BMW Motorrad catat jualan terbaik, lebih 194k unit motosikal terjual di seluruh dunia
Haris · Jan 27, 2022 09:00 AM
0
0
BMW Motorrad menamatkan tahun ini dengan rekod hasil jualan terbaik walaupun menghadapi cabaran pandemik Covid-19. Dengan 194,261 unit jualan (+14.8%), 2021 merupakan tahun terbaik sejak BMW Motorrad diasaskan (tahun sebelumnya hanya mencatatkan: 169,272).
Markus Schramm, Pengarah BMW Motorrad: “Hakikatnya bahawa kami masih berjaya menamatkan 2021 dengan keputusan hebat ini untuk BMW Motorrad bukan sahaja membuatkan saya gembira, tetapi juga amat berbangga.
“Ia tepat pada masa krisis di mana anda boleh melihat sejauh mana pasukan ini bersatu. Pada tahun ini, saya ingin merakamkan ucapan terima kasih khas saya kepada semua pekerja serta rakan kongsi perniagaan BMW Motorrad, yang menjadikan kejayaan ini hasil komitmen peribadi dan fleksibiliti mereka.
“Terima kasih yang tidak terhingga juga saya tujukan kepada pelanggan kami atas kesetiaan, kepercayaan dan sokongan mereka.” ujar beliau.
Pasaran Eropah menjadi pasaran terbaik bagi BMW Motorrad namun pasaran Asia juga turut sama berkembang. China (14,309 unit / +21.4%) juga merupakan salah satu pasaran yang berkembang dengan jumlah jualan paling kukuh di Asia dengan pertumbuhan dua angka.
Selain itu, India juga terus membangun dengan kukuh, mencatatkan keputusan teratas dengan pertumbuhan 102.5% dan 5,191 unit yang luar biasa.
Seperti biasa, Jerman kekal sebagai pasaran tunggal terbesar untuk BMW Motorrad. Dengan 25,972 unit terjual, BMW Motorrad sekali lagi akan mempertahankan kedudukannya sebagai pengeluar motosikal paling berjaya di pasaran Jerman pada 2021.
Apa pula model terlaris mereka? Seperti biasa, BMW R 1250 GS menjadi peneraju dengan jualan sebanyak 60,000 unit. Model motosikal BMW lain yang menunjukkan prestasi baik dan menyumbang kepada angka 2021 yang tinggi ialah - BMW R 1250 RT, S 1000 R dan R 1250 RT.
Latar belakang yang pelbagai menjadikan beliau lebih memahami kehendak pembaca. Penulis tidak memiliki kereta sendiri, justeru, semua kereta yang dipandu hingga kini adalah pandu uji. Kereta pertama yang bakal dimiliki beliau tentulah yang terbaik dan patut anda perhatikan.