Kementerian Kewangan Malaysia telah bersetuju untuk memberikan lanjutan pengecualian cukai jualan (SST) bagi kenderaan yang didaftar di Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) sehingga 31 Mac 2023 jika pembeli membuat tempahan kenderaan sebelum tarikh akhir pengecualian SST iaitu 30 Jun 2022.
Terdahulu, pembeli yang menempah kenderaan sebelum 30 Jun nanti hanya diberi masa sebulan iaitu sehingga 31 Julai bagi mendaftarkan kenderaan yang diterima bagi melayakkannya untuk terkecuali SST.
window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [
728,
90
], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });
Seperti yang ramai sudah sedia maklum, pengecualian SST 100 peratus adalah tertakluk kepada pembelian kenderaan penumpang CKD (dipasang tempatan) dan pengecualian 50 peratus diberi bagi pembelian kenderaan penumpang CBU (import). Pengecualian cukai jualan ini berkuatkuasa sejak 15 Jun 2020 dan akan berakhir pada hujung bulan ini.
Lanjutan ‘grace period’ bagi pengecualian SST untuk pembelian kenderaan penumpang ini adalah untuk mengekalkan dan meningkatkan momentum permintaan dan jualan yang terjejas akibat pandemik Covid-19.
Menurut kenyataan yang dikeluarkan, ekoran gangguan dalam rantaian bekalan global dan masalah kekurangan cip semikonduktor yang menjejaskan produksi industri otomotif, sebanyak 264,000 unit kenderaan yang ditempah sepanjang tempoh pengecualian SST ini masih belum siap dipasang dan tidak dapat dihantar kepada pembeli.
Setakat ini, sebanyak 868,422 unit kenderaan telah terjual dan rakyat telah mendapat manfaat pengecualian cukai jualan berjumlah RM4.7 bilion.
Juga baca: Zafrul - pentaksiran cukai rugi RM 4.8 bilion sejak insentif SST mula dilaksana pada 2020
Gemarkan kereta tinggi atau wagon, yang setakat ini masih lagi dalam igauan. Memilih Kenari terpakai sebagai kereta pertama, sukakan pemanduannya yang menyeronokkan dengan ruang dalaman yang luas. Mementingkan praktikaliti dan kepuasan sanubari dalam pemilihan kereta.
window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [
728,
90
], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });