5 perkara yang kami suka tentang Volkswagen Tiguan Allspace

Volkswagen Passenger Cars Malaysia (VPCM) baru-baru ini telah melancarkan VW Tiguan Allspace - varian 7 tempat duduk yang berdasarkan Tiguan 5 tempat duduk.

Seperti Tiguan 5 tempat duduk, Tiguan Allspace 7 tempat duduk yang lebih besar juga dipasang (CKD) di Pekan, Pahang.

Berikut adalah lima perkara yang kami sukai mengenai Volkswagen Tiguan Allspace, lebih-lebih lagi Tiguan Allspace R-Line yang menjadi model tertinggi dalam keluarga Volkswagen Tiguan.

1. Tujuh tempat duduk tetapi ada kompromi

Berbanding dengan Tiguan 5 tempat duduk, Tiguan Allspace memiliki jarak roda dimana ianya 110 mm lebih panjang sementara keseluruhan panjangnya telah bertambah sebanyak 215 mm. Ini menghasilkan kabin yang lebih luas daripada Tiguan biasa.

Ruang kabin tambahan juga bermaksud jurutera Volkswagen berjaya meletakkan tempat duduk di barisan ketiga. Walau bagaimanapun, ia mungkin terhad kepada kanak-kanak kerana ia agak sempit.

Dengan tempat duduk baris ketiga dilipat ke bawah, ruang but dapat ditingkatkan menjadi 700 liter. Sekiranya lipat kerusi baris kedua dan ketiga sekaligus, ruang but dapat ditingkatkan lagi menjadi 1,775 liter - yang terbaik di segmennya.

2. Ia adalah Golf GTI dengan 7 tempat duduk

Volkswagen Tiguan Allspace R-Line sebenarnya dapat dilihat sebagai versi Golf GTI 7 tempat duduk yang lebih praktikal.

Ini tidak dapat dinafikan kerana kuasa enjin Tiguan Allspace R-Line hampir sama dengan Golf GTI (220 PS vs 230 PS, tork sama).

Kekurangan 10 PS bermaksud Tiguan Allspace R-Line melengkapkan pecutan 0-100 km/j dalam masa 6.8 saat, 0.4 saat lebih perlahan daripada Golf GTI yang mengambil masa 6.4 saat. Agak hebat untuk SUV seperti ini.

3. "4Motion" bermaksud tidak ada saat pemanduan yang akan tergelincir

Dengan 220 PS dan 350 Nm, meletakkan semua kuasa itu di jalan secara berkesan mungkin agak sukar sekiranya Tiguan Allspace R-Line hanya berpacukan roda hadapan sahaja.

Syukurlah ia didatangkan sistem pacuan semua roda Volkswagen iaitu "4Motion" untuk menggunakan semua kuasa kudanya dengan efisyen.

Apabila digabungkan dengan suspensi adaptif (dijelaskan di bawah), Tiguan Allspace R-Line mampu menangani jalan off-road dengan agak mudah.

4. Satu-satunya dalam segmennya yang didatangkan dengan suspensi adaptif

Sekiranya jumlah kuasanya tidak meyakinkan anda bahawa Tiguan Allspace R-Line adalah Golf GTI dengan 7 tempat duduk, mungkin Dynamic Chassis Control (DCC) akan membuktikannya.

Ya, sama seperti sebuah hot hatch, Tiguan Allspace R-Line dilengkapi dengan DCC, yang membolehkan pemandu memilih gaya pemanduan pilihan mereka sama ada Normal, Eco, Sport, Comfort, atau Individual.

Imej model luar negara

Selanjutnya, Tiguan Allspace R-Line juga dilengkapi Hill Descent Control apabila mod Off Road diaktifkan.

5. Satu-satunya tawaran yang mempunyai kokpit hampir digital sepenuhnya

Imej model luar negara

Varian tertinggi untuk Volkswagen Tiguan Allspace R-Line mendapat sistem infotainment Discover Pro yang menampilkan paparan skrin sesentuh bersaiz 9.2 inci sementara Tiguan Highline mendapat unit yang lebih kecil berukuran 8.0 inci.

Seperti sistem infotainment moden yang lain, Discover Pro juga mempunyai sokongan Android Auto dan Apple CarPlay.

Audio disalurkan melalui sistem bunyi dengan 8-pembesar suara.

Mengiringi sistem infotainment Discover Pro adalah kluster instrumen digital berukuran 11.7-inci yang dikenali sebagai Digital Cockpit. Tidak ada pesaing lain di dalam segmen ini yang dapat mendekati pendekatan futuristik Tiguan Allspace ini. Kawalan penyaman udara masih menggunakan tombol fizikal dimana ianya lebih mudah untuk dilaraskan berbanding kaedah menyentuh skrin.

