window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Brunei masih tutup sempadan, rakyat Sarawak susah tak ada jalan raya sendiri

Mersita ยท Jun 9, 2022 02:00 PM

Brunei masih tutup sempadan, rakyat Sarawak susah tak ada jalan raya sendiri 01

Sejak pandemik bermula, sempadan Brunei masih ditutup bagi warga asing walaupun beberapa kelonggaran telah diberi terutama sekali bagi rakyat Brunei sedang dunia beralih ke fasa endemik.

Jabatan Perdana Menteri Brunei dalam satu kenyataan baru-baru ini memaklumkan bahawa aktiviti merentas sempadan negara itu ditangguhkan bagi warga asing sehingga 15 Jun 2022; melibatkan kemasukan ke negara melalui pelabuhan darat dan laut termasuk perjalanan transit melalui Brunei.

Brunei masih tutup sempadan, rakyat Sarawak susah tak ada jalan raya sendiri 02

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Namun, kebenaran perjalanan masuk dan transit adalah tertakluk kepada kelulusan daripada kerajaan Brunei. Menurut kenyataan tersebut, ini hanya boleh dipertimbangkan bagi kenderaan yang mempunyai Permit Lintas Batas dan Penyata Kenderaan Transit yang dikeluarkan oleh Kerajaan Brunei dengan jaminan atau sokongan pihak berkuasa negara Brunei.

Syarat kemasukan yang dibenarkan termasuklah urusan rasmi kerajaan, persekolahan, perkhidmatan kecemasan (ambulan, polis, tentera), dan juga pengendali pengangkutan berdaftar di luar negara dengan vaksin lengkap dan memiliki Permit Lintas Batas bagi penghantaran keperluan penting.

Brunei masih tutup sempadan, rakyat Sarawak susah tak ada jalan raya sendiri 01

Bagaimanapun, pertimbangan keluar masuk ini adalah tertakluk kepada keputusan Jawatankuasa Pandu COVID-19 dari semasa ke semasa. Orang ramai boleh dapatkan maklumat lanjut di www.pmo.gov.bn/travelportal, atau berhubung melalui emel travelapplication@jpm.gov.bn.

Seperti laporan kami terdahulu, rakyat Malaysia yang menetap di Sarawak berdepan masalah merentas daerah dan bergerak bebas di negeri sendiri susulan penutupan sempadan negara disebabkan wabak Covid-19 sehinggakan terpaksa menggunakan laluan alternatif yang membahayakan nyawa.

Brunei masih tutup sempadan, rakyat Sarawak susah tak ada jalan raya sendiri 02

Juga baca: (Video) Toyota Land Cruiser redah sungai di'escort' jengkaut! Kenapa kena bersusah-payah?

Walaupun rakyat Malaysia secara amnya sudah dibenarkan merentas negeri sejak Oktober tahun lepas, rakyat Sarawak masih berdepan masalah dalam perjalanan darat melintas negara Brunei. Laluan udara yang terhad menjadi nadi pengangkutan rakyat yang terkesan.

Juga baca: Rakyat Malaysia terkandas, trak pikap 4x4 jadi keperluan penting di Sarawak dan Sabah

Mersita

Penulis

Gemarkan kereta tinggi atau wagon, yang setakat ini masih lagi dalam igauan. Memilih Kenari terpakai sebagai kereta pertama, sukakan pemanduannya yang menyeronokkan dengan ruang dalaman yang luas. Mementingkan praktikaliti dan kepuasan sanubari dalam pemilihan kereta.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Dapatkan respons dalam masa 24 jam!

2022 Perodua Alza 1.5 X

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli? ย  Jual kereta anda