window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Kebaikan & Keburukan: Perodua Ativa 2021 – sarat dengan kelengkapan, tapi gegaran tetap terasa!

Faisal · Mar 11, 2021 08:00 PM

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Kami kini sedang giat menguji pandu Perodua Ativa AV. Sementara itu, mari kami perincikan 3 kebaikan dan keburukan yang terdapat pada SUV yang cukup hangat ini.

Kebaikan & Keburukan: Perodua Ativa 2021 – sarat dengan kelengkapan, tapi gegaran tetap terasa! 01

Kebaikan

  • Trenkuasa yang mantap
  • Suspensi yang ditala dengan baik
  • Ciri keselamatan yang tinggi

Keburukan

  • Gegaran enjin ketika idle
  • Stereng tiada pelaras teleskopik
  • Tiada Android Auto/Apple CarPlay

Kebaikan & Keburukan: Perodua Ativa 2021 – sarat dengan kelengkapan, tapi gegaran tetap terasa! 02

Kebaikan – Trenkuasa yang mantap

Enjin 1.0L turbo 3 silinder yang didatangkan pada Perodua Ativa menghasilkan 98 PS dan 140 Nm tork. Walaupun angka ini tidak seberapa, ia sebenarnya cukup bertenaga untuk pemanduan harian kerana tork maksimum datang serendah 2,400 rpm.

Kebaikan & Keburukan: Perodua Ativa 2021 – sarat dengan kelengkapan, tapi gegaran tetap terasa! 03

Penghantaran kuasanya juga cukup linear. Tiada sebarang lonjakan turbo yang mengejut yang dapat kami rasa. Perhalusan sebegini dipertingkatkan lagi dengan transmisi CVT yang menurut kami, antara yang terbaik di luar sana. Ia bertindak dengan begitu responsif terhadap input minyak yang ditekan oleh pemandu.

Kebaikan – Talaan suspensi yang baik

Kebaikan & Keburukan: Perodua Ativa 2021 – sarat dengan kelengkapan, tapi gegaran tetap terasa! 04

Suspensi Perodua Ativa ditala eksklusif untuk permukaan jalan raya di Malaysia. Malah, ia tidak lagi selembut Daihatsu Rocky. Dengan gabungan platform DNGA, pemanduan Perodua Ativa terasa lebih steady berbanding mana-mana model Perodua sebelum ini.

Juga bacaPandu uji media: Perodua D55L dengan DNGA, turbo dan CVT. Perodua terbaik pernah dihasilkan?

Kebaikan & Keburukan: Perodua Ativa 2021 – sarat dengan kelengkapan, tapi gegaran tetap terasa! 05

Kalau anda perasan, suspensi kereta Perodua kadang-kadang sedikit kasar. Tetapi untuk Ativa, permukaan jalan yang tidak rata tidak menjadi isu langsung. Cumanya, disebabkan pusat graviti SUV yang lebih tinggi, body roll sebenarnya agak terasa tetapi ia tidaklah ketara.

Kebaikan – Ciri keselamatan yang tinggi

Kebaikan & Keburukan: Perodua Ativa 2021 – sarat dengan kelengkapan, tapi gegaran tetap terasa! 06

Dari segi keselamatan, kesemua varian datang dengan sistem bantuan pemandu (ADAS). Sistem ini merangkumi ciri seperti:

  • Pre-Collision Braking (PCB)
  • Pre-Collision Warning (PCW)
  • Pedal Misoperation Control (PMC)
  • Front Departure Alert (FDA)
  • Lane Departure Warning (LDW)

Kebaikan & Keburukan: Perodua Ativa 2021 – sarat dengan kelengkapan, tapi gegaran tetap terasa! 07

Eksklusif untuk varian AV ialah ciri tambahan seperti:

  • Adaptive Cruise Control (ACC)
  • Lane Keep Control (LKC)
  • Blind Spot Monitor (BSM)
  • Rear Cross Traffic Alert (RCTA)
  • Adaptive Driving Beam (lampu adaptif)

Untuk maklumat anda, ciri Adaptive Driving Beam juga didatangkan pada varian H. Dengan adanya ciri ACC dan LKC, Perodua Ativa AV diiktiraf sebagai kereta yang mempunyai pemanduan autonomi Tahap 2.

Juga bacaLampu LED adaptif pada Perodua Ativa (D55L), kereta paling murah di Malaysia dengan ciri ini!

