window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Layan aksi lumba haram di malam raya, melayang RM 1k seorang!

Khairil ยท Jul 21, 2021 06:00 PM

Layan aksi lumba haram di malam raya, melayang RM 1k seorang! 01

Mahalnya 'tiket' untuk menyaksikan lumba haram. Itu mungkin boleh diibaratkan kepada 19 individu termasuk remaja bawah umur selepas mereka dikompaun RM 1k seorang susulan melanggar Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) kerana ingin menonton aksi tidak bermoral itu di Kedah pada malam raya.

Juga baca: Buat 'hal' ketika PKPD, 31 mat, minah rempit ditahan dalam Op Khas Motosikal di Klang!

Ketika umat Islam sedang sibuk melakukan persiapan menyambut Aidiladha, kesemua mereka pula sibuk 'melayan' lumba haram sebelum kesemuanya berdepan tindakan pihak berkuasa.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Layan aksi lumba haram di malam raya, melayang RM 1k seorang! 01

Sumber imej: PDRM

Tindakan itu diambil susulan Op Samseng Jalanan Hari Raya Aidiladha yang dijalankan Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Kedah bersama Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kota Setar, malam semalam.

Memetik laporan Harian Metro, Ketua JSPT Kedah, Superintendan Chuah Seong Lim berkata, pada jam 3 pagi, anggotanya membuat penutupan jalan di Jalan Batas Paip, Kuala Kedah dan berjaya menahan 15 motosikal bersama 19 penunggang dan pembonceng.

Juga baca: Tengah PKP pun sibuk berlumba, gelagat mat rempit ini undang kecaman, cabar pihak berkuasa!

"Sepanjang operasi ini dilakukan, sebanyak 59 saman dikeluarkan membabitkan 61 pelbagai kesalahan trafik dikeluarkan dan dua buah motosikal disita.

"Semua 19 Individu terbabit dikompaun kerana berkumpul tanpa sebab yang munasabah mengikut Akta 342 Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit (PPDPPB) 2021," kata dengan menambah semua yang dikompaun itu berusia antara 13 hingga 21 tahun dan kebanyakan mereka terdiri dari pelajar sekolah.

Layan aksi lumba haram di malam raya, melayang RM 1k seorang! 02

Katanya lagi, kompaun dikeluarkan mengikut Peraturan 2 (1) Akta PPDPPB 2021 kerana tidak memakai pelitup muka di tempat awam.

"Selain itu, Peraturan 16(1) PPDPPB (No.2) 2021 Akta 342 kerana gagal mengemukakan dokumen pergerakan dan Peraturan 17 PPDPPB 1988 kerana tiada permit yang sah merentas daerah," tambah Seong Lim.

Juga baca: Tak hormat PKP, akhirnya geng rempit 'Stone Cold' tumpas!

Selain itu, kompaun turut dikeluarkan mengikut 17(1) PPDPP (No.2) 2021 Akta 342 berkumpul tanpa alasan munasabah.

Begitupun, kesemuanya dibebaskan dengan jaminan polis.

Khairil

Motorcycle Writer

Seorang yang tidak pernah terfikir untuk menjadi penulis tetapi akhirnyaa menjadikan bidang penulisan sebagai kerjaya dengan minat terarah kepada sukan permotoran dan automotif. Sentiasa kagum dengan teknologi yang ada pada jentera tidak kira dua atau empat roda dan boleh menghabiskan masa berjam-jam menonton perlumbaan, membaca rebiu kereta atau motosikal.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Mudah, dapatkan kereta yang dibeli dengan pantas!

2023 Toyota Yaris 1.5E

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli? ย  Jual kereta anda