Jenama Kia bakal bernaung di bawah Bermaz menjelang April 2021?
Haris ยท Mar 12, 2021 06:00 PM
0
0
Mungkin ramai yang ternanti-nanti mengenai nasib Kia di Malaysia yang sedang mengalami proses pengambilalihan. Operasi Kia Malaysia pula nampak berjalan seperti biasa malah baru sahaja melancarkan Kia Seltos.
Lebih menarik lagi, laporan daripada AmInvestment Bank memberi petanda bahawa proses pengambilalihan hampir dimuktamadkan. Memetik laporan surat berita (newsletter) daripada AmInvestment Bank, "hak pembuatan, pemasangan dan pengedaran kenderaan jenama Kia berpotensi dimuktamadkan menjelang April 2021".
Jenama Kia masih menunggu waktu yang sesuai untuk dimuktamadkan. Wapcar.my pertama kali melaporkan konglomerat Naza bakal melepaskan jenama Kia dan Peugeot kepada syarikat lain. Antara syarikat yang disebut-sebut untuk mengambilalih Kia adalah Bermaz, Berjaya dan Sime Darby.
Sejak itu, jenama Peugeot telah berjaya diambil alih oleh Berjaya Auto Alliance Sdn Bhd, syarikat gabungan Berjaya Corporation Berhad dan Bermaz Auto Berhad.
Walaubagaimanapun, jenama Kia masih belum memberi sebarang petanda pengambilalihan atas sebab-sebab tertentu.
Bermaz Auto menjadi calon utama dalam pengambilalihan jenama tersebut disebabkan rekod prestasi yang baik. Kejayaan Bermaz dalam pengambilalihan jenama Mazda dan penglibatan dengan Group PSA menerima pujian ramai pihak. Walaubagaimanapun, komen daripada Bermaz masih belum diterima.
Latar belakang yang pelbagai menjadikan beliau lebih memahami kehendak pembaca. Penulis tidak memiliki kereta sendiri, justeru, semua kereta yang dipandu hingga kini adalah pandu uji. Kereta pertama yang bakal dimiliki beliau tentulah yang terbaik dan patut anda perhatikan.