Baru Fasa 2, kereta masuk Kelantan melonjak sehingga 20%, siapa benarkan rentas negeri?
Faisal · Sep 27, 2021 12:00 PM
0
0
Berikutan dari kelonggaran SOP yang bermula sejak 9 September yang lalu, jumlah kenderaan yang masuk ke negeri Kelantan didapati meningkat sehingga 20 peratus. Perkara ini agak membinggungkan kerana merentas negeri masih belum dibenarkan untuk negeri di Fasa 2 dalam Pelan Pemulihan Negara (PPN).
Untuk pergerakan dalam negeri pula, jumlah kenderaan yang merentas daerah didapati melonjak sehingga 50 peratus.
Menurut Ketua Polis Kelantan, peningkatan yang berlaku sejak kebelakangan ini adalah disebabkan oleh banyak kenderaan yang merentas daerah untuk masuk ke bandar Kota Bharu.
Apapun, pemerhatian ini mendapati bahawa ia meningkat dengan mendadak sebaik sahaja kelonggaran diberikan kepada individu yang sudah mengambil dua dos vaksin.
Beliau berlatar belakangkan kejuruteraan mekanikal dan mempunyai minat yang mendalam terhadap kereta sejak dipaksa untuk membaca buku (permotoran). Disebabkan itu, beliau ada titik lembut untuk setiap kereta. Walaupun meminati pemanduan yang rancak, gaya pemanduan beliau yang sebenar hanyalah santai kerana sudah dimanja oleh Lexus.