Agak 'lesu' di Malaysia, tapi jualan Benelli TRK502 'mantap' di Itali tahun lalu!
Khairil ยท Jan 9, 2023 01:00 PM
0
0
Benelli TRK502/TRK502X, seperti jangkaan terus menguasai carta jualan motosikal terlaris di Itali selepas merekodkan 6,645 unit jualan sepanjang tahun 2022.
Tidak seperti di Malaysia yang perkembangan Benelli TRK502/TRK502X seakan semakin tenggelam dek kehadiran beberapa model baharu, jenama Itali yang sudah menjadi milik China itu terus mengukuhkan penguasaannya di pasaran negara kelahirannya itu.
Lebih menarik, ia mengekalkan penguasaan yang diperoleh pada tahun 2021 dengan mengatasi model popular daripada Jerman, BMW R 1250 GS yang menjadi model paling laris pada tahun sebelumnya.
Begitupun, popuriti BMW R 1250 GS masih belum pudar dengan menduduki tangga kedua terlaris selepas merekodkan 4,062 unit jualan sepanjang tahun lalu.
Dan ia diikuti model yang menjadi 'dambaan' ramai termasuk di Malaysia, Yamaha Tenere 700 dengan sejumlah 2,762 unit jualan direkodkan.
Seperti tahun lalu, antara 'kunci' yang menyumbang kepada prestasi memberangsangkan Benelli TRK502/TRK502X adalah berikutan penawaran harganya yang jauh lebih 'marhaen' berbanding jenama dari BMW mahupun Yamaha.
Dijana enjin bersesaran 499.6 cc yang menawarkan kuasa sekitar 47 Hp dan tork 45 Nm, motosikal berkenaan amat digemari terutama kepada penunggang yang baharu berjinak-jinak dalam segmen 'Adventure touring'.
Selain itu, Benelli pada tahun lalu turut memperkenalkan model 'abang' kepada TRK 502 iaitu TRK 800 di Milan yang dilihat berupaya mengekalkan penguasaan jenama itu di Itali.
Secara keseluruhan sepanjang 12 bulan lalu, jualan motosikal di Itali mencecah 291,661 unit yang juga peningkatan 0.95 peratus berbanding tahun sebelumnya, memetik laporan italy24.
Ia carta jualan itu dipecahkan kepada dua iaitu motosikal termasuk moped, 126,571 unit dan skuter 143,845 unit.
Berikut adalah 10 model motosikal terlaris di Itali bagi tahun 2022:
Seorang yang tidak pernah terfikir untuk menjadi penulis tetapi akhirnyaa menjadikan bidang penulisan sebagai kerjaya dengan minat terarah kepada sukan permotoran dan automotif. Sentiasa kagum dengan teknologi yang ada pada jentera tidak kira dua atau empat roda dan boleh menghabiskan masa berjam-jam menonton perlumbaan, membaca rebiu kereta atau motosikal.