window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Geely Emgrand L 2022 serba baharu dilancarkan; ada peluang untuk jadi sedan baru Proton?

Zamil Syaheer · Jan 3, 2022 08:00 PM

Geely Emgrand L 2022 serba baharu dilancarkan; ada peluang untuk jadi sedan baru Proton? 01

Inilah dia, Geely Emgrand L 2022 serba baharu, dibina atas platform BMA generasi baru. Kereta ini akan didatangkan dengan kemas kini Firmware-Over-The-Air (FOTA) dan berharga daripada RMB 100,000 (~RM 65,600) hingga RMB 109,900 (~RM 72,200).

Oleh kerana Emgrand dibina dari bawah, Emgrand L kelihatan bebeza dari model-model Geely sebelumnya. Ia menggunakan bahasa reka bentuk baharu Geely yang diterjemahkan secara langsung sebagai Energy Storm.

Geely Emgrand L 2022 serba baharu dilancarkan; ada peluang untuk jadi sedan baru Proton? 02

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Ia juga memaparkan reka bentuk gril hadapan ‘Expanding Cosmos’ generasi baharu yang semakin besar dengan salur masuk udara bawah berwarna hitam yang boleh menandingi gril pada Lexus. Dari sisi pula, anda perhatikan garis bahu yang agak timbul untuk membuat kereta kelihatan lebih panjang daripada sebelumnya.

Sementara itu, bahagian belakang menampilkan lampu belakang LED baharu yang disambungkan oleh panel hitam. Bahagian bawah hujung belakang dilengkapi dengan jalur krom.

Geely Emgrand L 2022 serba baharu dilancarkan; ada peluang untuk jadi sedan baru Proton? 01

Di dalam, pereka Geely memilih skema warna yang diilhamkan oleh dakwat kaligrafi Cina. Interior berwarna hitam diselitkan dengan sentuan warna biru muda, menjadikan bahagian dalam kelihatan lebih meriah.

Selain itu, kemas kini FOTA meliputi segala-galanya daripada perisian infotainment, perisian ADAS, dan juga kemas kini untuk casis dan output kuasa.

Geely Emgrand L 2022 serba baharu dilancarkan; ada peluang untuk jadi sedan baru Proton? 02

Dari segi keselamatan, Emgrand L didatangkan dengan set lengkap ADAS, empat beg udara untuk varian asas dan enam beg udara untuk varian tertinggi.

Kuasa datang daripada enjin petrol pengecas turbo 1.4 liter serupa dengan Geely Binyue Pro, atau lebih dikenali sebagai Proton X50, menghasilkan 141 PS dan 235 Nm. Bagaimanapun Emgrand L menggunakan transmisi CVT, bukan DCT.

Juga baca: Geely Binyue facelift 2021 beri bayangan kemaskini Proton X50, ada 'dashcam' 360 darjah!

Geely Emgrand L 2022 serba baharu dilancarkan; ada peluang untuk jadi sedan baru Proton? 03

Sekiranya anda tertanya-tanya, slot Geely Emgrand L berada di atas Geely Emgrand yang telah dilancarkan awal tahun ini. Ia juga jauh lebih besar daripada Emgrand.

Juga baca: Geely Emgrand 2021 serba baru – Saiz macam Civic & Corolla Altis tapi mampu ke cabar?

Geely Emgrand L 2022 serba baharu dilancarkan; ada peluang untuk jadi sedan baru Proton? 04

Geely Emgrand L vs Geely Emgrand
  Geely Emgrand L Geely Emgrand
Panjang (mm) 4,735 4,638
Lebar (mm) 1,815 1,820
Tinggi (mm) 1,478 1,460
Jarak Roda (mm) 2,700 2,650

Jika anda bandingkan dengan pesaing daripada jenama lain, saiz Emgrand L berada antara Honda Civic dan Honda Accord.

Geely Emgrand L 2022 serba baharu dilancarkan; ada peluang untuk jadi sedan baru Proton? 05

Geely Emgrand L vs Honda Civic and Honda Accord
  Geely Emgrand L Honda Civic Honda Accord
Panjang (mm) 4,735 4,648 4,901
Lebar (mm) 1,815 1,799 1,862
Tinggi (mm) 1,478 1,416 1,450
Jarak Roda (mm) 2,700 2,700 2,830

Amacam, minat tak kalau Geely ‘rebadge’ model Emgrand L ni jadi sedan baru untuk Proton?

Zamil Syaheer

Editor

More than 10 years experience, specialising in Motorsports, Advanced Driving, Event Management & Creative Design. He enjoys driving (drifting, actually) anything RWD with a proper LSD over the limit. Versatility is his motto and mantra.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Dapatkan respons dalam masa 24 jam!

2023 Honda City 1.5L e:HEV RS

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli?   Jual kereta anda