window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Mercedes A-Class 2023 facelift dirasmikan - kini dengan hibrid sederhana 48V & pengesan cap jari

Faisal · Oct 7, 2022 02:00 PM

Mercedes A-Class 2023 facelift dirasmikan - kini dengan hibrid sederhana 48V & pengesan cap jari 01

Mercedes-Benz baru-baru ini telah memperkenalkan model facelift untuk A-Class (W177) dan A-Class Sedan (V177).

Setelah 4 tahun berlangsung sejak debut tahun 2018, A-Class generasi ini sekarang mendapat pembaharuan dari segi gaya, teknologi dan barisan enjin yang mana ia telah dielektrifikasikan.

Mercedes A-Class 2023 facelift dirasmikan - kini dengan hibrid sederhana 48V & pengesan cap jari 02

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Bermula dengan enjin, kesemua unit 4 silinder (kecuali A45 S) datang dengan sistem hibrid sederhana 48V (MHEV). Secara teknikal, starter-generator 14 PS (RSG) yang dilengkapkan boleh menghidupkan enjin dengan lebih lancar dan sewaktu kereta meluncur, enjin juga akan dimatikan.

Sewaktu brek ditekan pula, RSG boleh menjana tenaga dan ia boleh menyalurkannya ke rangkaian elektronik 12V serta bateri 48V. Di samping itu, sewaktu memecut, sistem janaan tenaga ini boleh menghembuskan tambahan 14 PS.

Mercedes A-Class 2023 facelift dirasmikan - kini dengan hibrid sederhana 48V & pengesan cap jari 01

Apapun, output buat kesemua enjin kekal sama seperti dahulu, kecuali A250e PHEV (kita tiada dapat) yang mana ia menerima motor 80 kW (naik 5 kW) dan bateri yang lebih besar (pada 15.6 kWj) bagi meningkatkan lagi jarak pemanduan elektrik. Bergantung pada varian, kuasa kekal dihantar ke transmisi DCT 7 atau 8 kelajuan.

Untuk makluman anda, enjin yang akan hadir ke pasaran kita nanti adalah seperti berikut:

  • A200: (M282) 1.3L turbo - 163 PS, 270 Nm
  • A250: (M260) 2.0L turbo - 224 PS, 350 Nm

Mercedes A-Class 2023 facelift dirasmikan - kini dengan hibrid sederhana 48V & pengesan cap jari 02

Untuk model Mercedes-AMG pula, varian A45 telah dihentikan. Yang ada hanyalah pilihan di bawah:

  • A35: (M260) 2.0L turbo – 306 PS, 400 Nm
  • A45 S (M139) 2.0L turbo – 421 PS, 500 Nm

Juga bacaMercedes-Benz sah akan hentikan model 'entry level', A-Class atau CLA bakal dicantas?

Bagi anda yang belum tahu, A-Class yang ditawarkan di Malaysia selama ini adalah seperti berikut:

  • A200 sedan: RM 229,888
  • A250 sedan: RM 253,888
  • A35 4Matic sedan: RM 343,888
  • A45S 4Matic+ hatchback: RM 481,888

Mercedes A-Class 2023 facelift dirasmikan - kini dengan hibrid sederhana 48V & pengesan cap jari 03

Beralih ke aspek gaya, A-Class facelift tampil dengan intake baru, gril yang ada paten berbentuk logo Mercedes dan grafik lampu yang lebih moden.

Reka bentuk rim dan diffuser yang baru juga turut didatangkan.

Mercedes A-Class 2023 facelift dirasmikan - kini dengan hibrid sederhana 48V & pengesan cap jari 04

Model AMG pula diperbaharui dengan lencana bulat Affalterbach yang mana ia diletakkan pada bahagian bonet enjin. Varian A35 pula kini sudah ada lekuk bonet seperti A45.

Dalam masa yang sama, model AMG juga hadir dengan reka bentuk rim dan spoiler baru.

Mercedes A-Class 2023 facelift dirasmikan - kini dengan hibrid sederhana 48V & pengesan cap jari 05

Pada bahagian dalam, infotainment MBUX pada A-Class dimodenkan lagi dengan sistem profil peribadi. Satu ciri baru yang mungkin debut seawal S1 2023 adalah sistem pengenalpastian identiti pengguna melalui teknologi pengesan cap jari.

Mercedes A-Class 2023 facelift dirasmikan - kini dengan hibrid sederhana 48V & pengesan cap jari 06

Skrin kluster instrumen yang dipaparkan pula diperbaharui dengan pilihan Classic, Sport dan Discreet. Mod yang ada juga diperbaharui dengan tiga iaitu Navigation, Assistance dan Service.

Mercedes A-Class 2023 facelift dirasmikan - kini dengan hibrid sederhana 48V & pengesan cap jari 07

Secara amnya, trim Progressive Line kini dinaik taraf dengan 3 pilihan warna iaitu hitam, krim dan kelabu.

Di peringkat global, pelancaran A-Class facelift di pasaran Eropah dijangka bermula pada suku pertama 2023.

Juga bacaPelancaran Mercedes A-Class CKD Malaysia - serendah RM 220k, makin mampu milik!

Faisal

Penulis

Beliau berlatar belakangkan kejuruteraan mekanikal dan mempunyai minat yang mendalam terhadap kereta sejak dipaksa untuk membaca buku (permotoran). Disebabkan itu, beliau ada titik lembut untuk setiap kereta. Walaupun meminati pemanduan yang rancak, gaya pemanduan beliau yang sebenar hanyalah santai kerana sudah dimanja oleh Lexus.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Mudah, dapatkan kereta yang dibeli dengan pantas!

2023 Mercedes-Benz A-Class Sedan A200 Progressive Line

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli?   Jual kereta anda