Walaupun belum dilancarkan di Malaysia, Kia EV6 2022 yang dipertuntukkan untuk pasaran kita telahpun habis dijual.
Menurut CEO Bermaz Auto Group iaitu Datuk Francis Lee, kelima-lima unit yang dibawa masuk ke Malaysia telahpun ada pemiliknya.
Walaupun belum dilancarkan di Malaysia, Kia EV6 2022 yang dipertuntukkan untuk pasaran kita telahpun habis dijual.
Menurut CEO Bermaz Auto Group iaitu Datuk Francis Lee, kelima-lima unit yang dibawa masuk ke Malaysia telahpun ada pemiliknya.
Kata beliau, “Walaupun kami mahu bawa masuk beberapa ratus unit, Kia hanya memberi kami 5 unit sahaja”.
Apapun, beliau mengulas bahawa beberapa unit lagi akan masuk ke Malaysia pada masa akan datang. Bulan lepas, presiden Kia sendiri iaitu Ho-Sung Song ada melawat negara kita dan beliau cukup gembira dengan pasaran Malaysia. Malah, beliau rasa komited untuk mengutamakan stok yang ada ke pasaran kita.
Juga baca: Dalam era globalisasi, gangguan bekalan Kia EV6 di Australia beri impak kepada Malaysia
Jadi, pembeli yang berminat pasti akan rasa lega tetapi butiran mengenai peruntukkan EV6 yang seterusnya masih belum dapat disahkan.
Secara teknikal, Kia EV6 2022 untuk pasaran Malaysia dikuasakan oleh dua motor elektrik yang menghasilkan output sistem sebanyak 325 PS dan 605 Nm tork. Sumber kuasanya diurus oleh pek bateri 77.4 kWj. Pengecasan AC pula adalah pada 11 kW. Untuk kadar ini, pengecasan penuh akan mengambil masa sehingga 7 jam. Apapun, pengecasan pancas DC untuk Kia EV6 menyokong sehingga 350 kW dan ia boleh mengecas dari 10% - 80% dalam masa 18 minit sahaja.
Dari segi prestasi, pecutan 0 – 100 km/j hanya mengambil masa 5.2 saat dan jarak pandunya boleh pergi sehingga 506 km (kitaran WLTP). Jadi, adakah anda teruja dengan pelancaran Kia EV6 tidak lama lagi?
Dapatkan respons dalam masa 24 jam!
2022 Kia EV6 GT-Line AWD
Upgrade
Add your car