Menurut tinjauan Carsome, kebanyakan pembeli kereta terpakai hanya membeli setakat RM 80,000 sahaja. Kajian yang dilaksanakan dari Jun ke Julai 2020 ini dibuat melalui 1,107 responden yang ada di pusat pemeriksaan Carsome di sekitar Lembah Klang.
Menurut tinjauan Carsome, kebanyakan pembeli kereta terpakai hanya membeli setakat RM 80,000 sahaja. Kajian yang dilaksanakan dari Jun ke Julai 2020 ini dibuat melalui 1,107 responden yang ada di pusat pemeriksaan Carsome di sekitar Lembah Klang.
Apabila ditanya mengenai keutamaan dalam membeli kereta terpakai, perkara pertama yang mereka pentingkan adalah rupa paras dan keadaan kereta tersebut. Kemudian barulah harga yang kompetitif, reputasi jenama, pilihan kewangan, ketelusan, dan kemudahan untuk membeli.
Berdasarkan tinjuaan yang dibuat, 36% daripada pembeli kereta terpakai sebenarnya memilih sedan, diikuti dengan SUV dan MPV.
Dari segi majoriti, 30% daripada pembeli kereta terpakai mempunyai bajet RM 50,001 ke RM 80,000. Menariknya, inilah peratusan yang paling besar. Bajet RM 30,001 ke RM 50,000 pula mengikuti di tangga kedua dengan majoriti sebanyak 24%. Majoriti ketiga sebanyak 19% pula disusuli oleh julat harga RM30,000 dan ke bawah.
Secara keseluhan, kiraan ini mencecah 73%. Jadi, hampir 3/4 daripada pembeli di Lembah Klang sebenarnya hanya membeli kereta terpakai berharga RM 80,000 dan ke bawah.
Juga baca: 'Loan' kereta anda tak lulus-lulus? Periksa dulu 5 perkara ini!
Untuk harga sebegitu, banyak pilihan yang ada. Antara yang berbaloi untuk dibeli buat penggunaan jangka masa yang panjang ialah Toyota Corolla Altis generasi lalu. Kalau anda betul-betul nak penuhkan bajet, Honda Civic 1.8S pra-facelift juga boleh menjadi pilihan yang baik.
Juga baca: “Gaji tinggi, tapi nak beli Civic loan tak lepas.” Ini sebab pinjaman auto ditolak.
Dapatkan respons dalam masa 24 jam!
2020 Toyota Corolla Altis 1.8E
Upgrade
Add your car