window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Jimat wang dan pandu selamat dengan tiga petua penjagaan tayar ini!

Zamil Syaheer · Jul 25, 2020 01:30 PM

Jimat wang dan pandu selamat dengan tiga petua penjagaan tayar ini! 01

Itulah satu-satunya bahagian yang menghubungkan anda ke jalan raya, namun ia juga antara bahagian yang selalu ramai terlepas pandang. Tayar adalah salah satu bahagian terpenting di dalam kereta anda, jadi disini kami ingin berkongsi tiga cara mudah untuk menjaganya.

1. Jangan lupa untuk isi angin dengan kerap!

Jimat wang dan pandu selamat dengan tiga petua penjagaan tayar ini! 02

Senang je, bukan susah pun.

Ini adalah petua mudah tetapi salah satu perkara paling penting yang perlu anda ketahui – isi angin tayar anda! Sangat mudah - ketahui saiz tayar anda dan ikuti panduan tekanan yang betul. Panduan ini  biasanya terletak di tiang sisi pintu pemandu ataupun di pintu itu sendiri.

Jimat wang dan pandu selamat dengan tiga petua penjagaan tayar ini! 03

Ini lah label yang kami maksudkan itu!

Jika anda rajin memandu kereta anda, sebaiknya isilah angin anda setiap satu atau dua minggu sekali. Mengapa ini penting? Tayar yang terlalu lama atau kurang angin boleh menyebabkan pelbagai masalah seperti kehausan yang teruk, penggunaan bahan bakar yang kuat, dan boleh meletup beb!

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

2. Selenggara tayar anda!

Jimat wang dan pandu selamat dengan tiga petua penjagaan tayar ini! 01

Contoh tayar yang botak. Gambar dari Anthony Cardone / YouTube.

Bertentangan dengan kesalahpahaman yang popular, tayar bukanlah ‘okay dah pasang, tak perlu periksa dah’. Masalah paling biasa yang harus anda awasi ialah tahap kehausan tayar (botak) dan dinding sisi yang retak. Isu sebegini dapat diatasi ebelum ia menjadi lebih teruk hanya dengan memeriksa tayar anda sebelum anda memandu.

Jimat wang dan pandu selamat dengan tiga petua penjagaan tayar ini! 02

Contoh tayar yang dah merekah.

Juga, tetapkan peringatan untuk memastikan tahap  keseimbangan, pelarasan dan putaran tayar anda dijaga dengan baik. Jika anda tidak melakukannya, ia akan menyebabkan penghausan yang lebih cepat dan pengendalian menjadi lebih buruk.

Jimat wang dan pandu selamat dengan tiga petua penjagaan tayar ini! 03

Contoh lain tayar yang sudah merekah. Gambar dari HowToCarGuy / YouTube.

Ini sama dengan membuang wang dek kerana terpaksa berbelanja lebih untuk pembaikan mahupun penggantian.

3. Ingat bahawa anda mempunyai tayar ganti!

Jimat wang dan pandu selamat dengan tiga petua penjagaan tayar ini! 04

Kebanyakkan kereta ada alat dan tayar ganti. Benda yang kami petakkan itu adalah bicu tayar.

Ini sangat penting! Tolonglah jadikan ia suatu kebiasaan untuk memeriksa alat ganti dan mengisi angin tayar ganti jika perlu setiap kali anda mengepam tayar anda.

Jimat wang dan pandu selamat dengan tiga petua penjagaan tayar ini! 05

Beberapa kereta yang bersaiz besar akan mempunyai tayar ganti di bawahnya.

Tayar ganti ini biasanya berada di dalam but belakang dan tidak akan rosak seperti tayar yang dipasang. Tetapi, anda patut memeriksanya sekali sekala untuk keretakan dan masalah lain.

Jimat wang dan pandu selamat dengan tiga petua penjagaan tayar ini! 06

Inilah yang biasanya terdapat pada alat ganti tayar.

Sekiranya anda tidak mempunyai alat ganti, biasanya anda akan mendapat kit membaiki tayar. Usah buang alat ganti anda demi penurunan berat ala kereta lumba! Tolong simpan alat ganti dan peralatan anda di dalam kereta dengan baik. Anda tidak akan tahu bila anda memerlukannya.

Jimat wang dan pandu selamat dengan tiga petua penjagaan tayar ini! 07

Berikut adalah contoh kit pembaikan tayar. Gambar dari Carousell.

Natijahnya…

Sekiranya anda tidak ada alasan yang lebih baik, menjaga tayar anda dapat membantu anda menjimatkan wang, bahan bakar, dan juga kos pembaikan.

Jimat wang dan pandu selamat dengan tiga petua penjagaan tayar ini! 08

Jaga kereta anda - di luar sana anda adalah pit stop anda sendiri.

Lebih baik lagi, tetapkan peringatan untuk diri untuk selalu memeriksa tayar anda. Lagipun, perkara yang betul dengan menjimatkan wang dan memastikan jalan raya lebih selamat untuk semua pengguna.

Zamil Syaheer

Editor

More than 10 years experience, specialising in Motorsports, Advanced Driving, Event Management & Creative Design. He enjoys driving (drifting, actually) anything RWD with a proper LSD over the limit. Versatility is his motto and mantra.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Dapatkan respons dalam masa 24 jam!

2023 Toyota Yaris 1.5E

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli?   Jual kereta anda