Kebaikan & Keburukan: Perodua Ativa 2021 – sarat dengan kelengkapan, tapi gegaran tetap terasa! 08

Keburukan – enjin bergegar ketika idle

Enjin 3 silinder terkenal dengan isu gegar kerana ia tidak seimbang (3 silinder; 2 berlawan dengan 1) seperti enjin 4 silinder. Enjin 3 silinder yang ada pada Perodua Ativa pula sebenarnya agak lancar tetapi ia tetap bergegar sewaktu kereta berhenti pegun ataupun ketika merangkak di dalam trafik.

Kebaikan & Keburukan: Perodua Ativa 2021 – sarat dengan kelengkapan, tapi gegaran tetap terasa! 09

Berbanding dengan Proton X50, gegaran enjin pada Perodua Ativa sebenarnya lebih ketara.

Walau apapun, kami yakin bahawa tahap gegar enjin ini masih boleh diterima oleh kebanyakan pengguna.

Keburukan – stereng tiada pelaras teleskopik

Kebaikan & Keburukan: Perodua Ativa 2021 – sarat dengan kelengkapan, tapi gegaran tetap terasa! 10

Dengan stereng yang tiada pelarasan teleskopik, mencari posisi pemanduan yang ideal mungkin sedikit mencabar. Tahap 'reach' stereng yang ditetapkan oleh Perodua sebenarnya agak jauh untuk pemandu yang tinggi.

Dari segi tempat duduk, kerusi Perodua Ativa yang tinggi sememangnya memudahkan penglihatan tetapi alangkah lebih baik sekiranya kerusi ini boleh dilaras dengan lebih banyak.

Kebaikan & Keburukan: Perodua Ativa 2021 – sarat dengan kelengkapan, tapi gegaran tetap terasa! 11

Keburukan – Tiada Apple CarPlay/Android Auto

Sokongan Apple CarPlay/Android Auto tidak didatangkan langsung pada Perodua Ativa. Kalaulah ada sokongan ini, boleh terduduk Proton dibuatnya. Untuk pengetahuan anda, kemudahan yang ada pada sokongan ini sangatlah membantu kerana pengguna boleh mengawal fungsi telefon mereka pada skrin infotainment terus.

Kebaikan & Keburukan: Perodua Ativa 2021 – sarat dengan kelengkapan, tapi gegaran tetap terasa! 12

Dengan adanya sokongan sebegini, pemandu tidak akan cuai untuk fokus terhadap keselamatan jalan raya kerana mereka boleh mengawal terus dari skrin infotainment yang terletak bertepatan dengan visual memandu. Sebaliknya, Perodua Ativa hanya menawarkan sistem SmartLink yang hanya memaparkan skrin telefon pada sistem infotainment kereta.

Juga bacaKenapa kereta anda wajib ada Apple CarPlay dan Android Auto? Ini sebabnya

Konklusi

Kebaikan & Keburukan: Perodua Ativa 2021 – sarat dengan kelengkapan, tapi gegaran tetap terasa! 13

Perodua Ativa mempunyai trenkuasa yang mantap, suspensi yang baik, dan ciri keselamatan yang tinggi.

Namun begitu, enjin 3 silinder yang didatangkan terasa sedikit bergegar. Dari segi posisi pemanduan pula, stereng terasa agak jauh kerana tiada pelarasan teleskopik. Sokongan Apple CarPlay/Android Auto juga tidak didatangkan untuk SUV yang sebaru ini.

Kebaikan & Keburukan: Perodua Ativa 2021 – sarat dengan kelengkapan, tapi gegaran tetap terasa! 14

Walaupun dengan beberapa kelemahan, Perodua Ativa kini adalah antara kereta yang paling berbaloi untuk anda beli. Malah, ia adalah SUV yang termurah di pasaran sekarang. Kami yakin bahawa SUV tempatan yang licik ini akan bersepah di jalan raya kita tidak lama lagi.

Faisal

Penulis

Beliau berlatar belakangkan kejuruteraan mekanikal dan mempunyai minat yang mendalam terhadap kereta sejak dipaksa untuk membaca buku (permotoran). Disebabkan itu, beliau ada titik lembut untuk setiap kereta. Walaupun meminati pemanduan yang rancak, gaya pemanduan beliau yang sebenar hanyalah santai kerana sudah dimanja oleh Lexus.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Dapatkan respons dalam masa 24 jam!

2021 Perodua Ativa 1.0L Turbo X

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli?   Jual kereta anda