5 perkara yang kami suka tentang Volkswagen Tiguan Allspace
Faisal · Aug 16, 2020 04:00 PM
0
0
Volkswagen Passenger Cars Malaysia (VPCM) baru-baru ini telah melancarkan VW Tiguan Allspace - varian 7 tempat duduk yang berdasarkan Tiguan 5 tempat duduk.
Seperti Tiguan 5 tempat duduk, Tiguan Allspace 7 tempat duduk yang lebih besar juga dipasang (CKD) di Pekan, Pahang.
Berikut adalah lima perkara yang kami sukai mengenai Volkswagen Tiguan Allspace, lebih-lebih lagi Tiguan Allspace R-Line yang menjadi model tertinggi dalam keluarga Volkswagen Tiguan.
Berbanding dengan Tiguan 5 tempat duduk, Tiguan Allspace memiliki jarak roda dimana ianya 110 mm lebih panjang sementara keseluruhan panjangnya telah bertambah sebanyak 215 mm. Ini menghasilkan kabin yang lebih luas daripada Tiguan biasa.
Ruang kabin tambahan juga bermaksud jurutera Volkswagen berjaya meletakkan tempat duduk di barisan ketiga. Walau bagaimanapun, ia mungkin terhad kepada kanak-kanak kerana ia agak sempit.
Dengan tempat duduk baris ketiga dilipat ke bawah, ruang but dapat ditingkatkan menjadi 700 liter. Sekiranya lipat kerusi baris kedua dan ketiga sekaligus, ruang but dapat ditingkatkan lagi menjadi 1,775 liter - yang terbaik di segmennya.
2. Ia adalah Golf GTI dengan 7 tempat duduk
Volkswagen Tiguan Allspace R-Line sebenarnya dapat dilihat sebagai versi Golf GTI 7 tempat duduk yang lebih praktikal.
Ini tidak dapat dinafikan kerana kuasa enjin Tiguan Allspace R-Line hampir sama dengan Golf GTI (220 PS vs 230 PS, tork sama).
Kekurangan 10 PS bermaksud Tiguan Allspace R-Line melengkapkan pecutan 0-100 km/j dalam masa 6.8 saat, 0.4 saat lebih perlahan daripada Golf GTI yang mengambil masa 6.4 saat. Agak hebat untuk SUV seperti ini.
3. "4Motion" bermaksud tidak ada saat pemanduan yang akan tergelincir
Dengan 220 PS dan 350 Nm, meletakkan semua kuasa itu di jalan secara berkesan mungkin agak sukar sekiranya Tiguan Allspace R-Line hanya berpacukan roda hadapan sahaja.
Syukurlah ia didatangkan sistem pacuan semua roda Volkswagen iaitu "4Motion" untuk menggunakan semua kuasa kudanya dengan efisyen.
Apabila digabungkan dengan suspensi adaptif (dijelaskan di bawah), Tiguan Allspace R-Line mampu menangani jalan off-road dengan agak mudah.
4. Satu-satunya dalam segmennya yang didatangkan dengan suspensi adaptif
Sekiranya jumlah kuasanya tidak meyakinkan anda bahawa Tiguan Allspace R-Line adalah Golf GTI dengan 7 tempat duduk, mungkin Dynamic Chassis Control (DCC) akan membuktikannya.
Ya, sama seperti sebuah hot hatch, Tiguan Allspace R-Line dilengkapi dengan DCC, yang membolehkan pemandu memilih gaya pemanduan pilihan mereka sama ada Normal, Eco, Sport, Comfort, atau Individual.
Selanjutnya, Tiguan Allspace R-Line juga dilengkapi Hill Descent Control apabila mod Off Road diaktifkan.
5. Satu-satunya tawaran yang mempunyai kokpit hampir digital sepenuhnya
Varian tertinggi untuk Volkswagen Tiguan Allspace R-Line mendapat sistem infotainment Discover Pro yang menampilkan paparan skrin sesentuh bersaiz 9.2 inci sementara Tiguan Highline mendapat unit yang lebih kecil berukuran 8.0 inci.
Audio disalurkan melalui sistem bunyi dengan 8-pembesar suara.
Mengiringi sistem infotainment Discover Pro adalah kluster instrumen digital berukuran 11.7-inci yang dikenali sebagai Digital Cockpit. Tidak ada pesaing lain di dalam segmen ini yang dapat mendekati pendekatan futuristik Tiguan Allspace ini. Kawalan penyaman udara masih menggunakan tombol fizikal dimana ianya lebih mudah untuk dilaraskan berbanding kaedah menyentuh skrin.
Inilah lima perkara yang kami sukai mengenai Tiguan Allspace yang baru dilancarkan lalu.
Apakah ciri yang menjadi kegemaran anda? Kemukakan pendapat kepada kami!
Beliau berlatar belakangkan kejuruteraan mekanikal dan mempunyai minat yang mendalam terhadap kereta sejak dipaksa untuk membaca buku (permotoran). Disebabkan itu, beliau ada titik lembut untuk setiap kereta. Walaupun meminati pemanduan yang rancak, gaya pemanduan beliau yang sebenar hanyalah santai kerana sudah dimanja oleh Lexus.