Kerajaan Britain dan Kesatuan Eropah sedang giat menjalankan perang terhadap kenderaan dengan sisa karbon khususnya petrol dan diesel. Dalam sebuah laporan oleh Reuters, perancangan awal untuk UK bebas kenderaan petrol dan diesel telah dipercepatkan.
Sebelum ini, UK mensasarkan untuk bebas karbon menjelang tahun 2040 tetapi kerajaan baru di bawah Perdana Menteri Boris Johnson mahu mempercepatkan langkah tersebut ke tahun 2030, kurang 10 tahun dari sekarang.
Walau bagaimanapun, kenderaan hybrid yang menggunakan kedua-dua bahan api dan elektrik akan menikmati penjualan yang sedikit panjang iaitu hingga tahun 2035. UK bercadang untuk bebas kenderaan karbon sepenuhnya menjelang 2035.
Komen