Yamaha MT-25 (2022) dikemaskini, perubahan visual, harga asas naik RM 22.9k!
Khairil ยท Sep 23, 2022 08:00 PM
0
0
Hong Leong Yamaha Motor (HLYM) tampil 'menyegarkan' penawaran untuk model 'Naked' suku liternya, Yamaha MT-25 (2022) menerusi pilihan warna baharu.
Pilihan warna yang dikatakan lebih menarik itu adalah Cyan Storm dan Icon Blue. Ia menggantikan pilihan warna Storm Fluo dan Yamaha Blue.
Seperti dinyatakan, tiada perubahan dari sudut rekaan mahupun trenkuasa. Tetapi selari dengan perubahan visual itu, harga asas untuk motosikal berkenaan turut berubah.
Harga baharunya kini berada pada angka RM 22,998 (asas) berbanding harga asas RM 21,500 ketika versi tahun lalu diperkenalkan.
Di bahagian trenkuasa, Yamaha MT-25 dipadankan dengan enjin 249 cc, 2 Silinder, Penyejuk Cecair, Suntikan Bahan Api, DOHC, trenkuasa sama dengan 'saudara' kembarnya, Yamaha YZF-R25 yang turut baru saja dikemaskini.
Tetapi tidak seperti R25 yang baru memiliki ciri Sistem Brek Anti-Kunci (ABS), Yamaha MT-25 memang sudah dilengkapi sistem brek berkenaan.
Seorang yang tidak pernah terfikir untuk menjadi penulis tetapi akhirnyaa menjadikan bidang penulisan sebagai kerjaya dengan minat terarah kepada sukan permotoran dan automotif. Sentiasa kagum dengan teknologi yang ada pada jentera tidak kira dua atau empat roda dan boleh menghabiskan masa berjam-jam menonton perlumbaan, membaca rebiu kereta atau motosikal.