window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Kenapa Perodua Ativa (D55L) tak guna Direct Shift CVT dari Toyota? – Ini sebabnya

Faisal · Mar 2, 2021 11:00 AM

Kenapa Perodua Ativa (D55L) tak guna Direct Shift CVT dari Toyota? – Ini sebabnya 01

Seperti yang pernah dimaklumkan, Ativa (D55L) bakal menjadi model Perodua pertama yang datang dengan transmisi CVT. Sebelum itu, perlu dimaklumkan bahawa CVT ini agak lain daripada CVT yang biasa anda dengar.

Kenapa Perodua Ativa (D55L) tak guna Direct Shift CVT dari Toyota? – Ini sebabnya 02

Berbeza dengan CVT konvensional yang guna belt atau chain, jenis Dual-mode (D-CVT) yang terdapat pada Perodua Ativa (D55L) ini menggunakan steel chain dan set gear.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Secara mekanikal, konsep D-CVT adalah sama seperti Toyota Direct Shift CVT. Apa yang berbeza ialah operasinya.

Apa maksud Toyota Direct Shift CVT?

Kenapa Perodua Ativa (D55L) tak guna Direct Shift CVT dari Toyota? – Ini sebabnya 01

Transmisi Toyota Direct Shift CVT menggabungkan prestasi penukaran gear seperti DCT tetapi dengan kelancaran dan tahap efisien sesebuah CVT.

Kenapa Perodua Ativa (D55L) tak guna Direct Shift CVT dari Toyota? – Ini sebabnya 02

Transmisi ini diguna oleh kereta Toyota yang berasaskan platform TNGA-B dan TNGA-K. Antaranya seperti Toyota Yaris di Eropah, Yaris Cross, RAV4, Harrier, dan juga Lexus UX.

Kenapa Perodua Ativa (D55L) tak guna Direct Shift CVT dari Toyota? – Ini sebabnya 03

Untuk maklumat anda, Toyota Direct Shift CVT menggunakan gear fizikal (launch gear) sewaktu beroperasi dari pegun. Ia diibarat seperti gear satu pada transmisi automatik konvensional ataupun manual. Penggunaan launch gear ini bertujuan untuk mengatasi perasaan “malas” yang sering dikaitkan dengan CVT konvensional pada kelajuan rendah.

Setelah kelajuan kereta meningkat, launch gear akan dilepaskan dan transmisi akan kembali seperti sebuah CVT yang biasa. Launch gear tersebut hanya akan digunakan semula apabila kereta sudah berhenti sepenuhnya.

Kenapa transmisi ini tidak diguna pada Perodua Ativa (D55L)?

Kenapa Perodua Ativa (D55L) tak guna Direct Shift CVT dari Toyota? – Ini sebabnya 04

Daihatsu Rocky, Toyota Raize, dan Perodua Ativa (D55L) dikuasai oleh enjin 1KR-VET 1.0L turbo 3 silinder.

Toyota Direct Shift CVT hanya boleh dipadankan dengan enjin Dynamic Force. Perodua Ativa (D55L) ataupun kembar Daihatsu Rocky dan Toyota Raize menggunakan enjin Toyota siri KR. Enjin ini bukanlah enjin Dynamic Force.

Toyota Direct Shift CVT juga lebih mahal

Kenapa Perodua Ativa (D55L) tak guna Direct Shift CVT dari Toyota? – Ini sebabnya 05

Toyota Yaris Cross yang lebih mahal menggunakan transmisi Direct Shift CVT.

Kebiasaannya, transmisi D-CVT diguna oleh model Toyota/Daihatsu yang lebih ekonomi. Contohnya seperti Toyota Raize dan Daihatsu Rocky.

Transmisi Toyota Direct Shift CVT pula boleh didapati pada model yang lebih mahal, khususnya model yang berasaskan platform TNGA-B dan TNGA-K. Antaranya seperti Toyota Yaris di Eropah, Yaris Cross, RAV4, Harrier dan juga Lexus UX.

Konklusi – D-CVT bukanlah transmisi sembarangan

Kenapa Perodua Ativa (D55L) tak guna Direct Shift CVT dari Toyota? – Ini sebabnya 06

Berdasarkan pandu uji Perodua Ativa (D55L) 2021 di litar mereka tempoh hari, kami agak kagum dengan karakter transmisi ini. Ia sebenarnya jauh lebih baik daripada CVT Punch yang diguna oleh Proton.

Kenapa Perodua Ativa (D55L) tak guna Direct Shift CVT dari Toyota? – Ini sebabnya 07

Malah, ia lebih senyap dan responsif daripada CVT yang diguna pada Toyota Vios dan Yaris.

Nampaknya, D-CVT bakal mengubah persepsi masyarakat terhadap transmisi jenis CVT secara keseluruhan.

Faisal

Penulis

Beliau berlatar belakangkan kejuruteraan mekanikal dan mempunyai minat yang mendalam terhadap kereta sejak dipaksa untuk membaca buku (permotoran). Disebabkan itu, beliau ada titik lembut untuk setiap kereta. Walaupun meminati pemanduan yang rancak, gaya pemanduan beliau yang sebenar hanyalah santai kerana sudah dimanja oleh Lexus.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Perbincangang Trending

Dapatkan respons dalam masa 24 jam!

2021 Perodua Ativa 1.0L Turbo X

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli?   Jual kereta anda