 poket) serta di bahagian pintu.

Mitsubishi Xpander vs Honda BR-V vs Perodua Aruz – Manakah yang paling praktikal? 07

Malah ia turut didatangkan dengan storan tambahan di bawah kerusi penumpang hadapan. Menjadi kenderaan 7 tempat duduk, ia juga mempunyai tempat meletak barang untuk setiap penumpang.

Mitsubishi Xpander vs Honda BR-V vs Perodua Aruz – Manakah yang paling praktikal? 08

Sebagai perbandingan, Honda BR-V mempunyai pelbagai ruang penyimpanan yang unik. Antaranya ialah di bawah kawalan penyaman udara hadapan, bahagian pemandu, dan kepelbagaian pembahagi di bahagian tengah. Ia turut mempunyai tempat meletak barang di barisan ketiga.

Mitsubishi Xpander vs Honda BR-V vs Perodua Aruz – Manakah yang paling praktikal? 09

Mengenai Perodua Aruz, ia juga mempunyai storan tambahan di bawah kerusi penumpang hadapan. Malah ia turut didatangkan dengan tempat meletak kaca mata. Secara keseluruhan, setiap penumpang mempunyai tempat menyimpan barang yang mencukupi.

Mitsubishi Xpander vs Honda BR-V vs Perodua Aruz – Manakah yang paling praktikal? 10

Penyangkut barang serta pemegang beg tangan pada Perodua Aruz

Menariknya, ia mempunyai 2 cangkuk pemegang ‘teh tarik’ di bahagian belakang pada kerusi hadapan. Pada masa yang sama, terdapat cangkuk khas untuk meletak beg tangan di antara kerusi hadapan.

Mitsubishi Xpander vs Honda BR-V vs Perodua Aruz – Manakah yang paling praktikal? 11

Dengan ruang yang praktikal sebegini, ketiga-tiga SUV 7 tempat duduk ini memiliki tempat meletak botol minuman yang melebihi daripada cukup.

Kapasiti but belakang

Mitsubishi Xpander vs Honda BR-V vs Perodua Aruz – Manakah yang paling praktikal? 12

Honda BR-V mempunyai kapasiti but yang terbesar sekiranya kerusi barisan ketiga dilipat

Kebiasaannya, kenderaan 7 tempat duduk mempunyai kapasiti but yang agak kecil. Sekiranya kerusi barisan ketiga dilipat, Honda BR-V mempunyai kapasiti but yang paling luas sebanyak 539 liter. Sebagai perbandingan, Mitsubishi Xpander mempunyai kapasiti but yang paling kecil sebanyak 495 liter.

Mitsubishi Xpander vs Honda BR-V vs Perodua Aruz – Manakah yang paling praktikal? 13

Menariknya, Mitsubishi Xpander memiliki tempat menyimpan barang di bawah papan but sebagai storan tambahan.

Konfigurasi kerusi

Mitsubishi Xpander vs Honda BR-V vs Perodua Aruz – Manakah yang paling praktikal? 14

Kepelbagaian tetapan kerusi pada SUV 7 tempat duduk untuk keseimbangan di antara kapasiti penumpang dengan ruang meletak barang

Bercakap mengenai kapasiti but, SUV 7 tempat duduk boleh memberikan ruang yang cukup besar apabila kerusi dilipat lebih-lebih lagi jika boleh dilipat sepenuhnya.

Mitsubishi Xpander vs Honda BR-V vs Perodua Aruz – Manakah yang paling praktikal? 15

Unik buat Mitsubishi Xpander, kerusi barisan kedua dan ketiga boleh membuat lipatan rata untuk memberikan ruang but yang terbesar di dalam kelasnya sebanyak 1630 liter. Pada masa yang sama, memunggah barang ke dalam but menjadi lebih mudah.

Mitsubishi Xpander vs Honda BR-V vs Perodua Aruz – Manakah yang paling praktikal? 16

Mengenai konfigurasi tempat duduk, ketiga-tiga SUV ini memiliki kebolehan tetapan kerusi yang serupa melalui lipatan 60:40 untuk barisan kedua dan lipatan 50:50 untuk barisan ketiga.

Mitsubishi Xpander vs Honda BR-V vs Perodua Aruz – Manakah yang paling praktikal? 17

Di samping itu, kerusi barisan kedua pada ketiga-tiga SUV ini boleh didirikan untuk memunggah barang yang tinggi seperti pasu bunga ataupun basikal.

Mitsubishi Xpander vs Honda BR-V vs Perodua Aruz – Manakah yang paling praktikal? 18

Menariknya, kerusi barisan kedua pada Mitsubishi Xpander memiliki perehat tangan (armrest). Sekiranya dilipat, ia boleh memberikan kemudahan untuk memunggah barang yang panjang tanpa menjejaskan tempat duduk penumpang.

Mitsubishi Xpander vs Honda BR-V vs Perodua Aruz – Manakah yang paling praktikal? 19

Walaupun kelihatan kompak di luar, Honda BR-V memiliki ruang yang cukup praktikal melalui kepelbagaian tetapan kerusi. Kecekapan Honda dalam memaksimumkan ruang sebaik mungkin tidak boleh dinafikan pada SUV 7 tempat duduk ini.

Mitsubishi Xpander vs Honda BR-V vs Perodua Aruz – Manakah yang paling praktikal? 20

Pada masa yang sama, Perodua Aruz memiliki pakej kabin yang cukup baik kerana ia mempunyai keseimbangan dari segi kebolehan tetapan kerusi dengan ciri yang unik.

Mitsubishi Xpander vs Honda BR-V vs Perodua Aruz – Manakah yang paling praktikal? 21

Sebagai contoh, ciri pelarasan sekali sentuh (one touch lever) pada Perodua Aruz memberikan kemudahan dimana pengguna hanya perlu menarik pelaras dengan sekali sahaja untuk melipat kerusi tersebut.

Konklusi

Mitsubishi Xpander vs Honda BR-V vs Perodua Aruz – Manakah yang paling praktikal? 22

Dengan pelbagai saingan SUV 7 sempat duduk dalam segmen B ini, Mitsubishi Xpander menyerlah dari segi ciri praktikal dan kepenggunaan. Sementara itu, ikuti pra-tonton kami mengenai Mitsubishi Xpander dalam video di bawah.

Faisal

Penulis

Beliau berlatar belakangkan kejuruteraan mekanikal dan mempunyai minat yang mendalam terhadap kereta sejak dipaksa untuk membaca buku (permotoran). Disebabkan itu, beliau ada titik lembut untuk setiap kereta. Walaupun meminati pemanduan yang rancak, gaya pemanduan beliau yang sebenar hanyalah santai kerana sudah dimanja oleh Lexus.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Dapatkan respons dalam masa 24 jam!

2020 Mitsubishi Xpander 1.5 L

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli?   Jual kereta anda