Inilah lima perkara yang kami sukai mengenai Tiguan Allspace yang baru dilancarkan lalu.

Apakah ciri yang menjadi kegemaran anda? Kemukakan pendapat kepada kami!

Oops... Something broke.
    Channel:
Ikuti laman sosial kami:
Faisal

Penulis

Beliau berlatar belakangkan kejuruteraan mekanikal dan mempunyai minat yang mendalam terhadap kereta sejak dipaksa untuk memb...

Dapatkan respons dalam masa 24 jam!

pengguna membeli kereta idaman
Tambah kereta anda

Naik taraf

Volkswagen Tiguan Allspace

Kereta Terpakai Yang Berkait

Quality Cars Guaranteed

Fixed Price No Hidden Fees

5-Day Money-back Guarantee

1-Year Warranty

Lihat Lebih

Video Pendek Yang Berkenaan

Video Kereta

2020 Volkswagen Tiguan Allspace 1.4 & 2.0 Review in Malaysia, Drag Race & Fuel Consumption!

2020 Volkswagen Tiguan Allspace Launched in Malaysia, 3rd Row Seats Tested!!

Berita Terkini

The 2023 Ford Ranger and Ranger Raptor add two awards to their list of accolades

It’s been an award-winning season for the new 2023 Ford Ranger and its variants. Recently, it’s added another two more to its list of accolades as Sime Darby Auto ConneXion (SDAC), the sole distributor for Ford in Malaysia, received the CarPlus Editor’s Choice Award 2022-2023 for ‘Pick-up Truck of the Year’ for the Ranger and ‘Car of the Year’ for the Ranger Raptor. The Ranger boasts an updated design with enhanced aerodynamics and improved interior comfort. It features a range of powerful, effi

From equivalent to RM 208k, Thai prices for 2023 Honda Accord confirmed; gap with CR-V's prices tightens

The all-new 2023 Honda Accord has finally gotten its confirmed price list in Thailand following its preview earlier, entering a two-fold battle which only has it facing off against the Toyota Camry range. Three variants of the hybrid-only Accord will go on sale in Thailand, with prices as follows: Accord e:HEV E: THB 1,599,000 (~RM 208k) Accord e:HEV EL: THB 1,669,000 (~RM 217k) Accord e:HEV RS: THB 1,799,000 (~RM 234k) These prices are slightly more competitive to what its sole rival, the Camry

The upcoming mini Toyota Land Cruiser will be a Corolla Cross-sized "Land Hopper?"

The Toyota Land Cruiser made its name being a tough-as-nails, go-anywhere premium 4x4 with the looks to back it up. Hot on the heels of the new global Land Cruiser 300 and the North American Land Cruiser 250 (Prado) could be a new third, more compact variant that’s being adorably dubbed the Land Hopper. Japanese site Best Car Web has dropped its own rendering of what the Land Hopper could be styled like and unsurprisingly, it appears to be very much like a mini Land Cruiser 250. That’s not a bad

Mercedes-Benz EQS SUV launching in Malaysia on Friday, plus another EV by year's end - EQE SUV?

Referenced briefly in the Budget 2024 commentary, Amanda Zhang, the President and CEO of Mercedes-Benz Malaysia, highlighted the company's increasing momentum and revealed the imminent launch of the Mercedes-Benz EQS SUV, happening this Friday on 20-October. “Our momentum continues to grow, as we eagerly anticipate the arrival of the EQS SUV this Friday, with plans to launch another all-electric model before year end. These efforts underscore our dedication to providing innovative electric vehic

Mercedes-Benz Malaysia supports Budget 2024, targets xEV to make up 50% of sales by 2025

Mercedes-Benz has expressed its support for the 2024 budget announcement made by the Malaysian government, which promotes the adoption of electric mobility. This aligns with the global mission of Mercedes-Benz, known as Ambition 2039, which is a comprehensive strategy aimed at addressing climate protection and reducing air pollution. The company firmly believes in the future of electric vehicles and has a well-defined roadmap to electrify its product range, all while striving to meet sustainabil

Rekomendasi Kereta

PopularLatestUpdates
Hot
Mitsubishi

Mitsubishi Xpander

RM 99,980

Lihat Model
Honda

Honda Civic Type R

RM 330,002 - 399,900

Lihat Model
Upcoming
Volvo

Volvo EX30

TBC

Lihat Model
Rolls Royce

Rolls Royce Spectre

RM 2,000,000

Lihat Model

Perbandingan Kereta Berkaitan

Volkswagen Tiguan Allspace
Cek Lebih