window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Benelli R18i dilancar, 174 cc, 18 Hp, harga bermula RM 7,999!

Khairil ยท Apr 11, 2021 09:00 PM

Benelli R18i dilancar, 174 cc, 18 Hp, harga bermula RM 7,999! 01

Seperti dijanjikan, Benelli Malaysia melancarkan sebuah 'Super moped' terbaharu jenama berkenaan iaitu Benelli R18i yang datang dengan enjin bersesaran 174 cc serta harga menarik bermula RM 7,999, hari ini.

Benelli R18i dilancar, 174 cc, 18 Hp, harga bermula RM 7,999! 02

Selain dijana enjin yang disifatkan sebagai antara tertinggi dalam kelasnya, Benelli R18i juga tampil dengan reka bentuk yang menarik terutama rekaan lampu depan yang tampak seperti mata helang atau 'eagle eye.'

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Benelli R18i dilancar, 174 cc, 18 Hp, harga bermula RM 7,999! 01

Dilancarkan secara maya di laman rasmi Facebook Benelli Malaysia, MForce TV itu, ia menampilkan dua pelumba pasukan OneXOX TKKR Racing sedang mengendalikan motosikal berkenaan di litar UniMAP.

Benelli R18i dilancar, 174 cc, 18 Hp, harga bermula RM 7,999! 02

Menggunakan enjin dengan sesaran 174 cc, 1 Silinder, 4 Lejang, SOHC, 4 Injap dan digandingkan dengan kotak gear 6 kelajuan, Benelli mendakwa ia mampu menghasilkan kuasa setinggi 18 Hp.

Seperti 'abangnya' iaitu RSF150i, ia turut menggunakan teknologi 3 palam pencucuh yang disifatkan mampu mengoptimumkan kuasa dan penjimatan minyak selain menggunakan 'Throttle body' bersaiz 34 mm.

Benelli R18i dilancar, 174 cc, 18 Hp, harga bermula RM 7,999! 03

Antara ciri-ciri menarik lain Benelli R18i adalah penggunaan lampu projektor yang lebih terang selain tuil brek dan klac boleh laras (varian edisi khas).

Benelli R18i dilancar, 174 cc, 18 Hp, harga bermula RM 7,999! 04

Dari sudut tunggangan, model baharu ini turut menggunakan fork dari jenis terbalik (USD) yang pastinya memberikan pengendalian yang lebih mantap manakala di bahagian belakang, ia menggunakan suspensi dari jenis monoshock dari jenama KYB boleh laras.

Benelli R18i dilancar, 174 cc, 18 Hp, harga bermula RM 7,999! 05

Dari sudut keselamatan, sistem brek  menggunakan jenis cakera depan 2 piston di bahagian depan dan cekera 1 piston di bahagian belakang namun tiada Sistem Brek Anti-Kunci (ABS) disertakan.

Benelli R18i dilancar, 174 cc, 18 Hp, harga bermula RM 7,999! 06

Senada dengan moto #intheblinkofaneye atau #dalamsekelipmata, Benelli mendakwa Benelli R18i mampu menjana kelajuan sehinggan 155 kmj seperti yang ditunjukkan dalam video pelancaran berkenaan.

Pilihan warna yang ditawarkan pula ialah tiga iaitu merah, biru (edisi khas) dan hitam. Harga yang ditawarkan, RM 7,999 dan RM 8, 299 bagi edisi khas begitupun tidak termasuk insurans, cukai jalan dan pendaftaran.

Benelli R18i dilancar, 174 cc, 18 Hp, harga bermula RM 7,999! 07

Kepada yang berminat, motosikal ini sudah berada di pengedar sah Benelli seluruh negara bermula esok.

 

Khairil

Motorcycle Writer

Seorang yang tidak pernah terfikir untuk menjadi penulis tetapi akhirnyaa menjadikan bidang penulisan sebagai kerjaya dengan minat terarah kepada sukan permotoran dan automotif. Sentiasa kagum dengan teknologi yang ada pada jentera tidak kira dua atau empat roda dan boleh menghabiskan masa berjam-jam menonton perlumbaan, membaca rebiu kereta atau motosikal.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Mudah, dapatkan kereta yang dibeli dengan pantas!

2023 Toyota Yaris 1.5E

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli? ย  Jual kereta anda