Ora Good Cat 'tapau' jualan EV Thailand pada S1 2022, boleh ke ulang kejayaan di Malaysia?
Zamil Syaheer · Jul 16, 2022 04:00 PM
0
0
Thailand mempunyai peneraju baru dalam pasaran EV ia adalah sebuah kereta yang nampak seperti Porscheyang lebih kecil. Pada separuh pertama tahun 2022, sebanyak 1,355 unit Ora Good Cat dijual di Thailand, mewakili 43.8% bahagian pasaran.
Walau bagaimanapun, jualan untuk kenderaan elektrik Good Cat (EV) tidak berlepas serta-merta. Menurut data yang dikumpul oleh Autolife Thailand, jualan kucing elektrik itu mula meningkat sejak Februari dengan hanya 143 unit, cukup untuk melonjakkan Good Cat ke puncak carta jualan EV.
Posisi itu dipegang sehingga kini dan bulan Jun 2022 menyaksikan angka jualan terbesar untuk Good Cat di Thailand dengan 453 unit terjual. Okay sangat dah tu, memandangkan jualan dihentikan buat sementara waktu kerana konflik Rusia-Ukraine.
Mengambil tempat kedua secara keseluruhan ialah Volvo XC40 Recharge EV dengan 467 unit manakala di tempat ketiga ialah MG EP dengan 444 unit terjual dalam tempoh yang sama.
EV terlaris tahun lalu di Thailand, MG ZS EV, jatuh ke tempat kesembilan keseluruhan dengan 71 unit terjual. Dengan itu, MG telah kehilangan kubu kuatnya dalam pasaran EV dengan syarikat induk Ora, Great Wall Motor (GWM) menjadi jenama EV terlaris di negara gajah putih.
Antara Januari dan Jun 2022, 3,097 unit EV telah didaftarkan di Thailand yang hanya menyumbang 0.66% daripada jumlah kenderaan baharu yang didaftarkan (470,386 unit) di negara itu setakat ini.
Tambahan pula, jumlah keseluruhan EV yang didaftarkan pada 2022 setakat ini sudah melebihi jumlah keseluruhan EV yang didaftarkan pada 2020 (1,056 unit) dan 2021 (1,935 unit).
Di Malaysia, GWM telahpun kembali semula di bawah pengurusan baru manakala Good Cat dijangka dilancarkan di sini tidak lama lagi dengan harga dianggarkan antara RM 140k hingga RM 160k.
More than 10 years experience, specialising in Motorsports, Advanced Driving, Event Management & Creative Design. He enjoys driving (drifting, actually) anything RWD with a proper LSD over the limit. Versatility is his motto and mantra.