window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Indonesia prebiu Toyota RAV4 PHEV GR Sport - 306 PS, harga didakwa bawah RM 291k

Faisal · Mar 13, 2023 04:00 PM

Indonesia prebiu Toyota RAV4 PHEV GR Sport - 306 PS, harga didakwa bawah RM 291k 01

Minggu lalu, Toyota Agya serba baharu telah dirasmikan ke pasaran Indonesia melalui pertunjukan di Jakarta Auto Week 2023. Dalam acara sama, PT Toyota Astra Motor (TAM) sebenarnya turut memperlihatkan Toyota RAV4 GR Sport PHEV.

Indonesia prebiu Toyota RAV4 PHEV GR Sport - 306 PS, harga didakwa bawah RM 291k 02

Model di pasaran Eropah.

Menurut Pengarah Pemasaran TAM, Anton Jimmi Suwandy, SUV hibrid plug-in ini akan dijual di Indonesia secara import (CBU) dari Thailand. Jelas beliau, ia akan berharga di bawah lingkungan 1 bilion IDR (~RM 291.2k).

Indonesia prebiu Toyota RAV4 PHEV GR Sport - 306 PS, harga didakwa bawah RM 291k 03

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Dari segi teknikal, RAV4 PHEV yang ditayangkan itu menggunakan enjin 2.5L VVT-iE yang dibantu oleh motor elektrik belakang (AWD-i). Kuasa yang dijana sehingga 306 PS diuruskan oleh transmisi eCVT dan jarak pemanduan elektrik penuh boleh pergi sejauh 75 km (kitaran WLTP).

Indonesia prebiu Toyota RAV4 PHEV GR Sport - 306 PS, harga didakwa bawah RM 291k 01

Dengan penggunaan trenkuasa hibrid plug-in, RAV4 yang cukup berkuasa ini didakwa menggunakan petrol serendah 6.2 liter/100 km. Pecutan 0 – 100 km/j pula mengambil masa 6 saat sahaja.

Indonesia prebiu Toyota RAV4 PHEV GR Sport - 306 PS, harga didakwa bawah RM 291k 02

Walaupun pasaran terdekat kita seperti Thailand dan Indonesia mendapat RAV4 PHEV, SUV berprestasi tinggi Toyota ini mungkin tidak akan masuk Malaysia kerana sambutan RAV4 varian biasa yang dijual dari Jun 2020 - Mac 2022 pun tidak begitu menggalakkan.

Juga bacaToyota RAV4 2021 digugurkan dari laman rasmi Toyota Malaysia, model facelift bakal tiba?

Mengenai GR, model di pasaran Malaysia terdiri daripada Yaris, Supra, 86 dan Corolla. Varian GR Sport pula ada untuk Hilux, Vios dan Corolla Cross.

Juga baca

Serangan 3 penjuru: UMWT melancarkan Toyota GR86, GR Corolla, & GR Supra manual 2023 di Malaysia!

Toyota Hilux & Corolla Cross model GR Sport dilancar di Malaysia - kosmetik & suspensi dipertingkat

Sumber: AutoFun ID

Faisal

Penulis

Beliau berlatar belakangkan kejuruteraan mekanikal dan mempunyai minat yang mendalam terhadap kereta sejak dipaksa untuk membaca buku (permotoran). Disebabkan itu, beliau ada titik lembut untuk setiap kereta. Walaupun meminati pemanduan yang rancak, gaya pemanduan beliau yang sebenar hanyalah santai kerana sudah dimanja oleh Lexus.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Dapatkan respons dalam masa 24 jam!

2020 Toyota RAV4 2.0L

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli?   Jual kereta anda