window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Honda ADV 150 vs Yamaha NMax 155 Connected/ABS - mana paling best?

Khairil · Feb 20, 2021 08:00 PM

Honda ADV 150 vs Yamaha NMax 155 Connected/ABS - mana paling best? 01

Sejak dilancarkan minggu lalu, perhatian terhadap skuter ala 'adventure', Honda ADV 150 di Malaysia memang tinggi. Ia membuktikan populariti skuter yang hampir dua tahun lewat tiba ke negara ini selepas pelancarannya itu tetap utuh.

Datang pada tanda harga RM11,999, ramai menyatakan ia cukup berpatutan berikutan gaya 'unik' yang dimiliki ADV 150 selain teknologinya yang boleh disifatkan moden.

Honda ADV 150 vs Yamaha NMax 155 Connected/ABS - mana paling best? 02

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Di media sosial, ramai menyuarakan pandangan betapa mereka tidak kisah mengenai harganya yang boleh dianggap premium malah ramai yang mengeluarkan wang secara tunai bagi menjadi pemiliknya.

Honda ADV 150 vs Yamaha NMax 155 Connected/ABS - mana paling best? 01

Berdasarkan populariti itu, ia pantas mencetus persoalan, adakah benar skuter ini amat berbaloi untuk dimiliki dan adakah benar tiada pencabar yang boleh menandinginya?

Sejujur-jujurnya, ia memang satu persoalan yang tidak akan dapat dijawab dengan tepat 100 peratus kerana ADV 150 sememangnya berbeza. Tetapi kami tetap ingin lakukan perbandingan dan merasakan skuter keluaran Yamaha, NMax 155 boleh dianggap setanding.

Honda ADV 150 vs Yamaha NMax 155 Connected/ABS - mana paling best? 02

Begitupun, adalah tidak adil jika ADV 150 dibandingkan dengan varian terkini NMax 155 yang dibawa Hong Leong Yamaha Motor (HYLM) ke pasaran tempatan pada penghujung tahun lalu.

Honda ADV 150 vs Yamaha NMax 155 Connected/ABS - mana paling best? 03

Ini kerana varian yang dibawa ke negara ini itu bukanlah varian tertinggi iaitu NMax 155 Connected/ABS seperti yang diperoleh beberapa negara jiran namun hanya versi standard dengan harga yang jauh lebih rendah.

Mungkin ada yang menyatakan kuasa enjin yang dimiliki kedua-dua skuter ini membuatkannya sebagai bukan perbandingan yang adil. Tetapi perlu diingat, sekalipun Yamaha NMax Connected/ABS mempunyai lebih kuasa, harganya lebih murah.

Honda ADV 150 vs Yamaha NMax 155 Connected/ABS - mana paling best? 04

Sebagai perbandingan harga, NMax 155 2021 Connected/ABS di Indonesia dijual pada tanda harga Rp33,750,000 (RM9,761) manakala varian tertinggi Honda ADV 150 ABS di sana - yang turut dijual di Malaysia - dijual pada tanda harga Rp37,805,000 (RM10,933).

Justeru berpandukan kepada perbezaan ini, selain daripada reka bentuk kedua-dua skuter yang agak sama dimensinya, ia tampak seperti perbandingan yang agak adil.

Bagi menambahkan lagi kehangatan, turut ada 'cakap-cakap' yang menyatakan pihak HYLM berkemungkinan membawa varian tertinggi NMax 155 ini ke pasaran tempatan bagi 'mengacau' populariti ADV 150.

Jadi dengan harapan untuk membantu pengguna membuat pemilihan, ini perbandingan kami mengenai dua skuter hangat ini. Semoga bermanfaat.

Reka bentuk

Honda ADV 150 vs Yamaha NMax 155 Connected/ABS - mana paling best? 05

Honda ADV 150 vs Yamaha NMax 155 Connected/ABS - mana paling best? 06

Tidak dapat dinafikan reka bentuk Honda ADV 150 memang mengiurkan. Ia memang dapat memuaskan hati pengguna yang mahukan kelainan berikutan gaya adventure yang diceduk daripada abangnya X-ADV.

Bagi Yamaha NMax 155 pula, reka bentuk versi terbarunya juga menarik dengan gaya Eropah namun ketiadaan elemen 'adventure' membuatkannya perhatian kepadanya agak kurang.

Perbandingan spesifikasi

Honda ADV 150 vs Yamaha NMax 155 Connected/ABS - mana paling best? 07

Honda ADV 150 vs Yamaha NMax 155 Connected/ABS - mana paling best? 08

Honda ADV 150 vs Yamaha NMax 155 Connected/ABS - mana paling best? 09

Honda ADV 150 vs Yamaha NMax 155 Connected/ABS - mana paling best? 10

Honda ADV 150 vs Yamaha NMax 155 Connected/ABS - mana paling best? 11

Honda ADV 150 vs Yamaha NMax 155 Connected/ABS - mana paling best? 12

Honda ADV 150 vs Yamaha NMax 155 Connected/ABS - mana paling best? 13

Honda ADV 150 vs Yamaha NMax 155 Connected/ABS - mana paling best? 14

 

Honda ADV 150 vs Yamaha NMax 155 Connected/ABS - mana paling best? 15

 

Honda ADV 150 vs Yamaha NMax 155 Connected/ABS - mana paling best? 16

Teknologi

Yamaha NMax 155 ABS

  • Teknologi Blue Core, Variable Valve Actuation (VVA), Sistem Kawalan Traksi (TCS), Sistem Tanpa Kunci, Teknologi Communication Control Unit (CCU), Y-Connect, Stop Smart System, Smart Motor Generator, Soket Kuasa, Panel Meter Digital (Multi Information Display), Lampu Hazard, Lampu LED penuh.

Honda ADV 150

  • Teknologi eSP (Enhanced Smart Power), PGM-FI, Sistem Tanpa Kunci Honda SMART Key, Signal Henti Kecemasan (ESS), Soket Kuasa, Panel Meter Digital, Lampu LED Penuh, Lampu Siang (DRL), Visor angin boleh laras 2 tetapan

Kesimpulan

Honda ADV 150 vs Yamaha NMax 155 Connected/ABS - mana paling best? 17

Dari sudut harga dan teknologi, dapat dilihat dengan jelas Yamaha NMax 155 ABS sebenarnya boleh disifatkan sebagai pilihan yang lebih berbaloi. Ciri seperti CCU dan TCS dan Y-Connect sememangnya membuatkannya lebih menarik. Tetapi, Honda ADV 150 juga mempunyai kekuatannya yang tersendiri iaitu dari segi reka bentuk yang unik dan gaya. Apapun, ini hanya perbandingan dan jika anda berkemampuan, ikut saja apa yang anda minat. Mudah kan.

Khairil

Motorcycle Writer

Seorang yang tidak pernah terfikir untuk menjadi penulis tetapi akhirnyaa menjadikan bidang penulisan sebagai kerjaya dengan minat terarah kepada sukan permotoran dan automotif. Sentiasa kagum dengan teknologi yang ada pada jentera tidak kira dua atau empat roda dan boleh menghabiskan masa berjam-jam menonton perlumbaan, membaca rebiu kereta atau motosikal.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Mudah, dapatkan kereta yang dibeli dengan pantas!

2022 Honda City Hatchback 1.5 S

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli?   Jual kereta anda