SAH: Toyota Avanza 2022 serba baru bakal guna transmisi CVT, selamat tinggal 4AT
Faisal Β· Jul 6, 2021 07:00 PM
0
0
Sebelum ini, kami pernah melaporkan bahawa Toyota Avanza 2022 generasi baharu akan hadir dengan format pacuan roda depan (Avanza sekarang roda belakang) untuk bersaing sengit dengan Mitsubishi Xpander dan Honda BR-V (Honda Mobilio di Indonesia). Malah, kereta bertujuh tempat duduk ini juga dikhabarkan tiba di Indonesia seawal November tahun ini.
Kini, satu lagi maklumat baru telah dibocorkan. Menurut sumber terbaru dari OtoDriver, Toyota Avanza generasi seterusnya bakal datang dengan transmisi CVT. Ia akan menggantikan transmisi automatik 4 kelajuan yang digunakan oleh Avanza sejak generasi pertama lagi. Apapun, sumber menyatakan bahawa piihan transmisi manual akan tetap ditawarkan seperti sebelum ini.
Pada masa yang sama, Toyota Avanza tidak akan hadir dengan enjin 1.0L turbo seperti yang digunakan pada kembar Perodua Ativa / Daihatsu Rocky/ Toyota Raize. Sebaliknya, ia dikhabarkan guna enjin 1.5L aspirasi natural yang sama seperti Avanza sebelum ini tetapi dengan perubahan untuk pacuan roda depan.
Selain itu, Toyota Avanza baharu dijangka hadir dengan platform DNGA.
Susunan yang sama dijangka beransur pada Perodua Alza generasi seterusnya memandangkan mereka berdua sedang dibangunkan sekali. Lagipun, agak logik sekiranya Daihatsu menyatukan Avanza dan Alza kepada satu kereta yang sama untuk menyelarikan tawaran model di rantau ini.
Beliau berlatar belakangkan kejuruteraan mekanikal dan mempunyai minat yang mendalam terhadap kereta sejak dipaksa untuk membaca buku (permotoran). Disebabkan itu, beliau ada titik lembut untuk setiap kereta. Walaupun meminati pemanduan yang rancak, gaya pemanduan beliau yang sebenar hanyalah santai kerana sudah dimanja oleh Lexus.