Chery baru sahaja dinobatkan jenama kereta China pertama yang mengeksport lebih 50,000 unit dalam masa sebulan. Pada bulan Julai, pengeluar kereta itu menjual 50,614 unitnya di luar China yang merupakan sebahagian jualan global keseluruhan berjumlah 131,533 unit.
Prestasi yang mengagumkan ini dicapai ketika menerima cabaran berterusan daripada efek pasca COVID-19 dan kesukaran logistik. Hal ini bermakna, Chery telah mengeksport hampir 200,000 kenderaan (+36.8% YoY) dari Januari hingga Julai 2022, atau kira-kira satu pertiga daripada jumlah jualan globalnya setakat tahun ini.
Chery sangat komited terhadap strategi globalisasinya dan terus melangkah dengan stabil dalam pasaran luar negara.
Sejak awal tahun 2022, Chery telah memecahkan rekod eksport bulanan jenama automotif China yang dipegang jenama itu sendiri secara berturut-turut, mencatatkan kadar pertumbuhan purata 60.5% untuk kenderaan eksport sepanjang tiga bulan lalu.
Model siri Tiggo 8 dan Tiggo 7 terus memenangi peminat yang lebih ramai dan perhatian pengguna global. Dari segi angka, sebanyak 31,263 unit siri Chery Tiggo 8 telah dieksport keluar untuk tujuh bulan pertama 2022 (+43.3% YoY), dan sebagai bukti kualitinya, model ini menjalankan tugas sebagai kenderaan pengangkutan presiden dan ahli jawatankuasa negeri untuk beberapa negara dan wilayah.
Di Mesir khususnya, Chery menjual 1,846 unit kenderaan pada bulan Julai, meningkatkan jumlah jualan kepada Januari-Julai 12,591 unit, mencatatkan pegangan pasaran Januari-Jun pada 11.42%.
Bagi pasaran Afrika Selatan, 1,262 unit kenderaan Chery menemui rumah pada bulan Julai, menaikkan jualan Januari-Julai berjumlah 6,380 unit dan mencatatkan sehingga 4.01% pegangan pasaran yang kini menjadi rekod tertinggi pernah dipegang oleh syarikat itu.
Pada separuh kedua tahun ini, Chery akan mengukuhkan lagi jenama, produk dan operasi pelanggan, dan terus mengembangkan salurannya untuk mempercepatkan pelancaran kenderaan baharu.
Model mercu di kalangan ini ialah OMODA 5, model pertama Chery untuk siri OMODA global baharu, yang akan menjadi model global dalam usaha untuk menggembirakan generasi muda dengan ciri yang kaya teknologi dan reka bentuk bergaya.
Di samping itu, sejajar dengan trend automotif global ke arah kenderaan tenaga baharu (NEV), Chery menyasarkan untuk melaksanakan pelancaran NEV di 14 negara tahun ini, termasuk Brazil, Argentina dan Chile, meliputi pelbagai rangkaian kuasa seperti elektrik tulen, plug-in hybrid dan sistem hibrid ringan 48V.
Baca: Chery adalah jenama kereta PERTAMA di Indonesia yang bagi waranti enjin sampai 10 tahun!